Berita baik buat ibu bapa dan penjaga yang telah membuat registration anak mereka ke Tahun 1 Ambilan sesi 2026/ 2027. Status keputusan ke Darjah 1 Sekolah Rendah akan diumumkan secara rasmi di Laman iDME (Sistem Pengurusan Identiti), Semakan Keputusan Tahun 1 Ambilan 2026 boleh disemak secara online pada tarikh yang dikemaskini di jadual dibawah.
Semakan keputusan registration Tahun Satu pada kebiasaannya akan dimaklumkan sekitar bulan Ogos tahun 2025. Jika registration anda berjaya, pihak sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Jika tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan pada tarikh yang telah dimaklumkan.
Semakan Keputusan Tahun 1 2026 – 2027 Online (Darjah 1)
Berikut dikongsikan maklumat penting semakan status application murid ke Tahun Satu (1) untuk panduan ibu bapa atau penjaga. Semakan Keputusan Murid Tahun 1 ambilan 2026-2027 boleh disemak secara online seperti informasi dan tarikh berikut :-
Tarikh Penting Semakan & Rayuan Murid Ke Tahun 1 2025-2026
1) Tarikh Surat Penempatan/ Semakan Keputusan
- Mula : 1 Ogos 2025
- Tamat : 31 Ogos 2025
Ibu bapa perlu membuat pengesahan setelah membuat semakan. Sila cetak surat penempatan dan hantar ke sekolah yang telah diluluskan.
2) Tarikh Rayuan
- Buka : 1 Ogos 2025
*Nota : Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem. *Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan
3) Tarikh Keputusan Rayuan
- Buka : Sekitar bulan Oktober/ November 2025
- Tutup : –
Kaedah Cara Semakan Keputusan Tahun 1
Semakan keputusan hendaklah dibuat secara online. Ibu bapa serta penjaga boleh melayari Laman Semakan idme dan ikuti langkah seperti berikut:-
- Layari Laman idme : Klik https://idme.moe.gov.my
- LOG MASUK – TAHUN 1 – SEMAK
Buat panduan ibu bapa, application online murid Tahun Satu (Darjah 1) bagi ambilan 2026 dan 2027 dibuka pada 1 Mac 2025 sehingga 30 April 2025 yang lalu. Application secara online ini terbuka kepada murid seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Dan bermula tahun 2018, application secara online juga dibuka untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan yang sebelum ini melalui sekolah secara manual.
Ibu bapa/ penjaga yang bercadang untuk register anak mereka untuk sesi berikutnya boleh berbuat demikian sekitar Mac/ April tahun hadapan (tertakluk kepada perubahan yang akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh KPM).
Selamat membuat Semakan Keputusan Tahun 1 2026/ 2027 Online. Semoga anak anda berjaya dalam application murid ke Tahun 1 sesi kali ini.