Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2026 Secara Online. Berminat untuk memasuki Sekolah Menengah Agama? Berita baik buat pelajar tahun 6 2025 dan rakyat Negeri Terengganu. Permohonan SMA Terengganu 2026 SMANT untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) kini dibuka bermula dari 4 September 2025.
Kemasukan ke SMA Terengganu ambilan 2026 adalah melibatkan Sekolah Menengah Agama (SMA), Madrasah Moden Terengganu (MMT) & Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI). Untuk makluman, calon perlu menduduki dua ujian kelayakan bagi mendapatkan tawaran kemasukan ke SMA Negeri Terengganu.
Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2026 Online (SMAonline)
Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, berikut adalah maklumat penting Permohonan SMA Terengganu 2026 kemasukan ke Tingkatan 1 (Form 1) yang perlu dipohon secara online. Syarat permohonan dan tarikh juga ada dikongsikan untuk panduan pelajar.
Tarikh Permohonan SMANT Ambilan Tahun 2026
Permohonan kemasukan ke SMANT akan dibuka/ ditutup seperti tarikh/ maklumat berikut:-
- Permohonan Di Buka : 4 September 2025
- Permohonan Di Tutup : 4 Oktober 2025
Permohonan SMA Terengganu 2026 Online
Untuk makluman, borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibu bapa/ penjaga. Pelajar boleh melayari applikasi permohonan di :-
- Portal Permohonan SMA Negeri Terengganu (https://jpint.awfatech.com/daftar.php)
- Sila masukkan No.KP/Passport pelajar untuk pendaftaran kali pertama atau membuat check status permohonan
- Klik butang SE MAKAN untuk pengesahan No.KP/Passport
- Sekiranya No.KP/Passport tidak ditemui, butang DAFTAR DISINI akan terpapar. Ibu/bapa boleh membuat permohonan baru dengan klik butang DAFTAR DISINI
Permohonan adalah untuk kemasukan ke sekolah-sekolah berikut :-
Sekolah Menengah Agama
- 1. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu
- 2. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
- 3. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut
- 4. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus (pengambilan murid lelaki sahaja)
- 5. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu (pengambilan murid perempuan sahaja)
Sekolah Menengah Agama Harian
- 1. Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu (pengambilan murid perempuan sahaja)
- 2. Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu (pengambilan murid lelaki Sahaja)
- 3. Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
- 4. Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun
- 5. Sekolah Menengah Agama Marang, Marang
- 6. Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
- 7. Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut
- 8. Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
- 9. Sekolah Menengah Agama Setiu, Setiu
Syarat Kelayakan Permohonan SMA Terengganu 2026
Calon yang ingin memohon kemasukan Tingkatan Satu ambilan tahun 2026 ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Terengganu hendaklah memenuhi syarat am yang ditetapkan seperti berikut sebagai panduan.
Syarat umum kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Calon warganegara Malaysia & rakyat Terengganu
- Calon mestilah lahir di Terengganu;
- Ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu;
- Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu dan mempunyai niat serta bukti akan terus tinggal di Terengganu
- Berumur 13 tahun pada tahun semasa
- Calon yang lahir pada pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik
- Calon mestilah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik yang boleh menghalang terlibat aktiviti sekolah dan asrama
- Telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2024
- Calon telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2024 atau sekurang-kurang mempunyai Sijil Kelas Fardu Ain lain yang setara.
- Calon yang memperoleh keputusan terbaik akan diberi keutamaan
- Mengemukakan permohonan secara atas talian melalui laman web ditetapkan
- Calon mestilah membuat pengisian borang permohonan secara atas talian
- Calon-calon dari :
- Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)
- Sekolah Kebangsaan (SK)
- Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR)
- Sekolah Rendah Agama Swasta
- Bersetuju menerima mana-mana SMANT yang ditawarkan oleh JPINT
- Lulus ujian dan temu duga dijalankan oleh JPINT
Syarat khusus kemasukan mestilah memperolehi result UPKK atau setara mengikut sekolah – sekolah pilihan berikut :
KEMASUKAN KE SEKOLAH | KRITERIA KHUSUS |
Kemasukan ke SMA(A)SZA | Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A dalam UPKK |
Kemasukan ke SMIDI Dungun & SMIDI Kuala Nerus | Memperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam UPKK atau sekurang-kurangnya 8 Mumtaz (6 Mumtaz subjek agama & 2 Mumtaz subjek umum) dalam UPSRI atau sekurang-kurangnya 7A subjek agama dalam percubaan SPPIM/setara |
Kemasukan ke SMA Khairiah | Memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK |
Kemasukan ke SMASZA Ladang | Memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam UPKK |
Kemasukan ke SMIDI Besut & SMIDI Hulu Terengganu | Memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK atau sekurang-kurangnya 5 Mumtaz (3 Mumtaz subjek agama & 2 Mumtaz subjek umum) dalam UPSRI atau sekurang-kurangnya 5A subjek agama dalam percubaan SPPIM/setara |
Kemasukan ke SMA Maarif, SMA Sultan Ismail, SMA Mahmudiah & SMA Marang | Memperoleh sekurang-kurangnya 2A dalam UPKK |
Kemasukan ke SMA Al-Falah | Memperoleh sekurang-kurangnya 1A dalam UPKK |
Kemasukan ke SMA Ittifakiah & SMA Setiu | Terbuka kepada semua calon yang memenuhi kriteria-kriteria umum |
Check Ujian, Temuduga & Kemaskini Pilihan SMANT 2026
Calon yang memohon dan layak akan menduduki ujian bertulis dan temuduga pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
Ujian dan temuduga boleh di check pada bulan Oktober hingga November 2025.
- Klik Applikasi :-
- SMANT (Pautan akan dikemaskini)
Ujian berkenaan merangkumi penilaian perkara-perkara berikut :
KERTAS 1 : Ujian Diniyyah (60 MARKAH)
- Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muassirah – 20 soalan
- Al-Syariah – 15 soalan
- Usul Al-Din – 15 soalan
- Menulis Jawi – 10 soalan
KERTAS 2 :Ujian Umum (40 MARKAH)
- Bahasa Melayu – 15 soalan
- Matematik – 15 soalan
- Sains – 15 soalan
- Bahasa Inggeris – 15 soalan
Tarikh Penting Permohonan SMANT 2026
Tarikh-tarikh penting kemasukan ke SMANT Terengganu ambilan tahun 2026 adalah seperti berikut. Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan.
Cara Hubungi
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan, sila rujuk iklan atau hubungi :-
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk,(Asrama Penuh)
Jalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu.
Sekolah Menengah Agama Khairiah,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Tel : 09-630100 Faks : 09-6312063
Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6221618 Faks : 09-6313069
Sekolah Menengah Agama Marang
21600 Marang, Terengganu.
Tel : 09-6182226 Faks : 09-6182500
Sekolah Menengah Agama Maarif,
Kampung Raja,
22200 Besut, Terengganu
Tel : 09-6955300 Faks : 09-6955301
Sekolah Menengah Agama Ittifakiah
22000 Jerteh, Terengganu.
Tel : 09-6972244 Faks : 09-6902400
Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail
Jalan Nibong, 23000 Dungun,
Terengganu.
Tel : 09-8422400 Faks : 09-8422402
Sekolah Menengah Agama Setiu
Putera Jaya, Bandar Permaisuri,
22100 Setiu, Terengganu
Tel : 09-6097521 Faks : 09-6097012
Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
Hulu Terengganu.
Tel : 09-6811326 Faks : 09-6817907
Sekolah Menengah Agama Al-Falah
Kemaman, Terengganu
Tel : 09-8591515 Faks : 09-8584535
Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus
KM 21, Wakaf Tengah, 21030 Kuala Nerus
Tel : 09-6694426 Faks : 09-6694432
Madrasah Moden MAIDAM Hulu Terengganu
D/A Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, 21700 Hulu Terengganu
Tel : 09-6812306
Madrasah Moden MAIDAM Besut
Kampung Padang Landak, 22000 Jerteh Terengganu
Faks : 09-6976627
Selamat membuat permohonan SMA Terengganu 2026 Online. Semoga anda berjaya mendapat kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu ambilan tahun 2026.