Semakan Tingkatan 6 2025 / 2026 Online & Rayuan

Semakan Tingkatan 6 2025 / 2026 Online & Rayuan, Cara Semak Keputusan Tawaran Form Six Semester 1 KPM buat lepasan spm secara atas talian dan sms.

Lihat Kandungan Artikel

toc ikon

Panduan buat lepasan SPM tahun 2024 yang berhajat menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam (Form 6). Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran tingkatan 6 sesi 2025-2026 buat panduan pelajar. Untuk makluman, pelajar tidak perlu membuat permohonan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah bantuan penuh kerajaan. Pelajar yang layak masuk Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik.

Tingkatan 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar menyambung pengajian selepas Tingkatan 5 selain memasuki Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui UPU. Pada kelazimannya, tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 boleh dibuat melalui applikasi semakan online KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas result SPM diumumkan. Pelajar adalah disarankan untuk melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala untuk mendapatkan maklumat terkini semakan.

Semakan Tingkatan 6 2025 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 tahun 2025 yang melibatkan tarikh rasmi semakan, applikasi semakan, permohonan rayuan buat pelajar yang gagal mendapat tawaran dan maklumat lanjut lain yang berkaitan Form 6 (Six).

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Online

Untuk makluman, tarikh keputusan semakan tawaran kemasukan tahun 2025 adalah seperti berikut:-

Tahun 2025 : 19 Mei 2025

Bagi permohonan yang tidak berjaya, proses rayuan akan dibuka pada 19 Mei 2025 sehingga 25 Mei 2025.

Hebahan keputusan rayuan ke tingkatan 6 adalah pada 3 Jun 2025

Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan keputusan tawaran tingkatan 6 sesi 2025-2026 yang akan dimaklumkan di Portal KPM.

Cara Semak Tawaran Ke Tingkatan Enam Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Sesi 2025-2026

Berikut dikongsikan cara membuat semakan tawaran Tingkatan 6 sesi 2025-2026. Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut :-

i) Semakan Keputusan Tingkatan 6 Secara Online

Keputusan tawaran masuk ke Tingkatan 6 boleh disemak di pautan berikut :-

Pelajar yang tidak mempunyai capaian Internet akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dan proses pendaftaran akan dilakukan oleh mereka.

Pemilihan Pelajar Ke Tingkatan Enam

Pelajar yang layak memasuki Tingkatan 6 adalah seperti kriteria berikut :-

1. Berumur diantara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2025

2. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Sijil Pelajaran Malaysia)

3. Kelayakan khas Tingkatan 6 untuk jurusan Sains, Sains Sosial, Aliran Agama boleh dirujuk di KELAYAKAN UMUM DAN KHAS FORM 6.

Untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran pada ambilan pertama, anda boleh membuat rayuan dengan merujuk kepada informasi berikut:-

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Sesi 2025/ 2026

Umum pelajar sedia maklum yang nama yang layak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 (Form 6) sesi 2025-2026 akan diumumkan pada 19 Mei 2025. Pelajar yang gagal mendapat tawaran tidak perlu risau. Anda boleh membuat rayuan dengan menggunakan borang permohonan rayuan Tingkatan 6 yang dikongsikan di bawah ini.

Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 perlu dibuat dengan mengikuti panduan serta langkah-langkah yang telah ditetapkan di dalam borang serta perlu dipohon dalam tempoh tarikh rayuan.

Adalah dimaklumkan yang kemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2025 adalah secara tawaran oleh KPM. Pelajar tidak perlu membuat permohonan kerana pelajar yang berkelayakan akan ditawarkan secara automatik.

Diantara syarat am kemasukan ke Form 6 Sekolah Kerajaan adalah seperti berikut :-

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2025

Pelajar yang ingin mengetahui samada layak atau tidak masuk ke Tingkatan 6 boleh membuat checking secara online di Applikasi T6 bermula dari 19 Mei 2025. Pelajar yang gagal mendapat tawaran boleh membuat permohonan rayuan.

  • Tarikh Rayuan : 19 Mei 2025 hingga 25 Mei 2025

Panduan Dan Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2025

Rayuan boleh dibuat secara atas talian di

ATAU

Murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah boleh membantu menguruskan permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian.

Calon yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 disebabkan gagal memperoleh gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2024, tetapi berjaya mendapat kepujian dalam peperiksaan SPM Ulangan boleh membuat rayuan pada tahun 2026

Keputusan dan penempatan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Rayuan Autonomi Pengetua dalam tempoh yang ditetapkan

Tempoh rayuan adalah mulai 19 Mei 2025 hingga 25 Mei 2025

Kelulusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat

Proses Kerja:

Murid membuat permohonan dengan mengisi borang rayuan dalam talian

Borang rayuan yang lengkap diisi perlu dihantar untuk diproses

Pengetua menubuhkan jawatankuasa rayuan di peringkat PTE bagi mempertimbangkan permohonan rayuan yang diterima. (rujuk surat makluman KPM.600-8/2/12 Jld.11(35) bertarikh 4 Ogos 2023)

Jawatankuasa memproses permohonan rayuan berdasarkan syarat yang telah ditetapkan serta mengambil kira perkara yang berikut:

  • menyemak kohort umur pemohon dan syarat kelayakan berdasarkan perkara 3.4 dalam syarat T6
  • menentukan bidang yang bersesuaian berdasarkan kelayakan akademik jika pemohon tidak menyatakan bidang yang dipilih atau bidang yang dipilih tidak memenuhi syarat atau bidang yang dipilih tiada kekosongan;
  • menentukan mata gred/mata unit yang diperoleh;
  • menyenaraikan pemohon yang layak mengikut keutamaan mata gred/mata unit; dan
  • menentukan jumlah penempatan maksimum berdasarkan kekosongan tempat yang masih ada di PTE. Keutamaan hendaklah diberikan kepada pemohon yang terbaik mata gred/mata unit dan markah kegiatan kokurikulum.

Keputusan rayuan boleh disemak melalui https://sst6.moe.gov.my/ mulai 3 Jun 2025.

Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran, menyimpan dan menyerahkan kepada pihak PTE pada tarikh lapor diri.

Murid perlu melapor diri di PTE mengikut tarikh yang dimaklumkan dalam surat tawaran. Kelulusan permohonan rayuan akan terbatal sekiranya murid tidak melaporkan diri dalam tempoh yang ditetapkan.

Tempoh Rayuan:

Tempoh permohonan rayuan melalui autonomi pengetua dibuka mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025;

Jawatankuasa Autonomi Rayuan Pengetua perlu memproses permohonan rayuan bermula 26 Mei 2025 hingga 29 Mei 2025;

Keputusan rayuan boleh disemak melalui https://sst6.moe.gov.my/ mulai 3 Jun 2025; dan

Murid perlu melapor diri pada 10 Jun 2025 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan kumpulan B.

Carta Alir Proses Rayuan Tingkatan 6

carta alir rayuan t

JENIS BORANG RAYUAN

Senarai kategori borang rayuan secara manual mengikut kategori adalah seperti berikut :-

i) BORANG TUKAR BIDANG (T6BRTB)

Borang T6BRTB ini adalah untuk kegunaan murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025.

Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:

  • a. slip result peperiksaan SPM 2024;
  • b. inventori minat kerjaya; dan
  • c. dokumen yang berkaitan.

Permohonan tukar bidang boleh dibuat mulai 10 hingga 12 Jun 2025 melalui PTE yang ditempatkan.

Permohonan hendaklah dihantar ke JPN/PPD untuk kelulusan.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan pada 23 Jun 2025 oleh pihak sekolah.

Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Borang permohonan rayuan tukar bidang (T6BRTB) adalah seperti berikut :-

tbrtb

tbrtb

ii) BRT6-A : BORANG RAYUAN KEMASUKAN MURID WARGANEGARA KE TINGKATAN ENAM BAGI CALON SPM TAHUN 2024 (AUTONOMI PENGETUA) KEGUNAAN MURID YANG TIADA AKSES INTERNET

BRT A

BRT A

iii) BRT6-B : BORANG RAYUAN KEMASUKAN MURID WARGANEGARA KE TINGKATAN ENAM BAGI CALON SPM TAHUN 2021, 2022 DAN 2023 (AUTONOMI PENGETUA) KEGUNAAN MURID YANG TIADA AKSES INTERNET

BRT B

BRT B

Kredit : InfoUPU

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan borang permohonan rayuan Tingkatan 6 2025, pelajar boleh merujuk kepada panduan rayuan dan Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 seperti berikut :-

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 2025. Kepada yang gagal jangan berputus asa. Buatlah rayuan dengan menggunakan borang permohonan rayuan Tingkatan 6. Semoga anda juga berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 yang diidamkan.

Syarat Kemasukan Terkini Ke Tingkatan 6 2025

Menyambung pengajian ke Tingkatan 6 (Enam) atau Form 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar lepasan SPM. Jadi apakah Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini meliputi syarat am dan khas kemasukan terkini? Dan apakah jurusan pengajian yang ada ditawarkan?

Umum sedia maklum yang pelajar lepasan SPM tidak perlu membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 6. Pelajar yang melepasi syarat kelayakan kemasukan akan ditawarkan secara automatik. Pelajar yang ingin mengetahui status tawaran kemasukan boleh membuat semakan secara online melalui applikasi SST6 KPM dan juga melalui semakan SMS. Keputusan pada kebiasaannya diumumkan selepas tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 terkini yang dikongsikan dari Applikasi SST6 KPM. Antara maklumat yang dikongsikan adalah syarat am kemasukan, syarat khas dan jurusan.

Syarat Am Kemasukan Tingkatan 6

Syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 terkini adalah seperti berikut :-

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2025

Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6

1. BIDANG SAINS

Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal

2. BIDANG SAINS SOSIAL

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Inggeris/ Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik/ Lukisan/ Sejarah dan Pengurusan Seni/ Seni Halus 2D/ Seni Halus 3D/ Reka bentuk Grafik/ Multimedia Kreatif/ Reka Bentuk Kraf/ Reka Bentuk Industri/ Produksi Seni Persembahan/ Alat Muzik Utama/ Muzik Komputer/ Aural dan Teori/ Tarian/ Koreografi Tari/ Apresiasi Tari/ Lakonan/ Penulisan Skrip/ Sinografi.
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral.
  • Matematik/ Matematik Tambahan.
  • Prinsip Perakaunan.
  • Sains/ Sains Tambahan.
  • Pembinaan Domestik/ Kerja Paip Domestik/ Pendawaian Domestik/ Kimpalan Arka dan Gas/ Menservis Automobil/ Menservis Motosikal/ Menservis Peralatan Penyejuk dan Penyaman Udara/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Rekaan dan Jahitan Pakaian/ Katering dan Penyajian/ Pemprosesan Makanan/ Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak/ Landskap dan Nurseri/ Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/ Tanaman Makanan/ Produksi Multimedia/ Pembuatan Perabot/ Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut/ Gerontologi Asas dan Geriatrik/ Produksi Reka Tanda/ Hiasan Dalaman/ Reka Bentuk Grafik Digital.
  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Usul Al-Din/ Al-Syariah.
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.
  • Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab/ Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/ Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa Al-Balaghah/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ Bahasa Punjabi/ Kesusasteraan Tamil/ Kesusasteraan Cina/ Bible Knowledge/ Bahasa Semai.
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan.

3. Sains Sosial (Agama)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti yang berikut:-

  • Bahasa Melayu.
  • Bahasa Inggeris.
  • Kesusasteraan Inggeris/ Kesusasteraan Melayu Komunikatif.
  • Sejarah.
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik/ Lukisan/ Sejarah dan Pengurusan Seni/ Seni Halus 2D/ Seni Halus 3D/ Reka bentuk Grafik/ Multimedia Kreatif/ Reka Bentuk Kraf/ Reka Bentuk Industri/ Produksi Seni Persembahan/ Alat Muzik Utama/ Muzik Komputer/ Aural dan Teori/ Tarian/ Koreografi Tari/ Apresiasi Tari/ Lakonan/ Penulisan Skrip/ Sinografi.
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral.
  • Matematik/ Matematik Tambahan.
  • Prinsip Perakaunan.
  • Pembinaan Domestik/ Kerja Paip Domestik/ Pendawaian Domestik/ Kimpalan Arka dan Gas/ Menservis Automobil/ Menservis Motosikal/ Menservis Peralatan Penyejuk dan Penyaman Udara/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Rekaan dan Jahitan Pakaian/ Katering dan Penyajian/ Pemprosesan Makanan/ Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak/ Landskap dan Nurseri/ Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/ Tanaman Makanan/ Produksi Multimedia/ Pembuatan Perabot/ Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut/ Gerontologi Asas dan Geriatrik/ Produksi Reka Tanda/ Hiasan Dalaman/ Reka Bentuk Grafik Digital.
  • Sains/ Sains Tambahan.
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul AlDin.
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.
  • Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Al-Syariah.
  • Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/ Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa Al-Balaghah.
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan.

Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab dan

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti yang berikut:

  • Bahasa Melayu.
  • Bahasa Inggeris.
  • Kesusasteraan Inggeris/ Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • Sejarah.
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik/ Lukisan/ Sejarah dan Pengurusan Seni/ Seni Halus 2D/ Seni Halus 3D/ Reka bentuk Grafik/ Multimedia Kreatif/ Reka Bentuk Kraf/ Reka Bentuk Industri/ Produksi Seni Persembahan/ Alat Muzik Utama/ Muzik Komputer/ Aural dan Teori/ Tarian/ Koreografi Tari/ Apresiasi Tari/ Lakonan/ Penulisan Skrip/ Sinografi.
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral.
  • Matematik/ Matematik Tambahan.
  • Prinsip Perakaunan.
  • Pembinaan Domestik/ Kerja Paip Domestik/ Pendawaian Domestik/ Kimpalan Arka dan Gas/ Menservis Automobil/ Menservis Motosikal/ Menservis Peralatan Penyejuk dan Penyaman Udara/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Rekaan dan Jahitan Pakaian/ Katering dan Penyajian/ Pemprosesan Makanan/ Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak/ Landskap dan Nurseri/ Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/ Tanaman Makanan/ Produksi Multimedia/ Pembuatan Perabot/ Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut/ Gerontologi Asas dan Geriatrik/ Produksi Reka Tanda/ Hiasan Dalaman/ Reka Bentuk Grafik Digital.
  • Sains/ Sains Tambahan.
  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul AlDin.
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.
  • Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Al-Syariah.
  • Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/ / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa Al-Balaghah.
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan.

Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)

  • a) Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  dengan  mendapat  sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;
  • b) Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa iaitu tahun 2025

Syarat Khas

1. Bidang Sains

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti yang berikut:

  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal.

2. Bidang Sains Sosial

i. Sekolah Menengah Harian

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Inggeris/ Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual
  • Seni Halus
  • Teater
  • Reka Bentuk
  • Pendidikan Muzik
  • Muzik
  • Tari
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains/ Sains Tambahan
  • Pembinaan Domestik/ Kerja Paip Domestik/ Pendawaian Domestik/ Kimpalan Arka dan Gas/ Menservis Automobil/ Menservis Motosikal/ Menservis Peralatan Penyejuk dan Penyaman Udara/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Rekaan dan Jahitan Pakaian/ Katering dan Penyajian/ Pemprosesan Makanan/ Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak/ Landskap dan Nurseri/ Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/ Tanaman Makanan/ Produksi Multimedia/ Pembuatan Perabot/ Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut/ Gerontologi Asas dan Geriatrik/ Produksi Reka Tanda/ Hiasan Dalaman/ Reka Bentuk Grafik Digital.
  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Usul Al-Din/ Al-Syariah.
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.
  • Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/ Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa AlBalaghah/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ Bahasa Punjabi/ Kesusasteraan Tamil/ Kesusasteraan Cina/ Bible Knowledge/ Bahasa Semai.
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan.
ii. Sains Sosial Agama

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab. dan

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti yang berikut:

  • Tasawwur Islam.
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul Al-Din.
  • Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Al-Syariah.
  • Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/ Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa Al-Balaghah.
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran

Di Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab. dan

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti yang berikut:

  • Tasawwur Islam.
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul Al-Din.
  • Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Al-Syariah.
  • Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/ Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa Al-Balaghah.
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.

Syarat Permohonan Ke Tingkatan Enam Tahfiz Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Ambilan Tahun 2025

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari pada tahun 2025

Syarat Khusus

  • Murid yang memperoleh kepujian atau sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah/ Al-Adab wa al-Balaghah/ Turath Bahasa Arab;
  • Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran;
    • a. Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran; atau
    • b. Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al-Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah; dan
  • Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui oleh sekolah atau institusi tahfiz;
  • Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester

Sumber KPM

Cara Pengiraan Mata Gred Kemasukan Ke Tingkatan 6

Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Maklumat Lanjut Semakan Keputusan Tingkatan 6 2025/ 2026

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran yang diperolehi, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada tarikh 15 Julai 2020 (Tahun lepas pada 2 Mei 2019 ).

Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.

Untuk mendapatkan Surat Tawaran Tingkatan 6 (Enam bagi tujuan pendaftaran masuk, surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan.

Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun.

Pelajar boleh Soalan Lazim (FAQ) sebagai panduan :-

Berikut dikongsikan soalan lazim kemasukan Tingkatan 6 terkini (FAQ) tahun 2025 buat rujukan semua. Pelajar lepasan SPM yang layak dan melepasi syarat kelayakan akan ditawarkan kemasukan secara automatik tanpa perlu pelajar untuk memohon. Lepasan SPM boleh mengetahui samada ditawarkan atau tidak dengan membuat check tawaran kemasukan Form 6 secara online.

Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh disemak melalui sistem applikasi Portal rasmi KPM. Ianya boleh juga dibuat melalui kaedah perkhidmatan SMS.

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2025 (Soalan Yang Biasa Ditanya Mengenai Kemasukan Murid Ke Tingkatan 6)

Pasti ramai pelajar yang ingin memasuki Tingkatan 6 mempunyai banyak soalan atau persoalan berkaitan kemasukan ke Tingkatan 6. Diantara soalan-soalan lazim yang sering di tanya adalah seperti berikut :-

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Checking boleh dibuat dalam laman web KPM iaitu selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak dari laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan. Maklumat tawaran termasuk lain-lain maklumat yang berkaitan akan dinyatakan dalam surat tawaran yang dimuat turun.

3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?

  • Syarat am (kecuali Murid Berkeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2025.
  • Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM.

4. Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?

Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia

cara kira nilai wajaran form 6

5. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?

Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, lengkapkan Borang Appeal Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang moe.gov.my. Selepas lengkap diisi semua borang mesti mendapat pengesahan Pengetua sekolah asal. Alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Appeal. Alasan ‘Tidak Berminat’ dan seumpamanya tidak diterima.

Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

6. Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Anda boleh membuat permohonan appeal dengan menggunakan Borang Appeal Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2025 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) yang diisi dalam laman sesawang https://sst6.moe.gov.my. Borang tersebut hendaklah disi secara online atau dihantar melalui sekolah asal di mana SPM diambil mengikut borang yang ditetapkan. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut.

Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:

  • (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk appeal kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
  • (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk appeal kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk appeal kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

7. Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?

Lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2025 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut.

Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:

  • (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk appeal kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
  • (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk appeal kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk appeal kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

8. Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya. Bagaimanakah caranya?

Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara]. Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah/ negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin dimohon itu berada.

  • (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk appeal kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
  • (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk appeal kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
  • (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk appeal kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

9. Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan Enam?

Bagi murid bukan warganegara ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN.

Pastikan segala butiran diisi dengan lengkap. Dokumen-dokumen yang diperlukan perlu disahkan seperti Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta pasport murid, ibu dan bapa. Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan. Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Sekiranya permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan.

10. Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus saya lakukan?

Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.

11. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan.

Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).

12. Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam?

Calon yang menolak tawaran Universiti Awam /IPTA/IPTS boleh membuat appeal ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

13. Saya tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Calon tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh membuat appeal ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya pada 25 Mei 2025. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

14. Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan kerana kerjaya/ kursus/ masalah peribadi/ kesihatan?

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Semester Satu (1) setiap tahun. Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan appeal memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

15. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?

Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.

Permohonan Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara

Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Bagi murid BUKAN WARGANEGARA ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 [PU(A) 275/1998] serta tertakluk kepada syarat am kemasukan ke Tingkatan Enam dan kekosongan tempat.

Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah.

(1) Kategori murid yang berikut yang bukan warganegara boleh diterima masuk ke sekolah:

  • a) anak kakitangan kedutaan asing;
  • b) anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah;
  • c) anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia; atau
  • d) kanak-kanak yang dipilih oleh Kerajaan kanak-kanak itu untuk melanjutkan pelajarannya di Malaysia menurut mana-mana Memorandum Persefahaman atau Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan negara kanak-kanak itu.

(2) Murid yang disebut dalam subperaturan (1) sebelum diterima masuk ke sekolah hendaklah :-

  • a) memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen;
  • b) membayar fi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan; dan
  • c) mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

Sumber : KPM

Selamat membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sesi 2025/ 2026 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 6.

Rel : hantar borang mesti mendapat pengesahan pengetua sekolah, mendaftar di sekolah menengah agama bantuan kerajaan sabk, alasan yang tidak mempunyai capaian internet, menerima tawaran tingkatan enam semester 1 tahun 2024, kolej islam sultan alam shah kisas dan sekolah menengah agama negeri, calon persendirian sekolah menengah agama bantuan kerajaan sabk, taip moe jarak t6 jarak no kad pengenalan dan hantar, menerima tawaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2025, syarat kemasukan ke tingkatan enam semester 1 tahun 2025, lepasan sijil pelajaran malaysia spm, surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2025,

Kongsi Info Di: