Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2027 Tingkatan 1

Berita baik buat pelajar lepasan Tahun 6 yang ingin menyambung pelajaran ke sekolah elit pertama di bawah kerajaan Negeri Terengganu iaitu Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu (SMIYT), permohonan kemasukan boleh dilakukan secara atas talian (Online). Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu beserta syarat kelayakan permohonan dan maklumat penting lain untuk kemasukan tingkatan 1 ke SMIYT ambilan tahun 2027.

Juga dikongsikan maklumat jadual temuduga Imtiaz YT dan semakan keputusan tawaran.

Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu merupakan sekolah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan IMTIAZ Yayasan Terengganu. Sekolah ini menawarkan pendidikan selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan (bidang sains) yang diintegrasikan secara bersepadu dengan hafazan Al-quran dan pendidikan agama.

Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu

Berikut adalah senarai sekolah SMIYT :-

  • 1. BESUT : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
  • 2. KEMAMAN : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
  • 3. KUALA BERANG : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
  • 4. KUALA TERENGGANU : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
  • 5. SETIU : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
  • 6. KUALA NERUS : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
  • 7. MARANG : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
  • 8. DUNGUN : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu

Cara Membuat Permohonan Kemasukan ke SMIYT 2027

Permohonan bagi kemasukan ke SMIYT bagi tingkatan 1 ambilan 2027 boleh dilakukan secara atas talian (online) di pautan yang disediakan seperti berikut:

NOTA: Hanya calon yang bekelayakan dan memohon secara online sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga

Tarikh Permohonan Kemasukan Ke SMIYT Ambilan 2027

  • Tarikh Buka : 10 September 2026
  • Tarikh Tutup : 30 September 2026

Syarat-Syarat Kemasukan SMIYT

Yayasan Terengganu telah bersetuju untuk menetapkan syarat kemasukan ke SMIYT adalah calun lulus ujian kemasukan dan sesi temuduga yang akan diadakan

Tawaran kemasukan juga tertakluk kepada keputusan temuduga serta syarat kelayakan kemasukan lain seperti berikut:

  • 1. Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
    • a) ibu atau/dan bapa dilahirkan di Terengganu; ATAU
    • b) ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tetap tinggal di Terengganu
  • 2. Wajib mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kemasukan Imtiaz serta sesi temuduga
  • 3. Lulus dalam Ujian Kemasukan Imtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang lulus Ujian Kemasukan Imtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi Ujian hafazan, penguasaan bahasa serta personaliti  (Kecerdasan Intelektual dan Insaniah)
  • 4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  • 5. Bersetuju menerima penempatan SMIYT yang ditawarkan berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
  • 6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan

Jadual Temuduga & Semakan Keputusan Tawaran SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2027

Dimaklumkan bahawa Jadual Sesi Temu Duga Kemasukan Tingkatan 1 Imtiaz Tahun 2027 telah disediakan untuk rujukan semua calon dan ibu bapa.

📅 Tarikh: 24 – 26 November 2026
📍 Tempat: Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Calon dan ibu bapa dimohon untuk menyemak jadual yang dilampirkan serta mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

  • 1. Calon hendaklah hadir mengikut masa pendaftaran yang telah ditetapkan berdasarkan slip temu duga masing-masing.
  • 2. Calon perlu mematuhi arahan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak urus setia sepanjang sesi temu duga berlangsung.
  • 3. Calon dimohon hadir lebih awal bagi melancarkan urusan pendaftaran.

PERHATIAN:

Waktu yang dinyatakan adalah anggaran dan tertakluk kepada perubahan mengikut kelancaran urusan temu duga. Calon dimohon mematuhi arahan pihak urus setia.

Kerjasama dan perhatian semua calon serta ibu bapa amat dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sesi temu duga ini.

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi maklumat seperti berikut:

Bahagian Pengurusan Imtiaz

Telefon: 09-621 1800 / 09-621 1929 / 09-621 1922
Whatsapp: 09-621 1800
Help Desk Sistem Pendaftaran
Whatsapp: +60 19-215 4562

Facebook Rasmi

Alamat : Pengarah, Yayasan Terengganu, Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu (u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz)

Semakan Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2027 Tingkatan 1 bagi panggilan temuduga dan surat tawaran penempatan boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi SMIYT. Diucapkan selamat maju jaya buat calon-calon yang memohon dan semoga mendapat keputusan yang terbaik.

Share Info

Portal_Editor

Portal_Editor