Perhatian buat pelajar lepasan Tahun 6 2025 dan sedang mencari peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah, di sini ada berita baik buat anda yang berkelayakan. Permohonan untuk kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak bagi ambilan 2026 akan dibuka pada bulan September 2025. Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohonan SMAN Perak 2026 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 secara online.
Seperti kebanyakan negeri di Malaysia yang lain, Negeri Perak juga mempunyai Sekolah Menengah Agama Negeri yang diletakkan di bawah pemantauan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Di samping menjalankan Kurikulum Arus Perdana, terdapat dua jenis aliran yang ditawarkan mengikut sekolah iaitu Kurikulum Bersepadu Dini di 3 Sekolah Menengah Agama Negeri dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz di 5 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan
Syarat Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak
Berikut adalah syarat pada tahun ini sebagai rujukan:
- 1. Warganegara Malaysia dan Tahun Enam tahun 2025 (12 tahun)
- 2. Memperolehi sekurang-kurangnya 5A dalan UPKK & minimum 4A dalam Sijil Rendah Agama Islam (SRAI)
Senarai Nama Sekolah Menengah Agama Negeri Perak
Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Perak untuk kemudahan para pemohon:
a) SMAN (SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI) – ALIRAN KBD
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)/ Kurikulum Bersepadu DINI (KBD)
- Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (L)
- Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh (P)
- Sek. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg. Gajah (L & P)
b) SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN – ALIRAN KBT
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)/ Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
- Sekolah. Menengah. Tahfiz Darul Ridzuan, Manjung (L)
- Sekolah. Menengah. Tahfiz Darul Ridzuan, Lenggong (L)
- Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Kerian (P)
- Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Batang Padang (P)
c) SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN – PROGRAM TAHFIZ
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)/ Program Tahfiz
- Sek. Men Tahfiz Darul Ridzuan Tambun (L)
Cara Membuat Permohonan SMAN Perak Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2026
Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak bagi ambilan 2026 boleh dilakukan secara atas talian (online) bermula pada 15 September 2025 melalui pautan aplikasi permohonan dan semakan keputusan tawaran seperti berikut:
- Portal Rasmi SMAN Perak (https://e-smanperak.my/)
- Klik Pautan Permohonan Online
MAKLUMAN!
- Sila masukkan No.Kad Pengenalan murid untuk pendaftaran kali pertama atau membuat semakan status permohonan
- Klik butang SEMAKAN untuk pengesahan No.Kad Pengenalan murid
- Mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon hendaklah memperoleh minimum 5A dalam Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2024 dan minimum 4A dalam Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) Tahun 2025
- Pemohon hendaklah memastikan bahawa setiap butiran maklumat yang telah dimasukkan dalam sistem adalah betul dan benar. Pihak Bahagian Pendidikan, JAIPk berhak membatalkan permohonan atau tawaran sekiranya maklumat yang telah dinyatakan adalah palsu dan tidak benar.
Tarikh Penting Permohonan Dan Semakan Keputusan SMAN Perak 2026
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan SMAN Perak ambilan tahun 2026 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 :-
Tarikh | Perkara |
15 September 2025 | Permohonan ke SMAN Perak dibuka |
15 Oktober 2025 | Permohonan ditutup |
7 November 2025 | Semakan permohonan |
15 November 2025 | Ujian Akademik |
28 November 2025 | Semakan Panggilan Ujian Hafazan |
6 Disember 2025 | Ujian Hafazan |
23 Disember 2025 | Semakan Keputusan Tawaran |
Maklumat Lanjut/ Cara Hubungi
NOTA: Permohonan adalah secara online. Sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh semak secara online di laman permohonan atau ke pejabat di alamat berikut:
Tingkat 7, Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam Perak
Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jln Panglima Bukit Gantang Wahab
30000, Ipoh, Perak.
No Telefon : 05 208 4938 / 4954 / 4950 / 4951 / 4949
Iklan Permohonan
Semoga berjaya buat calon-calon yang membuat permohonan SMAN Perak 2026 dan semoga apa yang dikongsikan dapat sedikit sebanyak membantu memberi panduan kepada yang berminat untuk memohon.