Permohonan SMANJ Negeri Johor 2026 Online (Tingkatan 1)

Permohonan SMANJ 2026 Online Kemasukan Ke Tingkatan 1. Borang kemasukan ke tingkatan 1 sekolah menengah agama negeri johor.

Berita baik buat pelajar yang telah melepasi pengajian Tahun 6. Mereka yang berkelayakan adalah berpeluang untuk memasuki Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ). Permohonan kemasukan ke SMA Negeri Johor akan dibuka dan bakal ditutup pada tarikh yang dikongsikan di bawah ini. Juga dikongsikan panduan dalam membuat permohonan SMANJ untuk kemasukan ke Tingkatan 1 bagi ambilan tahun 2026.

Sekolah Menengah Agama Negeri Johor merupakan sekolah di bawah pemantauan Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor. Sekolah ini melaksanakan sistem dwi aliran iaitu aliran kebangsaan seperti yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta aliran agama yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

Tarikh Permohonan Kemasukan Ke SMANJ Ambilan Tahun 2026 (Tingkatan 1)

Permohonan bagi kemasukan ambilan 2026 dibuka pada tarikh berikut:

  • i) Tarikh Buka : 6 Ogos 2025
  • ii) Tarikh Tutup : 3 September 2025

Cara Membuat Permohonan SMA Negeri Johor 2026 Kemasukan Ke Tingkatan 1

Untuk membuat permohonan kemasukan bagi ambilan 2026, pemohon boleh membuatnya secara atas talian (online) dengan melayari portal rasmi SMANJ di pautan seperti berikut:

NOTA: Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ (Manual Pengguna akan dibuka pada tarikh permohonan).

Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.

Syarat Kemasukan ke SMAN Johor 2026 (Form 1)

Syarat kelayakan kemasukan untuk pengambilan tahun 2026 adalah seperti berikut :-

  1. Calon warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.
  2. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  3. Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
  4. Permohonan adalah secara dalam talian (online) dan hanya calon yang melepasi saringan awal (berdasarkan jumlah merit tertinggi) akan dipanggil menghadiri Ujian Kelayakan yang akan dijalankan.
  5. Tarikh-tarikh penting akan sentiasa dimaklumkan melalui Facebook rasmi Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.

Ujian Kelayakan Kemasukan Ke SMA Negeri Johor 2026

Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN.

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

  1. Ujian Secara Dalam Talian
    • dijalankan selama 1 jam.
    • merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.
  2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.
  3. Ujian Lisan
    • Bacaan surah al Fatihah
    • Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
    • Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Result Peperiksaan UPKK
  2. Result Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) / Setara – (Setengah Tahun Darjah 6)
  3. Penilaian Bidang Al-Quran
  4. Result Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 SAKJ / Setara
  5. Angka Giliran Peperiksaan SDEA 2025
  6. Result PAJSK Tahun 5 Sesi 2024

Tarikh-Tarikh Penting SMANJ 2026

  • Permohonan SMANJ 2026 Secara Online : 6 Ogos 2025 hingga 3 September 2025
  • Semakan Calon Berjaya Ujian Kelayakan : 17 September 2025
  • Pelaksanaan Ujian Kelayakan SMANJ : 29-30 September 2025 hingga 2 Oktober 2025
  • Semakan & Pengesahan Calon Berjaya & Permohonan Rayuan SMANJ : 15 Oktober 2025 hingga 29 Oktober 2025
  • Semakan & Pengesahan Calon Berjaya (Rayuan) : 12 November 2025

Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ)

Semua murid Tahun 6 sesi 2025 adalah dipelawa bagi menyambung pengajian di;

1. Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)

  • Ditawarkan kepada murid lelaki dan perempuan
  • Pengajian dijalankan di Maahad Johor berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia dengan tambahan subjek Matematik Tambahan dan Prinsip Akaun bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia serta hafazan 10 juzuk Al-Quran dalam tempoh 5 tahun.
  • Alamat: Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, Johor Tel: 07-223 2732/ 223 2710
  • Facebook Maahad Johor

2. Maahad Tahfiz Negeri Johor, Johor Bahru (MTNJ)

  • Khas untuk murid lelaki sahaja
  • Pengajian dijalankan di Maahad Johor berteraskan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu hafazan 30 juzuk Al Quran dalam tempoh 5 tahun.
  • Alamat: Jalan Gertak Merah, 80000 Johor Bahru, Johor Tel: 07-223 2732/ 223 2710
  • Facebook Maahad Johor

3. SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)

  • Pengajian berteraskan Kurikulum Kementerian Pendidikan Bersepadu Malaysia Dini Pakej STEM (KBD) (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) dan Pakej Dini Tulen serta hafazan 10 juzuk Al Quran dalam tempoh 5 tahun.
  • Alamat: Jalan Sentosa, Off Jalan Hospital, 86000 Kluang, Johor Tel: 07-771 5482
  • Facebook SMAKJ

4. Maahad Pontian, Pontian (MP)

  • Pengajian berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) dan Pakej Sastera dan Kemanusiaan dan turut menawarkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  • Alamat: Jalan Parit Masjid, 82000 Pontian, Johor Tel: 07-687 4470
  • Facebook Maahad Pontian

5. SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)

  • Pengajian berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej Sastera dan Kemanusiaan dan turut menawarkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  • Alamat: Pos 2, Jalan Sekolah Arab, 83400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Tel: 07-454 5710
  • Facebook SMAPR

6. SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)

  • Pengajian berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia Pakej Sastera dan Kemanusiaan dan turut menawarkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta hafazan Al Quran 2 juzuk setahun.
  • Alamat: Pekan Tampok, 82200 Benut, Pontian, Johor Tel: 07-424 190
  • Facebook SMA Bugisiah

Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut, sila hubungi :-

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAINJ
Tel : 07-228 2930/ 32/ 33/ 55

Semoga panduan yang disertakan di atas dapat membantu pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor. Calon yang telah memohon boleh membuat semakan tawaran kemasukan pada bulan Oktober di pautan pendaftaran. Selamat maju jaya diucapkan.

Kongsi Info Di: