Berita baik buat rakyat Negeri Johor Darul Takzim terutamanya golongan ibu bapa. Adakah anda mempunyai anak-anak yang akan memasuki sekolah tadika? Buat makluman semua, pendaftaran kemasukan ke Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi tahun 2026 untuk anak-anak berumur lima (5) dan (6) tahun telah dibuka. Kepada yang berminat, berikut dikongsikan maklumat berkaitan pendaftaran permohonan Tadika Islam Johor (TAJ) 2026.
Tadika boleh ditakrifkan sebagai suatu bentuk pusat pendidikan peringkat awal yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal buat kanak-kanak kepada suasana persekolahan. Ia penting sebagai salah satu cara untuk menyediakan kanak-kanak ini supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran bersama kanak-kanak lain di samping hidup secara berdikari. Pendidikan di peringkat tadika terdiri daripada mengeja, mengira dan membaca. Kanak-kanak yang mendaftar di Tadika terdiri daripada mereka yang berumur antara empat (4) hingga enam (6) tahun.
Program prasekolah Tadika Agama Johor ( TAJ ) adalah sebuah program pendidikan yang memberi fokus kepada perkembangan murid secara menyeluruh serta seimbang. Ia diwujudkan sebagai salah satu langkah persediaan diri bagi murid untuk menghadapi alam persekolahan. TAJ mula diasaskan pada tahun 2001 dan beroperasi di beberapa buah sekolah Agama Kerajaan Johor yang terpilih.
Permohonan Tadika Islam Johor (TAJ) Sesi Persekolahan 2026
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Tadika Islam Johor (TAJ) 2026 yang merangkumi tarikh permohonan dibuka dan ditutup, maklumat pendaftaran, dokumen yang perlu disertakan dan lain-lain.
Tarikh Permohonan/ Pendaftaran TAJ
Tarikh permohonan kemasukan Tadika Islam Johor bagi sesi 2025 dibuka dan ditutup adalah seperti berikut:
- Tarikh Buka Permohonan : 1 Julai 2025
- Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2025
Cara Mendaftar TAJ
Tiada pendaftaran dalam talian diperlukan buat masa ini.
Ibu bapa atau penjaga hanya perlu hadir secara terus ke sekolah agama pilihan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.
Untuk senarai lengkap Tadika Agama Johor satu negeri, boleh tekan link dibawah :
Dokumen Penting
Untuk membuat Permohonan Tadika Islam Johor (TAJ) 2026, dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar adalah seperti berikut:
- Salinan MyKid / MyKad anak
- Salinan sijil lahir anak
- Salinan MyKad ibu bapa / penjaga
- Slip Gaji Ibu Bapa/ Penjaga
- Bil Api atau Air kediaman
- 4 Keping gambar murid berukuran pasport
- Sebarang dokumen sokongan lain jika perlu
Iklan Permohonan TAJ 2026
Untuk maklumat lanjut pendaftaran, sila rujuk kepada iklan berikut :-
Bayaran
Di bawah adalah perincian yuran/ bayaran yang diperlukan pada tahun 2021 untuk rujukan. Bagi kemasukan terkini akan dikemaskini:
- Pendaftaran : RM 20
- Yuran pelbagai : RM 30
- Yuran Peperiksaan : RM 10
- Yuran Makanan bulanan, Buku Teks, Pakaian Sekolah, Pakaian Sukan, Lain-lain : * (Harga bertanda * bermaksud ditetapkan oleh pihak sekolah)
Ko-Kurikulum
Pendidikan prasekolah TAJ merangkumi aktiviti ko-kurikulum seperti berikut:
- Pendidikan Jasmani
- Majlis Keraian Islam
- Tilawah Al-Quran
- Lawatan Sambil Belajar
- Hari Terbuka
- Sukan Tahunan
- Majlis Konvokesyen
Pemakaian
Berikut adalah peraturan pemakaian yang ditetapkan untuk murid lelaki dan perempuan:
Murid Lelaki:
- Baju leher potongan Cheongsam berwarna putih (leher, lipatan kocek dan lengan baju berwarna merah hati)
- Seluar panjang berwarna merah hati
- Songkok berwarna hitam, memakai kasut dan stokin mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia
Murid Perempuan
- Baju kurung putih serta lipatan lengan berwarna merah hati
- Kain berwarna merah hati
- Memakai kasut dan stokin menurut panduan dari pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia
Senarai Tadika Islam Johor (TAJ) Mengikut Daerah Serta Kawasan Di Seluruh Negeri Johor Darul Takzim
Berikut dikongsikan senarai Tadika Islam Johor (TAJ) yang boleh didapati di mana-mana Sekolah Agama Johor yang terpilih disetiap daerah.
Senarai TAJ Daerah Johor Bahru
- TAJ SA Dato’ Abdullah Esa (Jalan Masjid, Kampung Melayu Majidi)
- TAJ SA Taman Johor Jaya (Jalan Dedap 10, Taman Johor Jaya)
- TAJ SA Kempas Baru (Jalan kempas utama, Kempas Baru)
- TAJ SA Felda Ulu Tebrau (Jalan Bakawali , Felda Ulu Tebrau )
- TAJ SA Taman Daya (Jalan Rumbia 39, Taman Daya)
- TAJ SA Desa Jaya (Jalan Lembah 31, Taman Desa Jaya)
- TAJ SA Taman Desa Cemerlang (Jalan Lanjut Taman Desa Cemerlang)
- TAJ SA Pasir Gudang 2 ( Jalan Tembusu , Pasir Gudang )
- TAJ SA Bandar Permas Jaya Jalan Permas 3/10, Bandar Permas Jaya)
- TAJ SA Bandar Seri Alam (Jalan Tasik 24, Bandar Seri Alam)
- TAJ SA Taman Cendana (Jalan Persiaran Cendana, Taman Cendana,Pasir Gudang)
- TAJ SA Taman Mawar (Jalan Mawar Putih, Taman Mawar)
- TAJ SA Taman Rinting (Jalan Gaharu 4, Taman Rinting, Pasir Gudang)
- TAJ SA Taman Pasir Putih (Jalan Pasir Putih, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang)
- TAJ SA Dato’ Onn Jaafar (Jalan Garuda, Larkin Jaya)
- TAJ SA Bandar Baru Uda (Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda)
- TAJ SA Dato’ Omar Yusof (Jalan Durian, Kampung Pasir)
- TAJ SA An-Nur Batu 10, Skudai (SA An-Nur Batu 10)
- TAJ SA Taman Impian Emas ( Jalan Impian Emas 10, Taman Impian Emas, Skudai)
- TAJ SA Bandar Seri Alam 2 ( Jalan Rimbun 16)
- TAJ SA Taman Bukit Dahlia ( Jalan Persiaran 1)
- TAJ SA Nusantara (Jalan Nusaria 7, Taman Nusantara, Gelang Patah)
- TAJ SA Bakar Batu ( Jalan Kubur, Kampung Bakar Batu, Johor Bahru)
- TAJ SA Taman Nusa Damai ( Jalan Persiaran Sejahtera, Taman Nusa Damai, Masai, Pasir Gudang)
Daerah Muar
- TAJ SA Parit Setongkat ( Jalan Salleh )
- TAJ SA Bakri Batu 6 ( Muar )
- TAJ SA Parit Kadhi ( Jln Stadium )
- TAJ SA Tun Dr Ismail ( Bt 1 1/2, Jln Bakri )
- TAJ SA Felcra Bukit Kepong ( Jln Seroja, Felcra Bukit Kepong )
- TAJ SA Semasih Panchor Muar (Muar )
- TAJ SA Sungai Raya ( Batu 7, Bukit Pasir )
- TAJ SA Temiang ( KM 6, Jln Salleh )
- TAJ SA Air Hitam (Batu 18, Muar )
- TAJ SA Bukit Naning (Batu 15 1/2 Air Hitam )
- TAJ SA Parit No 5 ( Jalan Yusuf, Muar )
- TAJ SA Parit Jawa Muar ( Muar )
- TAJ SA Jalan Yusof Muar ( Jln Yusof, Pt Bugis, Pt Yusof, Semerah )
- TAJ SA Sri Jong Muar ( Muar )
- TAJ SA Parit Haji Zin ( Muar )
Daerah Batu Pahat
- TAJ SA Peserai (Kampung Peserai, Jalan Simpang Lima)
- TAJ SA Seri Utama (Kampung Sungai Nibong, Semerah, Batu Pahat)
- TAJ SA Peserian (Pekan Semerah , Batu Pahat)
- TAJ SA Seri Maimon (Kampung Parit Osman, Parit Sulong, Batu Pahat)
- TAJ SA Bandar (Jalan Ampuan, Kampung Satay, Batu Pahat)
- TAJ SA Parit Bilal (Jalan Tasek Merdeka, Batu Pahat)
- TAJ SA Kenangan Dato’ Onn (Jalan Perak, Kg Kenangan Dato’ Onn)
- TAJ SA Seri Bertam (Jalan Loh Youn, Yong Peng, Batu Pahat)
- TAJ SA Sei Bengkal (Kampung Seri Bengkal, Sri Gading)
- TAJ SA Parit Lapis (Kampung Parit Lapis, Low Piak, Batu Pahat)
- TAJ SA Bukit Rahmat ( Kg. Pt Belemam, Tongkang Pecah )
- TAJ SA Seri Pasir (Kg Seri Pasir, Seri Medan)
- TAJ SA Tenaga Setia( Kg Pt Baru, Mukim 18)
- TAJ SA Seri Manggis (Kg Sg Rambut , Parit Raja)
- TAJ SA Pintas Puding ( Kg Pt Lapis sempadan, Batu Pahat )
- TAJ SA Setia Jaya ( Kg Pt Hj Ali, Pt Raja )
- TAJ SA Kampung Istana ( Jln Bunga Ros, Kg Istana )
- TAJ SA Parit Raja ( Parit Raja , Batu Pahat )
- TAJ SA Seri Pandan ( Kg Seri Muar, Pt Karjo )
- TAJ SA Batu 18 ( SA Batu 18, KM 29 Jln Kluang )
- TAJ SA Seri Kemajuan ( Seri Kemajuan )
- TAJ SA Ayer Hitam ( KM 1/4 Jln Yong Peng Ayer Hitam )
- TAJ SA Seri Merlong ( Kg Seri Merlong, Rengit )
- TAJ SA Parit Kemang ( Jln Sekolah Pt Kemang Senggarang )
- TAJ SA Sungai Tongkang ( SA Sg Tongkang, Jln Besar Sg Tongkang )
- TAJ SA Rengit (Rengit )
- TAJ SA Seri Bahagia ( Pt Mahang, Senggarang )
- TAJ SA Senggarang ( SA Senggarang Pt Bugis )
- TAJ SA Seri Rejo Sari ( SA Seri Sarjo Sari)
- TAJ SA Seri Molek (SA Seri Molek, Jln Dato Abd Jalal, Kg Pt Teriman, Senggarang)
- TAJ SA Kg Baharu ( SA Kg Bahru, Jln Pt Kalong Gantong )
Daerah Segamat
- TAJ SA Labis ( Jalan Muar, 85300, Labis )
- TAJ SA Felda Kemelah ( Felda Kemelah , 85000, Segamat )
- TAJ SA Felda Chemplak Barat (Felda Chemplak Barat , 85300, Segamat )
- TAJ SA Desa Temu Jodoh ( Desa Temu Jodoh , 85400, Segamat )
- TAJ SA Felda Maokil 1 (Felda Maokil, Labis )
- TAJ SA Tenang Stesyen ( Tenang Stesyen, Segamat )
- TAJ SA Felda Chemplak ( Felda Chemplak , Labis )
- TAJ SA Felda Redong ( Felda Redong, Labis )
- TAJ SA Bandar Segamat ( Bandar Segamat, Jalan Dato’ Wan Idris, Segamat )
- TAJ SA Jementah ( Jementah , Segamat )
- TAJ SA Paya Jakas ( Paya Jakas, 85200, Segamat )
- TAJ SA Mukim Jabi ( Mukim Jabi, 85000, Segamat)
- TAJ SA Bandar Putra ( Bandar Putra, 85000, Segamat )
- TAJ SA Buloh Kasap ( Jalan Ibrahim, 85010, Segamat)
- TAJ SA Batu Anam (Batu Anam , 85100, Segamat )
- TAJ SA Darul Falah Felda Palong Timur ( Felda Palong Timur, 85100, Segamat )
- TAJ SA Felda Pemanis 2 ( Felda Pemanis , 85009, Segamat)
- TAJ SA Chaah ( Chaah, 85400, Segamat )
- TAJ Taman Yayasan ( PTD 11553, Taman Yayasan, 85010, Segamat )
Daerah Pontian
- TAJ SA AL-Mustafa ( Pekan Tampok, Benut )
- TAJ SA Bandar Benut ( Jalan Jaafar, Benut )
- TAJ SA Permatang Duku ( Kg Permatang Duku )
- TAJ SA Permatang Sepam ( Kg Permatang Sepam )
- TAJ SA Parit Markom ( Kg Pt Markom )
- TAJ SA Seri Sekawan Desa ( Kg Pt Maklumi, Sanglang, Ayer Baloi )
- TAJ SA Lebai Mohd Yakob ( Ayer Baloi )
- TAJ SA Seri Bahagia ( Benut )
- TAJ SA Seri Al-Ulum ( Kg Pt Tgh, Benut )
- TAJ SA Kampung Jawa ( Kg Jaya, Ayer Baloi )
- TAJ SA Seri Senang Hati ( Kg Pt Puteri Menangis)
- TAJ SA Api- Api ( Kg Api-Api )
- TAJ SA Parit Sapran ( Jln Pt Hj Omar, Kayu Ara Pasong )
- TAJ SA Parit Semerah ( Pontian )
- TAJ SA Bandar Pontian ( Jln Sekolah Arab, Parit Mesjid )
- TAJ SA Parit Kudus ( Kg Pt Kudus)
- TAJ SA Pekan Nenas ( Pekan Nenas )
- TAJ SA Melayu Raya ( Kg Melayu Raya )
- TAJ SA Kayu Ara Pasong ( Kg Kayu Ara Pasong )
- TAJ SA Parit Haji Adnan ( Pt Hj Adnan )
- TAJ SA Serkat ( Kukup)
- TAJ SA Bandar Permas ( Kg Permas , Kukup )
- TAJ SA Rambah (Jln Kukup )
- TAJ SA Seri Bunian ( Batu 33, Jalan Johor )
- TAJ SA Tenggayun ( Kg Tenggayun )
- TAJ Kampung Sawah (Kg Sawah Pekan Nenas)
- TAJ Seri Anom (d/a:SK Seri Anom, Kg Parit Sanglang, Ayer Baloi, Pontian)
Daerah Kota Tinggi
- TAJ SA Taman Kota Jaya ( Jln Delima, Taman Kota Jaya)
- TAJ SA Bukit Lintang ( Kg Bukit Lintang )
- TAJ SA Felda Pasir Raja ( Felda Pasir Raja )
- TAJ SA Sungai Telor ( Kg Sungai Telor )
- TAJ SA Felda Sg Sayong ( Felda Sg Sayong )
- TAJ SA Felcra Sungai Ara ( Felcra Sg Ara )
- TAJ SA Darul Ulum Simpang Waha (Felda Simpang Waha)
- TAJ SA Bandar Penawar ( Bandar Penawar)
- TAJ SA Nurul Falah Felda Lok Heng Barat ( Gugusan Felda Lok Heng Barat )
- TAJ SA Pengerang ( Pengerang )
- TAJ SA Bandar Kota Tinggi ( Jalan Bukit Sri Lalang )
- TAJ SA Felda Air Tawar 1 ( Felda Air Tawar 1)
- TAJ SA Felda Air Tawar 2 ( Felda Air Tawar 2)
- TAJ SA Felda Air Tawar 3 ( Felda Air Tawar 3)
- TAJ SA Felda Air Tawar 5 ( Felda Air Tawar 5)
- TAJ SA Semenchu ( Semenchu )
- TAJ SA Taman Sri Saujana ( SS 1/2 Taman Sri Saujana )
- TAJ SA Taman Bayu Damai ( Taman Bayu Damai,81600 Kota Tinggi)
Daerah Kluang
- TAJ SA Dato’ Ahmad ( Kg Dato’ Abd Rahman Yasin )
- TAJ SA Sri Kampung Tengah 1 ( Kg Tgh Kluang)
- TAJ SA Sri Kampung Tengah 2 (Kg Tgh Kluang)
- TAJ SA Sir Ibrahim ( Kem Batu 3, Sri Ibrahim, Kluang )
- TAJ SA Taman Sri Lambak (Jln Lingkaran, Tmn Sri Lambak, Kluang )
- TAJ SA Felda Kahang Timur ( Felda Kahang Timur )
- TAJ SA Sri Lalang ( Bt 16, Jln Bt Pht, Kg Sri Lalang, Kluang )
- TAJ SA Felda Ayer Hitam ( SA Felda Ayer Hitam, Bt 8, Jln Sekolah Felda Ayer Hitam)
- TAJ SA Bandar Kluang ( Jln Hospital, Kluang )
- TAJ SA Gunung Lambak ( Jln Mersing, Kluang )
- TAJ SA Kampung Melayu Chamek ( Kg Melayu Chamek, Kluang )
- TAJ SA Kem Mahkota ( Jln Hospital, Kluang )
- TAJ SA Taman Delima ( Taman Delima, Kluang )
- TAJ SA Taman Desa ( Jln 9/5 Jln Sekolah, Tmn Desa, Jln Batu Pahat, Kluang )
- TAJ SA Bandar Paloh 1 ( Jln Masjid, Bandar Paloh 1, Jln Masjid, Bandar Paloh, Kluang )
- TAJ SA Ladang Bukit Paloh ( Jln Yong Peng, Kg Melayu, Batu 4, Paloh )
- TAJ SA Seri Taman Kluang Barat ( Jln Ong Khai Tock, Tmn Kluang Barat, Kluang )
- TAJ SA Dato’ Ibrahim Majid ( Jln Benut, Kg Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam )
- TAJ SA Felda Layang-Layang ( Jln Masjid, Felda Layang-Layang )
- TAJ SA Kompleks Penghulu ( Jln Renggam, SA Kompleks Penghulu, Simpang Renggam)
- TAJ SA Simpang Renggam ( Jln Renggam , Simpang Renggam )
- TAJ SA Sri Macap ( Kg Sri Macap, Jln Johor, Simpang Renggam, Kluang )
- TAJ SA Parit Haji Hashim ( Kg Pt Hj Hashim, Simpang Renggam, Kluang )
- TAJ SA Pekan Layang-Layang ( Lot PTD 4841, Jln Kg Tgh Layang-Layang )
- TAJ SA Seri Kencana ( SA Seri Kencana , Kg Mohd Amin, Simpang Renggam )
Daerah Mersing
- TAJ SA Bukit Timbalan ( Jalan Ismail , Mersing )
- TAJ SA Mersing Kanan ( Endau Mersing )
- TAJ SA Sawah Dato ( KM 5, Jln Endau, Kg Sawah Dato’ )
- TAJ SA Bandar Endau ( Jln Masjid Jamek )
- TAJ SA Tan Sri Kadir ( SA Tan Sri Kadir)
- TAJ SA Teriang ( Jln Masjid Kg Teriang )
- TAJ SA Pengkalan Batu ( Jln Padang, Kg Pengkalan Batu )
- TAJ SA Sri Pantai ( (Jln Jemaluang, Jln Sri Pantai, Mersing )
- TAJ SA Semanyir ( Endau )
- TAJ SA Pusat Air Tawar ( KM4, Jln Mersing)
- TAJ SA Simpang Penyabong ( No 9, Kampung Baru )
- TAJ SA Tenglu ( Mersing )
- TAJ SA Felda Nitar 1 ( Jln Bakawali , Felda Nitar 2)
- TAJ SA Felda Nitar 2 ( Jln Bakawali , Felda Nitar 2)
- TAJ SA Felda Tenggaroh 2 ( Felda Tenggaroh 2)
- TAJ SA Kem Iskandar ( Kem Iskandar, Kem Sekakap, Mersing )
Daerah Kulai
- TAJ SA Bandar Kulai 1 ( Jln Lengkongan, Kulai )
- TAJ SA Ibnu Sina ( D/A Bangunan JKKK Pemuda Jaya, Senai )
- TAJ SA Kangkar Pulai ( Jln Taqwa, Kg Melayu, Kangkar Pulai )
- TAJ SA Senai Utama ( Jalan Senai Utama 2, Senai )
- TAJ SA Seri Bahagia ( Felda Taib Andak )
- TAJ SA Taman Kota Kulai ( Taman Putri )
- TAJ SA Taman Kota Kulai 2 ( Jalan Persiaran Putri)
- TAJ Taman Indahpura ( Jalan Persiaran Utama, Indahpura)
- TAJ Batu 26 (d/a : SA Batu 26, Kelapa Sawit, Kulai)
- TAJ Bandar Putera 2 ( SA Bandar Putra 2,Jalan Merbau 2,Bandar Putra)
- TAJ Taman Senai Jaya ( SA Taman Senai Jaya,Jalan Senai Jaya 1/4,Taman Senai Jaya)
- TAJ SA Sedenak ( Jalan Kg Sedenak, Kg Baru Sedenak, 81000, Sedenak, Kulai )
- TAJ SA Taman Pulai Emas (Lot 78776, Jalan Pulai Emas, Taman Pulai Emas )
Daerah Tangkak
- TAJ SA Bandar Tangkak (Jalan Naib Long Ledang, 84900, Tangkak )
- TAJ SA Bukit Gambir (Jalan Cempaka 2, Taman Cempaka 84800, Tangkak )
- TAJ SA Kesang (KM 11, Jalan Kesang Laut, 84800, Tangkak )
- TAJ SA Parit Kassan (kampung Parit Kassan, 84800, Tangkak )
- TAJ SA Sagil Kampong ( Jalan Imam Saat, Kampung Sagil Parit 3, 84020, Sagil, Tangkak)
- TAJ SA Serom 3 ( Jalan Panggung, Sungai Mati, 84410, Tangkak )
- TAJ SA Serom 8 (Serom , Sungai Mati, 84410, Tangkak )
- TAJ SA Simpang 5 Darat (Simpang 5 Darat, 84800, Tangkak )
- TAJ SA Simpang 5 Pekan ( Simpang 5 Pekan, 84800, Tangkak )
- TAJ SA Sungai Edros ( Jalan Serom, Sungai Mati, 84400, Tangkak )
- TAJ SA Tun Syed Nasir ( Jln Rajawali 7, Tmn Tanjung Gading, Tanjung Agas, 84000, Tangkak)
- TAJ SA Penchu ( Kampung Penchu, 84710, Kundang Ulu, Tangkak)
- TAJ SA Gersik ( Kampung Hujung Tambak, 84700, Tangkak)
- TAJ SA Felda Sri Jaya ( Felda Sri Jaya, Bukit Serampang, 85200, Tangkak )
- TAJ SA Felda Sri Ledang ( Felda Sri Ledang, Bukit Serampang, 85210, Tangkak)
- TAJ Telok Rimba ( 84400, Sungai Mati, Tangkak)
- TAJ Paya Mas ( Kampung Paya Mas, 84900, Tangkak)
Maklumat Lanjut Permohonan Tadika Islam Johor (TAJ) 2026
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh kunjungi alamat, hantar e-mel atau hubungi nombor telefon yang disediakan di bawah:
- Alamat: Tadika Islam Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Bahagian Pendidikan, Blok B, Tingkat 4, Pusat Islam Iskandar, 80990 Joh0r Bahru, Johor
- No. Telefon: 07-207 6333
- E-mel: tadikaislamjohor@gmail.com
- Facebook: Tadika Islam Johor – TAJ
- tadikaagamajohor.blogspot.com
Semoga perkongsian maklumat Permohonan Tadika Islam Johor TAJ ini dapat memudahkan ibu bapa membuat pendaftaran anak-anak ke prasekolah TAJ. Selamat memulakan zaman prasekolah kepada murid-murid.