Semakan Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2027 Online. Panduan buat para pelajar yang ada membuat application ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan tahun 2027. Berikut dikongsikan tarikh penting maklumat Semakan Keputusan KV Dan SMT 2027 secara Online yang memaparkan tarikh semakan, rayuan dan pendaftaran pelajar.
Menurut FAQ Pelajar Kolej Vokasional, pemohon boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2027 secara online pada tarikh 18 Disember 2026. Calon pelajar Tingkatan 3 disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM di bahagian pemberitahuan bagi mendapatkan info terkini semakan.
Tarikh Penting Keputusan KV Dan SMT Ambilan 2027
Berikut dikongsikan maklumat dan tarikh penting semakan keputusan Kolej Vokasional dan SMT ambilan tahun 2027. Semakan keputusan boleh di buat secara atas talian/ online. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran.
Untuk mereka yang berjaya, senarai barang keperluan asrama boleh dirujuk di Asrama KV.
- Untuk info, semua KV ada menyediakan kemudahan asrama kecuali KV Sultan Abdul Samad dan KV Kuching.
- Sekiranya murid yang berjaya ditawarkan tetapi tidak mendapat penempatan asrama, pelajar boleh membuat Rayuan penempatan asrama di KV/SMT yang memberi tawaran kepada murid tersebut. Namun, ianya bergantung kepada kekosongan asrama di KV/SMT tersebut.
Semakan Keputusan KV Dan SMT 2027 Secara Online
Berikut adalah tarikh penting Semakan Online penawaran ke program Kolej Vokasional (KV) yang boleh disemak secara atas talian/ online bagi sesi akademik tahun 2027
🗓️ Tarikh-tarikh penting:
✅ Permohonan PKSK: 10 Julai – 14 Ogos 2026
✅ Semakan Pusat PKSK: 11 September – 1 Oktober 2026
✅ PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
✅ Temuduga Tahun 1 (SVM): 26 Oktober – 6 November 2026
✅ Pengumuman Tawaran Tahun 1 (SVM): 18 Disember 2026
✅ Pendaftaran Kolej Vokasional: 5 Januari 2027
Mohon ambil perhatian terhadap tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dan kongsikan hebahan ini kepada murid Tingkatan 3, ibu bapa serta penjaga.

Semakan Panggilan Temuduga KV
Debaran bakal pelajar KV bakal bermula! ❤️
Kepada calon yang telah memohon dan menduduki ujian PKSK, bersedialah untuk menerima panggilan temuduga.
📅 Anggaran Tarikh Temuduga: 26 Oktober – 6 November 2026
Tertakluk kepada KV masing-masing.
📞 Panggilan mungkin diterima melalui:
✅ Telefon
✅ E-mel
✅ WhatsApp
⭐ 6 PERSEDIAAN PENTING
- 1. Semak tarikh, masa dan lokasi temuduga
- 2. Sediakan dokumen yang diperlukan
- 3. Berpakaian kemas dan sopan mengikut arahan KV
- 4. Kenali bidang yang dipohon
- 5. Berlatih menjawab soalan dengan yakin
- 6. Hadir lebih awal.
📁 Jangan lupa! Susun slip PBD, PPsi, UASA, PAJSK, sijil pencapaian dan dokumen lain yang diminta oleh KV.
Setiap Kolej Vokasional mungkin mempunyai keperluan berbeza. Pastikan anda merujuk surat panggilan dan makluman rasmi KV masing-masing.
❤️ Semoga berjaya buat semua calon!

Cara Membuat Rayuan KV Dan SMT 2026
Kepada pemohon yang gagal mendapata tawaran, berikut adalah panduan cara buat rayuan ke KV dan SMT bagi ambilan 2026. Rayuan dan keputusan rayuan KV dan SMT boleh disemak pada:
- Rayuan: bermula 18 Disember 2026 hingga 31 Disember 2026
- Keputusan Rayuan : Akan dikemaskini
Ianya boleh di buat melalui aplikasi SPSKT4
Contoh surat Rayuan (Tidak terpakai untuk sesi ambilan tahun ini), klik SURAT RAYUAN KV/ SMT
Soalan Lazim (FAQ) KV
Berikut adalah sebahagian daripada soalan dan jawapan yang kerap ditanya berkaitan ambilan KV 2027 :-
1. Sekiranya murid tidak berjaya mendapat tawaran, bagaimanakah cara membuat rayuan?
- Murid yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di e – rayuan
2. Bolehkah membuat rayuan secara walk-in?
- Tidak boleh. Tiada lagi rayuan secara walk-in
3. Adakah murid boleh bertukar KV/SMT yang lain selepas berjaya ditawarkan?
- Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad
4. Adakah murid boleh bertukar program/kursus yang lain selepas berjaya ditawarkan?
- Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad
5. Adakah murid yang didapati memberi maklumat salah/memalsukan maklumat, maka tawaran akan terbatal serta merta?
- Ya. Murid yang memberi maklumat salah/ memalsukan maklumat akan diambil tindakan dengan menarik balik tawaran.
Selamat membuat Semakan Keputusan KV 2027 secara online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya menerima tawaran. Semoga anda terus cemerlang dalam bidang pengajian di KV untuk mengejar cita-cita yang diidamkan.
Ref : rayuan, sistem aplikasi dibuat, secara online, semakan keputusan tawaran




