Cara Semak Keputusan Tawaran MRSM 2026 Tingkatan 1 Dan 4 Online Dan SMS. Panduan buat pelajar Tahun Enam 2025 yang ada membuat application ke MRSM Tingkatan Satu (1) ambilan tahun 2026. Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2026 secara online dan SMS akan diumumkan pada Disember 2025. Pelajar boleh mendapatkan tarikh rasmi keputusan semakan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Portal Rasmi MARA. Mereka yang gagal boleh membuat rayuan pada tarikh yang sama dengan keputusan diumumkan. Juga dikongsikan maklumat semakan tawaran untuk ke Tingkatan 4.
Pelajar adalah disarankan untuk merujuk kepada pengumuman dari Portal Rasmi MARA di Bahagian Terkini dan Pengumuman ataupun Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan.
Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1 Dan 4 Online Dan SMS Ambilan Tahun 2026
Berikut dikongsikan maklumat penting semakan tawaran MRSM Tingkatan 1 ambilan tahun 2026 meliputi tarikh penting dan aplikasi semakan.
Juga dikongsikan sedikit maklumat berkaitan e-rayuan MRSM.
Cara Semakan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2026
Calon-calon bagi application ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan Satu dan Empat sesi 2026 boleh membuat semakan atau hebahan jaya bermula pada 26 Disember 2025.
MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.
SEMAKAN MRSM TINGKATAN 1 2026 (TARIKH PENTING)
Keputusan ke MRSM bagi Tingkatan 1 Tahun 2026 boleh disemak seperti ketetapan berikut.
- Tarikh Buka : Mulai 26 Disember 2025
- Tarikh Tutup : –
*Nota : Tarikh pendaftaran pelajar baru adalah pada tarikh 13 Januari 2026 bagi Tingkatan 1 dan juga Tingkatan 4. Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Applikasi Semakan Tingkatan 1 2026 Dan Rayuan
Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah
1. Semakan Secara Online
Sila klik applikasi Semakan Tingkatan 1 di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :-
Tingkatan 1 : TAWARAN MRSM FORM 1
-Isi No Kad Pengenalan dan tekan butang Log Masuk
-Pelajar yang berjaya perlu memberi maklumbalas penerimaan
-*WAJIB buat Pengesahan TERIMA / TOLAK. Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap MENOLAK TAWARAN MRSM*
-Calon tidak berjaya boleh buat rayuan online. Hanya rayuan online sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pengambilan seterusnya jika ada kekosongan.
2. Semakan Melalui SMS Melalui perkhidmatan mySMS :
Akan dikongsikan jika ada
MARA<jarak>MRSM<jarak>ANGKA GILIRAN dan hantar SMS ke 15888
MARA MRSM ANGKA GILIRAN > 15888
e-Rayuan MRSM 2026 Tingkatan 1
Rayuan bagi pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran MRSM 2026 boleh dibuat secara online bermula dari 26 Disember 2025 sehingga 13 Januari 2026. Namun, keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan pelajar ke MRSM.
Pelajar yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online
-Applikasi rayuan sama dengan applikasi semakan tawaran.
Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 1 2026
Keputusan rayuan Ke Tingkatan Satu (1) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 akan dimaklumkan kepada calon di mana pelajar perlu menyemak secara atas talian pada tarikh berikut :-
- 6 hingga 10 Februari 2026
Semakan Tawaran MRSM Tingkatan 4 2026 Online & SMS
Bilakah tarikh rasmi keputusan ke MRSM Tingkatan Empat (4) diumumkan? Perhatian buat pelajar Tingkatan 3 yang telah membuat application ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk Tingkatan 4, berikut dikongsikan maklumat Semakan MRSM Tingkatan 4 2026 secara online dan SMS.
Tarikh rasmi semakan result MRSM Tingkatan 4 adalah pada 26 Disember 2025 seperti yang dikongsikan di atas.
Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan semakan tawaran Tingkatan 4 2026 yang boleh disemak secara online. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh rasmi semakan tawaran, applikasi semakan MRSM dan panduan membuat rayuan.
Semakan MRSM Tingkatan 4 (Form 4) Ambilan 2026 Secara Online Dan SMS
Berikut adalah panduan buat para calon :-
A. Tarikh Semakan MRSM Tingkatan 4
Keputusan tawaran pelajar ke MRSM Form 4 boleh disemak secara online seperti berikut :-
-Keputusan boleh disemak mulai 26 Disember 2025
-Tarikh pendaftaran pelajar baru adalah pada 13 Januari 2026
-Murid yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan melalui pautan yang sama.
B. Applikasi Semakan MRSM Tingkatan 4 2026 Online
Semakan boleh dibuat secara atas talian atau online melalui link semakan seperti di bawah
C. Semakan Melalui SMS
Keputusan tawaran juga boleh disemak melalui perkhidmatan mySMS :
mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888
e-Rayuan MRSM 2026 Tingkatan 4
Pelajar yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online dari 26 Disember 2025 sehingga 13 Januari 2026. Rayuan bagi pelajar yang gagal boleh dibuat secara online.
Keputusan rayuan masih tertakluk kepada merit dan kekosongan tempat yang ada.
Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 4 2026
Keputusan rayuan Ke Tingkatan Empat (4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 boleh disemak pada 6 hingga 10 Februari 2026.
1.Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan semakan secara online
2. Pelajar dikehendaki mengesahkan penerimaan/ penolakan
3. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi
- a) E-mel MRSM: pengambilanmrsm@mara.gov.my
- b) Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-26134185/34198/34202/34206/34214 (Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja)
Selamat membuat Semakan MRSM secara atas talian/ Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Maktab Rendah Sains MARA yang merupakan antara best school di Malaysia.