Semakan Keputusan KV Dan SMT 2026 Online

Semakan Keputusan KV Dan SMT 2026 Online (Tawaran Dan Rayuan). Cara Semak Keputusan tawaran kolej vokasional dan sekolah menengah teknik.

Semakan Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2026 Online. Panduan buat para pelajar yang ada membuat application ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan tahun 2026. Berikut dikongsikan tarikh penting maklumat Semakan Keputusan KV Dan SMT 2026 secara Online yang memaparkan tarikh semakan, rayuan dan pendaftaran pelajar.

Menurut FAQ Pelajar KV & SMT, pemohon boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2026 secara online pada tarikh 26 Disember 2025. Calon pelajar Tingkatan 3 disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM di bahagian pemberitahuan bagi mendapatkan info terkini semakan.

Tarikh Penting Keputusan KV Dan SMT Ambilan 2026

Berikut dikongsikan maklumat dan tarikh penting semakan keputusan Kolej Vokasional dan SMT ambilan tahun 2026. Semakan keputusan boleh di buat secara atas talian/ online. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran.

Untuk mereka yang berjaya, senarai barang keperluan asrama boleh dirujuk di Asrama KV.

  • Untuk info, semua KV/SMT ada menyediakan kemudahan asrama kecuali KV Sultan Abdul Samad dan KV Kuching.
  • Sekiranya murid yang berjaya ditawarkan tetapi tidak mendapat penempatan asrama, pelajar boleh membuat Rayuan penempatan asrama di KV/SMT yang memberi tawaran kepada murid tersebut. Namun, ianya bergantung kepada kekosongan asrama di KV/SMT tersebut.

Semakan Keputusan KV Dan SMT 2026 Secara Online

Berikut adalah tarikh penting Semakan Online penawaran ke program Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang boleh disemak secara atas talian/ online bagi sesi akademik tahun 2026

  1. Check Pusat PKSK : 12 September hingga 3 Oktober 2025
  2. Pelaksanaan PKSK : 22 September hingga 3 Oktober 2025
  3. Keputusan Tawaran : 26 Disember 2025
  4. Pendaftaran Pelajar :  13 Januari 2026

NOTA : *Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini:

  • a) Murid hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran yang disertakan
  • b) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/ SMT semasa hari pendaftaran

Tawaran adalah muktamad dan berkuatkuasa pada tarikh pendaftaran sahaja. Murid dianggap menolak tawaran jika tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran. (*tertakluk kepada perubahan)

Cara Membuat Rayuan KV Dan SMT 2026

Kepada pemohon yang gagal mendapata tawaran, berikut adalah panduan cara buat rayuan ke KV dan SMT bagi ambilan 2026. Rayuan dan keputusan rayuan KV dan SMT boleh disemak pada:

  • Rayuan: bermula 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026
  • Keputusan Rayuan : 6 – 10 Februari 2026

Ianya boleh di buat melalui aplikasi SPSKT4

Contoh surat Rayuan (Tidak terpakai untuk sesi ambilan tahun ini), klik SURAT RAYUAN KV/ SMT

Soalan Lazim (FAQ) KV/ SMT

Berikut adalah sebahagian daripada soalan dan jawapan yang kerap ditanya berkaitan ambilan KV/ SMT 2026 :-

1. Sekiranya murid tidak berjaya mendapat tawaran, bagaimanakah cara membuat rayuan?

  • Murid yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di e – rayuan

2. Bolehkah membuat rayuan secara walk-in?

  • Tidak boleh. Tiada lagi rayuan secara walk-in

3. Adakah murid boleh bertukar KV/SMT yang lain selepas berjaya ditawarkan?

  • Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad

4. Adakah murid boleh bertukar program/kursus yang lain selepas berjaya ditawarkan?

  • Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad

5. Adakah murid yang didapati memberi maklumat salah/memalsukan maklumat, maka tawaran akan terbatal serta merta?

  • Ya. Murid yang memberi maklumat salah/ memalsukan maklumat akan diambil tindakan dengan menarik balik tawaran.

SUMBER : SPSKT4

Selamat membuat Semakan Keputusan KV Dan SMT 2026 secara online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya menerima tawaran. Semoga anda terus cemerlang dalam bidang pengajian di KV dan SMT untuk mengejar cita-cita yang didamkan.

Related : rayuan, sistem aplikasi dibuat, secara online, semakan keputusan tawaran

Kongsi Info Di: