Permohonan SMA Nilai 2025 Online Tingkatan 1

Permohonan SMA Nilai 2025 Online Kemasukan Tingkatan 1, Borang Kemasukan ke Form 1 Sekolah Menengah Agama Nilai sesi 2025 - 2026 secara online.

Berita baik buat murid tahun 6 yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama di Negeri Sembilan. Menerusi makluman Portal Rasmi SMA Nilai, Permohonan SMA Nilai ambilan tahun 2025 secara online untuk kemasukan ke Tingkatan 1 akan dibuka pada bulan November 2024.

Pelajar yang berminat perlu merujuk kepada syarat kelayakan dan proses permohonan yang dikongsikan di bawah ini.

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 SMA Nilai Tahun 2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan SMA Nilai 2025 Online Tingkatan 1 (Sekolah Menengah Agama) meliputi tarikh penting, syarat dan proses permohonan serta semakan keputusan SMA Nilai.

*(A) Murid SK NS dan Sekolah Rendah Swasta NS yang berdaftar dengan Sistem A P D M memohon melalui Sistem A P D M*

1. Permohonan dibuka *mulai 01 November hingga 20 Disember 2024*.

2. Pengisian oleh murid dan ibu bapa melalui Guru Kelas Tahun 6/ Penyelaras Kelas yg mengurus adalah permohonan Tingkatan 1 bagi Kelas Seliaan Negeri (KSN) spt 4 kategori berikut :

(i) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ada 2 iaitu KBT dan DINI;
(ii) Kelas Aliran Agama (KAA);
(iii) Kelas Rancangan Khas (KRK).

Ini bermakna ibu bapa dan murid Tahun 6 2024 boleh menetapkan satu nama sekolah bagi setiap kategori berkenaan.

3. Dapatkan Borang Permohonan Tingkatan 1 utk Kelas Seliaan Negeri daripada Guru Kelas Tahun 6/ Penyelaras Kelas di SK NS.

4. Ibu bapa yg memohon KBT di SMA Nilai (APDM) dipelawa menyertai link telegram utk info dari semasa ke semasa : https://t.me/+nauxZ2Ao4Do0ZTQ1

*(B) Murid SK Luar NS atau Sekolah Rendah Swasta yang tidak berdaftar dengan Sistem A P D M*

1. Permohonan *dibuka pada 01 November hingga 20 Disember 2024 melalui link Google Form* : https://forms.gle/sChi2u6XBH4KXzV57

2. Link Google Form disebarkan melalui :

(i) Group WhatsApp Ibu Bapa Murid SMA Nilai
(ii) Facebook SMA Nilai
(iii) Ditampalkan di Pondok Pengawal Kesalamatan

3. Ibu bapa dipelawa menyertai link telegram utk info dari semasa ke semasa : https://t.me/+nauxZ2Ao4Do0ZTQ1

Maklumat Lanjut/ Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan cara hubungi, sila rujuk kepada maklumat ini :-

  • Alamat: Sekolah Menengah Agama Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
  • No. Tel: 606-7991826
  • No. Faks: 606-7996931
  • Facebook Rasmi: SMA Nilai

Selamat membuat Permohonan. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Nilai dalam menyambung pelajaran di peringkat menengah.

Kongsi Info Di: