Bila tarikh keputusan tawaran Matrikulasi diumumkan? Panduan buat pelajar SPM 2024 yang telah membuat application ke Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) sesi akademik 2025/ 2026. Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, semakan keputusan Matrikulasi 2025 dijangka akan diumumkan sekitar bulan Mei/ Jun 2025. Pada tahun lepas, keputusan tawaran Matrikulasi telah diumumkan pada 20 Jun 2024.
Untuk makluman, semakan keputusan tawaran Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas result SPM 2024 diumumkan secara rasmi. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan. Kami akan berkongsi tarikh rasmi selepas diumumkan oleh pihak KPM.
Cara Semak Keputusan Tawaran Matrikulasi 2025/ 2026 Online Dan SMS
Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan Matrikulasi sesi 2025/2026 meliputi tarikh penting, cara semakan, link applikasi semakan dan maklumat kemaskini Matrikulasi.
A. Kemaskini Matrikulasi
Calon SPM 2024 boleh mengemaskini borang bermula 24 hingga 28 April 2025 dalam tempoh 5 hari iaitu selepas result SPM diumumkan di pautan https://matrikulasi.moe.gov.my
B. Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2025/ 2026
Berikut dikongsikan cara membuat semakan secara online tahun 2025. Juga dikongsikan maklumat rayuan untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran.
- Tarikh Buka : 21 Mei 2025 (Hari Rabu)
- Jam : Mulai Jam 1000 pagi
NOTA : Tarikh RASMI
i) Tarikh Rasmi Keputusan Diumumkan Tahun Sebelumnya
- 2024 : 20 Jun 2024
- 2023 : 26 Jun 2023
- 2022 : 16 Julai 2022
- 2021 : 8 Julai 2021
- 2020 : 3 Jun 2020
- 2019 : 15 April 2019
- 2018 : 24 April (jam 1201 tengahari) hingga 1159 malam, 8 Mei 2018
- 2017 : 27 April hingga 11 Mei 2017
- 2016 : 14 hingga 26 April 2016
ii) Applikasi Semakan Secara Atas Talian/ Online
- Sistem aplikasi semakan secara atas talian
- KLIK MOE MATRIKULASI
- Apakah yang perlu pelajar lakukan untuk terima tawaran Program Matrikulasi?Pelajar perlu:
- a) layari https://matrikulasi.moe.gov.my, klik butang setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan;
- b) membuat pembayaran yuran pendaftaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan; dan
- c) mendaftar secara dalam talian mengikut kolej masing-masing.
Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 22 Mei hingga 21 Jun 2025. Pelajar perlu mendaftar di laman sesawang kolej masing-masing. Sekiranya pelajar mengalami masalah untuk mendaftar secara dalam talian, boleh menghubungi pihak kolej yang ditetapkan.
Bagi pelajar tahfiz yang memilih mata pelajaran Hifz Al-Quran, pelajar perlu mengemukakan salinan Sijil Tahfiz KPM/ Sijil Tahfiz Al-Quran MARA/ Pernyataan Keputusan Prestasi Hafazan KPM/ mana-mana sijil hafazan yang berdaftar dengan JAKIM atau Majlis/ Yayasan Agama Islam Negeri semasa pendaftaran secara fizikal di kolej.
NOTA :
- Pelajar boleh memohon pertukaran jurusan melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my pada 22 hingga 24 Mei 2025 kecuali pertukaran Jurusan Sains ke Perakaunan yang boleh diuruskan di kolej selepas mendaftar secara fizikal. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kekosongan dan syarat.
- Pelajar tidak boleh memohon pertukaran kolej kecuali dalam situasi berikut :-
- i. Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;
- ii. Adik-beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan; atau
- iii. Pertukaran waris pelajar dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.
- Semua application rayuan pertukaran kolej boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan
- Tarikh keputusan rayuan pertukaran kolej akan dimaklumkan kemudian. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.
- Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan
- Minggu Pengurusan Pelajar Baharu akan dilaksanakan bermula pada 22 atau 23 Jun 2025
- Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) akan diberikan kepada pelajar yang layak sebanyak RM1,250.00 bagi setiap semester (satu semester selama 5 bulan). Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar pada tarikh yang ditetapkan selepas dokumentasi dilengkapkan
iii) Semakan Melalui SMS
*Tidak disediakan
Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Perkhidmatan SMS dengan menaip:-
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan
C. Rayuan Matrikulasi 2025 Online
Untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran, rayuan Matrikulasi boleh dilakukan secara online bermula dari tarikh keputusan Matrikulasi diumumkan iaitu dari 21 Mei 2025 hingga 21 Jun 2025
Rayuan boleh dibuat sebaik sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM.
Rayuan Matrikulasi boleh dibuat melalui kaedah berikut :-
i) Rayuan Secara Online
Applikasi rayuan adalah sama dengan applikasi semakan secara atas talian di atas.
ii) Menulis Surat Rayuan Matrikulasi
Pemohon boleh menulis surat rayuan secara rasmi (seperti contoh surat rayuan Matrikulasi). Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.
D. Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2025
Pemohon yang merayu boleh membuat semakan keputusan rayuan Matrikulasi mereka pada :-
- 2025 : Akan dikemaskini
- 2024 : 5 Julai 2024
- 2023 : 27 hingga 30 Julai 2023
- 2022 : 29 Julai 2022
- 2021 : 9 Ogos 2021
- 2020 : 22 Jun 2020
- 2019 : 15 April sehingga 29 April 2019
- 2018 : 31 Mei 2018 bermula jam 1201 tengahari (Tahun 2017 : 8 Jun 2017 dan tahun 2016 pada 18 Jun 2016)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang kemusykilan, anda boleh merujuk kepada :-
- Soalan Lazim (FAQ) Matrikulasi
- Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks
- Kaunter Pertanyaan
21 Mei sehingga 30 Mei 2025 (Hari dan waktu bekerja sahaja)
Lobi Blok E15, Kompleks E, Putrajaya
Selamat membuat Semakan Matrikulasi secara online dan SMS. Diucapkan selamat berjaya buat para pelajar dan pemohon Program Matrikulasi KPM 2025/ 2026.
Rel : laman sesawang, sesi 2022 2023, tawaran ke program matrikulasi kementerian pendidikan malaysia kpm, applikasi semakan keputusan tawaran setuju, terima spm ke program matrikulasi kementerian pendidikan malaysia kpm, rayuan pertukaran jurusan kolej 16-18 julai 2022, 31 julai 2022, pelajar atau telegram channel https t.me jommasukmatriks, membuat semakan keputusan tawaran setuju terima, tahun 2023, sesi 2023-2024, lepasan sijil pelajaran malaysia spm 2022 yang terlibat tidak perlu menghantar salinan, hari bekerja selepas keputusan, membuat semakan keputusan rayuan matrikulasi 2023, laman web rasmi,