Semakan PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2025 / 2026

Semakan PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2025 / 2026. Check Status Permohonan Kemasukan Sukarela Dan Penempatan Pelatih yang berjaya.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan PLKN 2025 secara online untuk semak Status Permohonan Kemasukan Sukarela Dan Penempatan Pelatih. Untuk makluman, kerajaan bersetuju untuk pelaksanaan PLKN 3.0 dan mengkaji semula cara baharu dalam memperhalusi kaedahnya kerana PLKN merupakan cara yang baik untuk memperkenalkan asas ketatanegaraan kepada belia-belia negara.

Untuk makluman, dasar pemilihan pelatih PLKN 2.0 yang terdahulu adalah secara sukarela untuk murid Tingkatan Lima (5) tahun. Pelaksanaan program latihan khidmat negara plkn 3.0 akan dikemaskini. Pemilihan bagi PLKN baharu ini belum dimuktamadkan dan program kali ini melibatkan 70 peratus latihan ketenteraan dan 30 peratus latihan kewarganegaraan.

PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2025 / 2026

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan telah mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN 3.0 dengan kaedah yang baharu. Ia merangkumi dua fasa iaitu Fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap. Manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM. Ini bermakna, remaja kelahiran 2007 adalah mereka yang bakal menjadi kumpulan pertama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

Pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Program Latihan Khidmat Negara 3.0 dicadangkan diadakan di kem tentera yang terdapat di seluruh negara. 13 buah Pusat Latihan Askar Wataniah dan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) boleh menampung peserta latihan sekurang-kurang 4,000 pelatih setahun. Dalam tempoh 45 hari latihan, peserta akan mengikuti latihan ketenteraan sebanyak 70 peratus dan latihan kewargenegaraan sebanyak 30 peratus. Kaedah ini menelan belanja RM100 juta setahun, lebih rendah berbanding RM500 juta setahun sebelum ini.

Latihan Percubaan PLKN 3.0

Menurut Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri  Dato’ (Dr.) Johari Abdul pelaksanaan PLKN 3.0 dimulakan dengan latihan percubaan melibatkan 130 orang peserta bermula dari 12 Januari 2025 hingga 25 Febuari 2025. Kesemua pelatih berusia linkungan 18 hingga 20 tahun. Pelatih menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan selama 45 hari hingga 25 Februari 2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kementah, Kuala Lumpur.

Selepas fasa percubaan pelaksanaan, PLKN 3.0 seterusnya akan dilaksanakan di tempat latihan asas seperti di 13 Kem Askar Wataniah, 20 Universiti Awam, 33 Politeknik, 27 Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institusi Latihan Perindustrian (ILP).

PLKN-3.0-Fasa-Percubaan

Kenyataan Media Kementerian Pertahanan

Hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sekiranya ia dilaksanakan tahun hadapan.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan berkata, pelatih program itu akan dipilih mengikut tahun kelahiran dan ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.

Maklumat berkaitan PLKN baharu akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut dikongsikan maklumat mengenai PLKN 2.0 sebagai rujukan untuk semua.

Semakan PLKN 2025 Secara Online

Dipetik dari BHOnline, Semakan panggilan kemasukan pelatih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 boleh dibuat mulai hari Selasa, 22 April 2025.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan, berkata semakan boleh dibuat menerusi menerusi laman sesawang rasmi jabatan (Laman web) di https://jlkn.mod.gov.my/.

Seramai 550 pelatih dijangka terpilih menyertai siri latihan kali ini yang akan berlangsung selama 45 hari bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini.

“Latihan akan dijalankan di dua kem Rejimen Askar Wataniah, iaitu Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.

A. Kaedah Semakan Atas Talian/ Online

Semakan kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) Siri 2/2025 mulai 22 April 2025. Pautan semakan https://jlkn.mod.gov.my/

Kemudian Klik PLKN CHECK

Pautan ini boleh dilayari menggunakan pelayar Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Google Chrome dan pengguna telefon bimbit Android.

B. Semakan SMS

Tidak disediakan

Cara Hubungi JLKN

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PLKN 3.0 Siri 2/2025 boleh menghubungi JLKN di :-

  • talian 03-40133613 atau 03-40133618 (Unit Pelatih), atau
  • emel ke info.jlkn@mod.gov.my.


Rel : sihat dari segi fizikal dan mental, mei 24 jun 2025, 13 kem rejimen 515 askar wataniah kl, tarikh 11 mei 24, peserta program latihan khidmat, tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian, kem rejimen 505 askar wataniah pekan pahang, gagal untuk menyertai program latihan khidmat, warganegara malaysia, lokasi kem rejimen 515 askar wataniah kl,

Kongsi Info Di: