Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Agama MAIWP Dan Integrasi Sains Tahfiz 2027 Online. Panduan buat pelajar tahun enam 2026 terutama anak-anak Wilayah Persekutuan. Permohonan SMA MAIWP untuk ambilan 2027 akan dibuka pada sekitar bulan Oktober/ November setiap tahun. Permohonan kemasukan ke SMISTA MAIWP Tingkatan 1 juga boleh dibuat pada tarikh dan di applikasi permohonan iSMAM yang sama.
Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Facebook SMA MAIWP dalam mendapatkan tarikh rasmi permohonan. Sebagai rujukan, permohonan kemasukan tahun 2026 dibuka secara online bermula 1 November 2025.
Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2027 Tingkatan 1 Online
Berikut dikongsikan maklumat permohonan kemasukan ke SMA MAIWP tahun 2027. Maklumat dan panduan yang dikongsikan termasuk syarat permohonan, applikasi permohonan dan cara hubungi.
Sekolah-Sekolah Menengah Agama MAIWP yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
β’ πππ π€π‘ππ πππ£ππ£πππ πΌπππ’π ππΌπππ ππͺππ‘π ππͺπ’π₯πͺπ§ (πππΌ ππΌπππ ππ)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
β’ πππ π€π‘ππ πππ£ππ£πππ πΌπππ’π ππΌπππ ππππͺππ£ (πππΌ ππΌπππ π)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang juga melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
β’ πππ π€π‘ππ πππ£ππ£πππ ππ£π©πππ§ππ¨π ππππ£π¨ ππππππ― (ππππππΌ)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) bermula Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Kurikulum yang ditawarkan adalah:
- Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
- Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
Tarikh Permohonan SMA MAIWP 2027
Tingkatan 1
- 1 Oktober 2026 : Tarikh Buka Permohonan
- 31 Oktober 2026 : Tarikh Tutup
Nota : Tarikh akhir menghantar borang yang telah lengkap diisi dan dikemaskini sebelum atau pada hari tarikh tutup permohonan SMA MAIWP.
Syarat Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP Tingkatan 1
Pelajar yang ingin memohon perlu merujuk kepada syarat kelayakan permohonan berikut :-
- Murid hendaklah seorang Warganegara Malaysia
- Keutamaan diberikan kepada murid yang lahir atau bermastautin/ menetap di Wilayah Persekutuan
Syarat Kelayakan Akademik
Selain syarat permohonan, syarat kelayakan akademik pelajar adalah seperti berikut :-
- Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun terkini
- Mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf
- Berkebolehan menulis dan membaca jawi serta membaca al-Quran dengan baik
- Lulus cemerlang temuduga kemasukan
- Aktif dalam kokurikulum
Cara Mohon Kemasukan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2027 Secara Online
Permohonan boleh dibuat secara online di
- Applikasi Permohonan : Klik SMAM MAIWP
Maklumat selanjutnya, sila rujuk Iklan Pengambilan
Nota Penting Permohonan
Pelajar yang layak perlu juga menghadiri temuduga dan hanya permohonan atas talian yang lengkap sahaja akan diproses
- Check panggilan temuduga, result permohonan dan permohonan rayuan boleh dirujuk di TARIKH PENTING SMA MAIWP.

Cara Hubungi SMA MAIWP
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
- talian 03-2639 9000 (Ext: 11819, 11821, 11831, 11832 & 11835)
- Facebook Rasmi MAIWP
Selamat membuat Permohonan secara online. Semoga hasrat anda untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama MAIWP tercapai.




