Peluang buat pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Teknolgi MARA (UiTM). Permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sesi 2 Tahun 2025/2026 akan dibuka pada tarikh yang telah dikemaskini di bawah. Ianya dibuka untuk calon-calon lepasan SPM/setaraf BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan.
Sebelum ini, permohonan sesi 1 2025/2026 ke UiTM dibuka untuk dua program pengajian utama iaitu Program Diploma, Program Sarjana Muda dan lain-lain Program Professional serta Asasi. Selain itu, bagi lepasan SPM/Setaraf, permohonan sesi 2 2025/2026 dibuka pada Ogos 2025. Untuk lepasan STPM dan setaraf pula akan dibuka sekitar bulan Oktober 2025. Universiti Awam lain yang ada membuat pengambilan second intake adalah UIAM, UUM, UMP, UMK, UTM, UTHM dan UPSI.
Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2025-2026 Online (Lepasan SPM/ Setaraf)
Maklumat Permohonan Ke Program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UiTM Sesi 2 2025/2026 Kemasukan Mac 2026.
Tarikh Penting
Berikut adalah tarikh penting bagi permohonan Program Diploma UiTM, Asasi Undang-Undang UiTM dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina UiTM.
- Tarikh Buka Permohonan & Jualan PIN di BSN : 25 Ogos 2025, Hari Isnin (12.00 tengah hari)
- Tarikh Tutup : 21 Oktober 2025, Hari Selasa
Untuk lepasan STPM/ setaraf, di bawah adalah tarikh penting bagi permohonan Program Sarjana Muda dan Program Profesional
- Tarikh Buka Permohonan & Jualan PIN di BSN : akan dikemaskini
- Tarikh Tutup : akan dikemaskini
*Nota : Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa melayari Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM untuk mendapatkan maklumat terkini permohonan
Panduan Permohonan UiTM Ambilan 2 2025-2026
Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Universiti Teknologi MARA Sesi Akademik 2 2025/ 2026 Online untuk program pengajian yang ditawarkan di bawah ini.
Program UiTM Ambilan Yang Ditawarkan
Berdasarkan kepada iklan pengambilan, berikut adalah senarai kursus program pengajian yang ada ditawarkan untuk pengambilan sesi 2 UiTM ambilan 2025-2026.
- Asasi Undang-Undang UiTM : Lepasan SPM
- 73 Program Diploma (Program-Program Diploma dibawah Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi tidak ditawarkan bagi ambilan sesi 2) : Lepasan SPM
- Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (BE243) : Lepasan SPM
IKLAN PENGAMBILAN UiTM LEPASAN SPM SESI 2 2025-2026

IKLAN PENGAMBILAN UiTM LEPASAN STPM/ SETARAF SESI 2 2025-2026

Program Pengajian yang ditawarkan adalah mengikut kategori pemohon adalah seperti berikut :-
A. Lepasan STPM/ Matrikulasi KPM/ STAM/ Asasi UiTM/ Asasi Sains UM/ Asasi pintar UKM/ Diploma UiTM/ KKB UiTM/ Diploma IPT lain/ Diploma Vokasional/ Diploma Kemahiran Malaysia
- 158 Program Sarjana
- Unik ID BSN Program 10 = RM17.00
B. Lepasan Semester Akhir Diploma UiTM/ KKB UiTM ke Sarjana Muda/ Semester Akhir Asasi Undang-undang
- Penerapan 157 Program Sarjana Muda
- 1 Program Sarjana Muda Undang-Undang UiTM
- Unik ID BSN Program 7 = RM10.00
C. Program Profesional
- AC151 – ACCA Foundation In Accounting (ACCA FIA) (UK)
- AC551 – The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK)
- AM550 – The Institute of Chartered Secretaries and Administration (UK) (ICSA)
- Unik ID BSN Program 3 = RM17.00
Syarat Mohon UiTM
Berikut adalah syarat permohonan kemasukan ke UiTM :-
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Warganegara Malaysia dan Takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli Semenanjung Malaysia Sahaja
- Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon
- Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
- Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar pra diploma UiTM
Cara Memohon UiTM Secara Online
Berikut adalah cara dan langkah dalam membuat Permohonan Sesi 2 2025-2026 Online :-
- Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui Portal Kemasukan Pelajar UiTM di pautan Aplikasi Permohonan Online bermula dari tarikh berikut:-
- Lepasan SPM/ setaraf
- 25 Ogos 2025 sehingga 21 Oktober 2025
- Lepasan STPM/ setaraf
- 29 Oktober 2025 sehingga 1 Disember 2025
- Lepasan SPM/ setaraf
- Pelajar/ pemohon adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di Selangkah at UiTM di SELANGKAH UITM
- Pemohon dikehendaki membeli No. unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembelian slip hendaklah dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking.
Nota Penting Borang UiTM
Semasa Mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda :-
- Mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
- Mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
- Check dengan teliti borang permohonan anda
- Menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
- Mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem
Selepas membuat permohonan, sila pastikan :-
- Membuat checking semula Borang Permohonan anda bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
- KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
- Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda sebagai bukti Permohonan.
Maklumat Lanjut
Iklan ambilan 2 sesi 2025-2026 boleh dirujuk di pautan berikut :-
- Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM
- Unit Sarjana Muda : 03-5544 3195/ 3198/ 3277/ 2798
- Unit Diploma & Profesional : 03-5544 3194/ 3196/ 8067
Selamat membuat Permohonan secara Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti. Moga hasrat anda untuk menjadi salah seorang graduan UiTM yang berjaya dan cemerlang tercapai.
Related : syarat kemasukan,




(2).png)



