Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2025

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP 2025 (Tiada Pendapatan Tetap), Maklumat terkini cara mohon SJKP untuk mereka yang tiada slip gaji untuk membeli rumah kos rendah / sederhana atau mampu milik.

Berita baik buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang berhasrat untuk memiliki rumah atau tempat tinggal sendiri. Adakah anda tergolong dalam golongan pekerja yang tiada penyata gaji bulanan seperti petani, peniaga kecil, nelayan, operator kilang dan pekerja am serta ingin memiliki rumah?

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan SJKP sehingga RM10 bilion, berbanding hanya RM5 bilion pada tahun 2023. Langkah ini dijangka akan memanfaatkan seramai 40,000 peminjam, menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah pertama mereka. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2025 buat rujukan semua.

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Buat makluman semua, Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan dan diperbadankan pada 6 Disember 2007.

Penubuhan SJKP oleh pihak Kerajaan merupakan suatu usaha untuk mengatasi kesukaran yang dialami golongan yang berpendapatan tidak tetap dalam memperoleh kemudahan kewangan untuk membeli rumah kediaman sendiri. Penubuhan SJKP dapat menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.

Pada 24 Februari 2023, melalui pembentangan Belanjawan 2023, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan sebanyak RM5 bilion dengan had pembiayaan yang lebih tinggi, iaitu sehingga RM500,000 untuk terus membantu bakal pembeli rumah kali pertama yang mempunyai kemampuan kewangan membayar ansuran bulanan.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2025 yang merangkumi syarat /kriteria kelayakan, panduan permohonan dan senarai institusi kewangan yang terlibat dengan SJKP.

Juga dikongsikan kalkulator pembiayaan dan soalan lazim SJKP.

Tujuan Pembiayaan : Pembiayaan gadai janji

Had Pembiayaan : Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)

Jenis Pembiayaan : Pinjaman/ pembiayan bertempoh-i

Tempoh Pembiayaan : Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)

Jaminan Pembiayaan : *Jaminan pembiayaan melebihi 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, **MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)

Kadar Faedah/ Keuntungan : Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat

*Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000

**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
**LTHO: Long Term House owner’s Takaful

Skim SJKP – MADANI

Selain itu terdapat juga skim yang dinamakan Skim SJKP – MADANI

Berikut adalah ringkasan berkaitan skim ini :-

Tujuan Pembiayaan : Pembiayaan Gadai Janji

Had Pembiayaan : Sehingga RM360,000 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)

Jenis Pembiayaan : Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh Sahaja

Tempoh Pembiayaan : Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)

Jaminan Pembiayaan : Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi

  1. Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
  2. Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot

Kadar Faedah/ Keuntungan : Seperti yang ditetapkan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat

Kriteria Kelayakan Permohonan SJKP

Jika anda memenuhi syarat-syarat berikut, anda boleh memohon :-

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
    Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
    Kategori berpendapatan tetap
  2. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
    Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  3. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  4. Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  5. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
    *CCRIS: Central Credit Reference Information System

Proses Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Berikut dikongsikan panduan untuk membuat permohonan pembiayaan perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP):

Langkah Memohon SJKP

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan memperoleh dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat tersebut perlulah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohon pembiayaan perumahan di mana-mana cawangan institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini

Dokumen Yang Diperlukan

Kediaman/ Rumah

  • Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka

Pendapatan

  • Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
  • Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
  • Surat pengesahan pekerjaan

Dokumen Sokongan Lain

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Surat pengesahan majikan (jika ada)
  • Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
  • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank*JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung

Semak Kelayakan

Sekiranya anda ingin mengetahui samada anda layak atau tidak untuk meminjam, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

Diantara soalan-soalan yang ditanya adalah :-

  • Adakah anda Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas?
  • Adakah anda Pembeli kali pertama rumah kediaman baru / rumah sedia ada / rumah lelongan untuk didiami?

*Nota : Jika anda layak, paparan pop up akan mengeluarkan mesej “Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak boleh melebihi 65% pendapatan kasar bulanan”

Institusi Kewangan Yang Terlibat

Senarai institusi kewangan yang terlibat dengan SJKP Berhad adalah seperti berikut:

  1. Alliance Bank
  2. Alliance Islamic Bank
  3. Affin Bank
  4. Agro Bank
  5. AmIslamic Bank
  6. Bank Islam
  7. Bank Muamalat
  8. BSN
  9. Bank Rakyat
  10. Maybank
  11. Maybank Islamic
  12. Hong Leong Bank
  13. Hong Leong Islamic Bank
  14. MBSB Bank
  15. RHB Islamic

Soalan Lazim SJKP

Untuk mengetahui maklumat tambahan berkaitan SJKP, klik pautan di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan SJKP 2025, rujuk butiran di bawah:

Alamat SJKP

  • Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
    15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
    50490 Kuala Lumpur

No. Tel

  • 03-2096 5000

Faks

  • 03-2096 5090

E-mel

  • enquiry@sjkp.com.my

SUMBER : Laman Web Rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2025 ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat membuat permohonan dan semoga berjaya mendapatkan kediaman pertama anda.

Rel : mengenalpasti rumah mrta mrtt lthot yuran guaman yuran penilaian kos ubah suai dan pembelian perabot, nama nombor kad pengenalan atau wakil yang terpilih

Kongsi Info Di: