Permohonan Tabika Kemas 2026 Dan Taska

Permohonan Tabika Kemas 2026 Dan Taska, borang pendaftaran tabika kemas dan taska permata kemas tahun 2026 beserta link muat turun borang & syarat.

Perhatian buat ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak berusia 2 hingga 6 tahun. Dan bercadang untuk menghantar anak mereka ke Tabika Kemas dan Taska. Permohonan Tabika Kemas 2025 Dan Taska akan dibuat menerusi makluman di Facebook KEMAS. Lazimnya, Pendaftaran Kemasukan ke Tabika Kemas serta Taska akan bermula dari bulan Mei hingga bulan Ogos tahun 2025.

Pendaftaran anak ke KEMAS adalah terbuka kepada anak-anak yang berusia dua hingga enam tahun dan melepasi syarat kemasukan yang dikongsikan di bawah ini. Pemohon perlu mengisi borang permohonan/ pendaftaran KEMAS yang dikongsikan di bawah ini. Iaitu TABIKA (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) dan TASKA (Taman Asuhan Kanak-Kanak).

Permohonan Tabika Kemas 2026 Dan Taska (Borang PDF)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Tabika dan Taska Kemas tahun 2026 meliputi tarikh permohonan dan muat turun borang pendaftaran.

Pemohon perlu menyediakan dokumen seperti yang tertera di borang permohonan KEMAS.

Tarikh Permohonan 2026

Permohonan bagi kemasukan ke TABIKA KEMAS serta TASKA setiap tahun akan dibuka sekitar bulan Mei hingga Oktober dan ianya berbeza setiap tahun. Berikut adalah tarikh permohonan mengikut tahun

  • 2026 : 25 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025
  • 2025 : 1 Ogos hingga 31 Oktober 2024
  • 2024 : 1 Ogos hingga 31 Oktober 2023
  • 2023 : 1 Ogos hingga 31 Disember 2022
  • 2022 : 1 Jun hingga 31 Oktober 2021
  • 2021: 1 Jun hingga 31 Oktober 2020
  • 2020: Jun hingga 31 Oktober 2019

Syarat-Syarat Pendaftaran

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) adalah dua kategori utama program ini, di mana:

  • TASKA (2-4 Tahun): Menyediakan penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun, termasuk pemantauan kesihatan dan imunisasi
  • TABIKA (4-6 Tahun): Mengutamakan pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, dengan keutamaan untuk mereka yang berumur 5 dan 6 tahun serta memenuhi syarat kewarganegaraan Malaysia

i) TABIKA

Permohonan pendaftaran TASKA adalah terbuka kepada:-

  • Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
    Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun)
  • Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2025/2026 akan dibuka mulai 25 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025
  • Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat serta di semua Tabika KEMAS
  • Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak)
  • Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas
  • Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan
  • Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat
  • Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup permohonan.

ii) TASKA

Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 hingga 2024 sahaja

Untuk memuat turun borang dalam PDF, sila klik KEMAS 2026

Ibu bapa perlu mengisi borang yang telah dimuat turun dengan LENGKAP dan menghantar senarai dokumen yang diperlukan ke Tabika pilihan mereka.

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan bersama borang:

  • 1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  • 2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  • 3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  • 4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  • 5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) serta rekod imunisasi

Sila pastikan semua dokumen permohonan adalah lengkap dan dihantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan. Proses penilaian akan dibuat dan pihak Jawatankuasa Pemilihan akan mengeluarkan surat jawapan sama ada permohonan diterima atau sebaliknya dalam tempoh tidak melebihi sebulan selepas tarikh tutup permohonan.

Iklan Permohonan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan permohonan di bawah:-

Senarai Alamat Tabika Kemas

Sebagai rujukan kepada semua, berikut dikongsikan senarai alamat tabika Kemas mengikut negeri :

Senarai Alamat Taska Kemas

Sebagai rujukan kepada semua, berikut dikongsikan senarai alamat taska Kemas mengikut negeri :

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan serta info terkini, ibu bapa dan penjaga boleh merujuk kepada:

Facebook: KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
Laman web rasmi: KEMAS
Telefon:03-8891 2682

Selamat membuat Permohonan buat ibu bapa dan penjaga semua. Semoga permohonan pendaftaran anda ke KEMAS berjaya nanti.

Kongsi Info Di: