Cara Semak Keputusan MUET Sesi 1, 2 & 3 2025 Online Dan SMS Serta Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan. Bila tarikh rasmi calon peperiksaan MUET boleh mendapatkan keputusan peperiksaan MUET 2025 (MUET result 2025)? Tarikh semakan keputusan MUET Sesi 1, 2 dan 3 tahun 2025 dahulunya dikenali sebagai sesi Mac, Julai dan Oktober (Malaysia University English Test) boleh dirujuk pada jadual berikut.
Keputusan peperiksaan MUET setiap sesi pada tahun 2025 boleh disemak secara online di Laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau melalui khidmat penghantaran SMS.
Cara Semak Keputusan MUET Sesi 1, 2 & 3 Tahun 2025 Secara Online Dan SMS (MUET Result)
Peperiksaan MUET telah diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan menjadi salah satu syarat kemasukan ke UA/ IPTA melalui UPU online.
Berikut dikongsikan cara membuat Semakan MUET setiap sesi tahun 2025 yang boleh disemak secara Online Dan SMS.
Tarikh Rasmi Semakan Keputusan MUET 2025
Keputusan MUET boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
- Sesi 1 : 19 Jun 2025, jam 1000 pagi
- Sesi 2 : 2 Oktober 2024
- Sesi 3 : 13 Februari 2025
Kaedah Semakan Keputusan MUET
Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan peperiksaan MUET :-
1. Keputusan MUET secara Online
- *Aplikasi Semakan : MUET RESULT
Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT
Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS
2. Keputusan MUET melalui SMS
- taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
Nota Penting
- Untuk calon sekolah ataupun institusi, keputusan akan dihantar kepada Pengetua sekolah/ Institusi melalui SSP JPN. Untuk calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos yang dihantar kepada calon.
Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Bagaimana Cara Semak Semula Keputusan MUET? Umum sedia maklum yang keputusan MUET boleh disemak secara atas talian menerusi portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Tahniah kepada calon yang telah berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET yang cemerlang. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET, anda boleh membuat penyemakan semula keputusan.
Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu secara online seperti panduan berikut:-
Cara Semak Semula Keputusan MUET
Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM.
Permohonan akan dibuka bermula 19 Jun 2025 pukul 10:00 pagi hingga 23 Jun 2025 pukul 11:30 malam.
- Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan. Caj bagi rayuan penyemakan semula dalam tempoh permohonan dibuka ialah RM90.00 manakala selepas tarikh tutup permohonan ialah sebanyak RM100.00
- Permohonan adalah secara dalam talian di portal MPM atau pautan terus di MPM MECEA.
- Bayaran bagi permohonan ini adalah secara perbankan internet.
- Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM atau pautan terus di STATUS selepas 20 hari dari tarikh tutup permohonan. MPM hanya akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.
Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET
Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun 2024 – 2025, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh pendaftaran dan ujian buat panduan calon.
Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) juga telah diperkenalkan oleh MPM bermula bulan April 2018.
Selamat membuat Semakan keputusan MUET tahun 2025 secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET yang cemerlang.