Permohonan USAS 2025 Online (Universiti Sultan Azlan Shah)

Permohonan USAS 2025 Online (Universiti Sultan Azlan Shah). Maklumat terkini cara mohon kemasukan ke Universiti Sultan Azlan Shah iaitu IPT yang terletak di Perak beserta pautan borang permohonan dan syarat kelayakan.

Berita baik buat pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam peringkat pengajian tinggi. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah membuka permohonan bagi kemasukan pelajar baru ambilan tahun 2025. Terdapat banyak kursus yang ditawarkan bermula daripada peringkat asasi hinggalah doktor falsafah termasuk Diploma. Berikut adalah cara untuk membuat Permohonan USAS iaitu kemasukan ke Universiti Sultan Azlan Shah secara online bagi tahun 2025 (iaitu pengambilan sesi Julai).

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dahulunya dikenali sebagai KISDAR atau Kolej Islam Darul Ridzuan dan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS). Ianya adalah sebuah universiti swasta yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak serta dimiliki oleh Kerajaan Negeri Perak. Universiti ini telah ditubuhkan sejak tahun 1999 hasil cetusan idea daripada Sultan Perak ke-34. Bermula di kampus sementara terletak di Ipoh, seterusnya berpindah ke kampus tetap sekitar tahun 2009 yang terletak di tanah waqaf oleh Sultan Perak ke-35.

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 2025 Online

Bagi yang berminat untuk mendaftar sebagai pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah, permohonan boleh dibuat mengikut sesi kemasukan yang ditawarkan.

Berikut adalah maklumat penting dalam membuat Permohonan ke USAS 2025 secara online termasuklah tarikh permohonan, cara membuat permohonan, jenis pengajian, syarat kelayakan, dan maklumat lain yang berkaitan:

Tarikh Permohonan USAS 2025

Permohonan bagi kemasukan Sesi Julai 2025 ke Universiti Sultan Azlan Shah adalah seperti ketetapan berikut:

Diploma, Ijazah Sarjana Muda

  • Tarikh Buka Permohonan: 24 Mac 2025
  • Tarikh Tutup Permohonan: 11 Julai 2025
  • Tarikh Lapor Diri : 14 Julai 2025

Cara Membuat Permohonan USAS

Permohonan kemasukan ke USAS (Universiti Sultan Azlan Shah) bagi pengambilan sesi tahun 2025 boleh dibuat secara atas talian atau online melalui pautan yang disediakan di bawah:

  • Permohonan Online
  • Sila pilih prasiswazah atau pascasiswazah dan klik daftar bagi pengguna kali pertama serta ikuti langkah selanjutnya

Jenis Pengajian & Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Universiti Sultan Azlan Shah

Terdapat pelbagai program pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang ditawarkan. Sila rujuk pautan di bawah bagi melihat lebih lanjut setiap penjelasan program yang ditawarkan serta syarat kelayakan bagi setiap program tersebut

Semakan Keputusan Permohonan USAS Online

Semakan keputusan permohonan juga boleh dibuat secara online menerusi pautan yang disediakan berikut:

Kelebihan Universiti Sultan Azlan Shah

Terdapat banyak kelebihan untuk menyambung pengajian di USAS antaranya adalah:

  1. Kadar yuran yang berpatutan
  2. Merupakan milik penuh Kerajaan Negeri Perak
  3. Mempunyai tenaga pengajar yang pakar dan pengalaman dari dalam dan luar negeri
  4. Menyediakan fasiliti dan kemudahan yang lengkap dan kondusif
  5. Program atau kursus yang ditawarkan mendapat Akreditasi MQA
  6. Tawaran Biasiswa RM1 Juta ditawarkan kepada yang layak (tertakluk terma & syarat)
  7. Pinjaman PTPTN dan Dermasiswa disediakan dan diuruskan
  8. Menawarkan Sijil Profesional Tambahan seperti ACCA / IBFIM / Sijil Tauliah Mengajar (membuktikan kepakaran anda dalam bidang yang diambil)
  9. Mempunyai peluang seterusnya untuk menyambung pengajian di dalam dan luar negara
  10. Menawarkan tiga bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
  11. Memberi penekanan nilai moral dan islamik dalam setiap silibus pengajian

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke USAS, sila hubungi butiran berikut:

  • Facebook Rasmi USAS
  • Alamat: Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Bandar DiRaja, 33000, Kuala Kangsar, Perak
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi unit pemasaran di talian 019-4707732, 019-4147732 atau unit kemasukan di talian 05-7732298, 05-7732299.
  • Email: pro@usas.edu.my / kemasukan@usas.edu.my

Semoga perkongsian mengenai permohonan USAS 2025 secara online ini dapat memberikan penerangan kepada mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di universiti ini. Diharapkan permohonan anda berjaya dan seterusnya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Kongsi Info Di: