Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES Online & SMS (Check Summons)

Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES Online & SMS (Check Summons), melalui portal rasmi JPJ, myeg sso rilek, mybayar pdrm & senarai lokasi aes.

Bagaimana cara semak saman (check saman polis/ jpj) samada anda mempunyai saman tertunggak atau tidak? Kini semuanya lebih mudah dan pantas untuk membuat semakan saman secara online iaitu saman trafik PDRM (Polis DiRaja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Automated Enforcement System (AES). Pemandu atau pemilik kenderaan mempunyai pilihan samada menggunakan semakan secara atas talian/ online ataupun menggunakan perkhidmatan semakan melalui SMS selain secara manual di kaunter jabatan terbabit.

Perkhidmatan check saman yang moden dan canggih ini sekaligus dapat memudahkan para pengguna untuk menyemak jika ada kesalahan jalanraya yang dilakukan oleh mereka samada di jalan biasa atau lebuhraya. Lokasi kamera AES/ AWAS boleh dirujuk pada content di bawah ini. Ianya sekaligus memudahkan mereka untuk membuat pembayaran saman.

Cara Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES Online Dan SMS

Berikut dikongsikan beberapa kaedah semak saman PDRM, JPJ dan AES melalui semakan atas talian dan SMS. Terdapat banyak kaedah check saman yang disediakan dan pengguna pastinya tidak menghadapi masalah dalam membuat semakan status saman mereka.

Diskaun Saman 

TERKINI : Menteri Pengangkutan telah mengumumkan Kompaun Khas RM150 JPJ bermula 3 Januari 2025 sehingga Jun 2025 bagi kadar biasa kompaun RM300 untuk tiga jenis notis saman. Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ (P) 23 (115). Pembayaran hanya boleh dilakukan di apliaksi myJPJ, Kaunter mobile JPJ, Kios JPJ, Kaunter JPJ dan Portal Rasmi JPJ. Pembayaran melalaui MyEG dan Pos Malaysia tidak boleh dilakukan.

Diskaun-Saman-Kompaun-Khas-RM150-JPJ-2025

A) SEMAKAN SAMAN POLIS TRAFIK ONLINE (CHECK SUMMONS ONLINE)

Empat (4) portal semakan yang ada menyediakan perkhidmatan untuk menyemak saman trafik secara online dan percuma adalah seperti berikut :-

1.MyBayar Saman (PDRM)

Ketua Polis Negara telah melancarkan sebuah aplikasi untuk membayar saman PDRM pada 25 Mac 2021. Pengguna yang baharu mendaftar aplikasi MyBayar Saman melalui portal RASMI atau aplikasi di Google playstore, Apple store atau Huawei AppGallery. Muat turun aplikasi pada pautan:

Google Playstore

Apple Appstore

Huawei AppGallery

Selepas mendaftar masuk ke aplikasi myBayar Saman, sistem akan memaparkan saman-saman yang perlu dibayar dan klik “Bayar” pada butiran saman yang dikehendaki. Pembayaran saman hendaklah dibuat secara online

2. Portal Rasmi JPJ (mySIKAP)

Anda juga boleh membuat semakan secara online tanpa perlu register terlebih dahulu melalui Portal rasmi semakan Jabatan Pengangkutan Jalan. Namun semakan hanya memaparkan saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.

JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.

AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan camera (gambar dan video).

Layari Portal Rasmi JPJ (mySIKAP)

Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan aplikasi mySIKAP dengan mengikuti langkah seperti berikut:

1.Klik pautan Daftar/ Log Masuk Kali Pertama

2. Lengkapkan butiran maklumat yang diperlukan dan klik Teruskan

3. Kemaskini maklumat berkenaan pengguna yang dipaparkan dan pastikan ianya betul dan tepat

4. Klik Teruskan dan skrin pengesahan akan dipaparkan

5. Klik Ya dan paparan pendaftaran anda berjaya akan terpapar

6. Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara di halaman utama untuk menyemak dan membayar saman daripada JPJ

3. MyEG Services

Saman yang dikeluarkan oleh JPJ dan AES juga boleh disemak di Laman Web MyEG. Berikut adalah cara-cara check saman dengan mudah serta pantas dan yang pentingnya langganan servis adalah percuma:-

Layari Laman Web MYEG.

Pengguna baru perlu membuat pendaftaran sekiranya pertama kali menggunakan MYEG.

Setelah mendaftar, Login menggunakan nama (ID dan NO) dan kata laluan.

Pengguna sediada boleh terus login masuk dengan gunakan nama serta kata laluan sediada

Seterusnya Klik eServices pada menu. Pilih jabatan yang berkaitan samada JPJ atau PDRM (Pengguna akan dibawa ke laman MyBayar). Untuk saman AES, sila pilih JPJ.

Pilih pautan yang berkenaan untuk membuat semakan jika terdapat sebarang saman. Anda juga boleh membayar saman kenderaan anda.

MYEG ada juga menyediakan perkhidmatan menghantar peringatan ke email sekiranya terdapat saman baru buat pengguna.

B) CHECK SAMAN : SMS

Untuk makluman, perkhidmatan semak saman melalui SMS diberhentikan buat masa ini. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Di bawah adalah maklumat semakan melalui SMS terdahulu sebagai rujukan untuk orang ramai.

Perkhidmatan semak saman polis trafik PDRM, JPJ dan AESonline juga boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

Contoh semak saman Polis : Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No kenderaan. Hantar ke 15888 atau 32728

Berikut dikongsikan cara untuk semak saman trafik melalui SMS:

1) Semak Saman PDRM Melalui SMS

Taipkan mesej berikut pada telefon mudah alih anda,

POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No kenderaan

Seterusnya, hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.

Contoh:

POLIS SAMAN 881110112663 atau POLIS SAMAN WWP4567

Untuk maklumat jawapan yang terperinci, taipkan mesej seperti berikut:

POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan OR No kenderaan<jarak>email

dan hantarkan ke 32728. Perincian maklumat saman akan dihantar ke alamat email yang telah berikan.

Contoh:

POLIS SAMAN 881110112663 azroy88@gmail.com

Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES Online Dan SMS

2. Semakan saman JPJ melalui SMS

Tiada semakan sama melalui SMS disediakan.

Semak Saman JPJ juga boleh disemak secara SMS seperti berikut :-

Taipkan JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No kenderaan

Hantar SMS ke 15888

Contoh:

JPJ SAMAN 881110112663 atau

JPJ SAMAN WWP4567

Hantar ke 15888

Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES Online Dan SMS

Senarai Kesalahan Utama Op Selamat

Op Selamat 16 akan diadakan bermula dari 18 Januari 2020 sehingga 1 Februari 2020 secara ‘Total Enforcement and Services’. 6 kesalahan utama Op Selamat iaitu :

i) Memandu melebihi had laju;

ii) Memandu di lorong kecemasan;

iii) Memotong di garisan berkembar;

iv) Memotong Queue;

v) Tidak mematuhi lampu isyarat; dan

vi) Menggunakan alat komunikasi semasa memandu.

Pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan jalan raya tersebut, di mana saman maksimum RM300 akan dikenakan serta-merta kepada mereka.

Senarai Kadar Kompaun Saman

Berikut adalah senarai harga asal saman bagi setiap kesalahan dan harga ini akan meningkat jika lewat bayar.

Polis

1.Tiada Lesen Kend Motor RM150

2. Pandu Guna Alat Komunikasi RM150

3. Tidak Pamer “P” Depan/ Belakang RM70

4. Potong Secara Bahaya-Potong Q RM150

5. Memandu Di Lorong Kecemasan RM300

6. Kesalahan Lampu Merah RM150

7. Halangan Lalulintas RM150

8. Tak Boleh Buat Pusing U RM150

9. Lampu Isyarat Kenderaan RM100

10. Larang Letak Kenderaan RM150

11. Larang Memotong RM150

12. Tidak Pakai Topi Keledar RM100

13. Melebihi Had Laju RM150

SUMBER : Laman Interaktif Trafik PDRM

JPJ

Muat turun senarai kadar kompaun dalam PDF

Lokasi AES/ AWAS (Hadlaju)

Berikut dikongsikan senarai lokasi camera awas di seluruh malaysia meliputi lokasi penguatkuasaan bagi hadlaju 110 KM/J:

  1. KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Aarah Kuala Terengganu)
  2. KM 151.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  3. KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah utara)
  4. KM 28.4 Lebuhraya ELITE (Arah utara)
  5. KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  6. KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah utara)
  7. KM 184.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  8. KM 185 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  9. KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah selatan)
  10. KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  11. KM 17 Lebuhraya ELITE (Arah selatan)
  12. KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah selatan)
  13. KM 146.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  14. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Lumpur)
  15. KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  16. KM 97.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  17. KM 299.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  18. KM 204.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  19. KM 174 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  20. KM 328.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  21. KM 166 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  22. KM 375.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  23. KM 96.3 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  24. KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)

Di bawah pula adalah lokasi penguatkuasaan bagi hadlaju 90 KM/J dan ke bawah

  1. KM 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
  2. 301.6 KM Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  3. KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Sungkai)
  4. KM 6.6 Lebuhraya SKVE : 80 KM/J
  5. KM 1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya : 70 KM/J

Lokasi Kamera AES/ AWAS (Lampu Isyarat)

Berikut adalah 16 lokasi kamera iaitu jenis penguatkuasaan lampu isyarat (Traffic lights).

  1. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
  2. KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput)
  3. KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)
  4. KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth
  5. KM 4 Jalan Sitiawan-Lumut (Arah Lumut)
  6. KM 11 Jalan Sitiawan-Ipoh
  7. KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Ipoh)
  8. KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Kuala Lumpur)
  9. KM 4 Jalan Setiawan-Lumut (Arah Setiawan)
  10. KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth
  11. KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)
  12. Jalan Pasir Putih, Ipoh
  13. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
  14. KM 14 Jalan Ipoh-Pusing (Arah Sitiawan)
  15. KM 8 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang
  16. KM 38 Jalan Ipoh-Kampar (Arah Ipoh)

Semakan Senarai Hitam JPJ Secara Online Dan SMS

Diblacklist atau disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah perkara yang perlu dielakkan oleh setiap pemandu kenderaan di Malaysia. Hendak tahu Cara Semak Senarai Hitam JPJ? Semakan status senarai hitam JPJ boleh disemak secara online dan melalui perkhidmatan semakan SMS.

Untuk mengelak dari disenaraihitamkan, pemandu boleh menjelaskan saman trafik PDRM/ JPJ dan agensi lain dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemandu juga dinasihatkan untuk mematuhi peraturan jalanraya dan pelesenan kenderaan bagi mengelak dari disaman.

Dengan kecanggihan teknologi masa sekarang, semakan status senarai hitam JPJ dan semak saman kini lebih mudah dan pantas. Hanya di hujung jari anda sahaja, Berikut 2 kaedah semakan dalam mengetahui anda disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (Road Transport Department) atau tidak.

A. Cara Semak Senarai Hitam JPJ Secara Online

Sila layari Portal Rasmi JPJ di Laman check status blacklist JPJ

1.Melalui Menu * Jenis Senarai Hitam, Klik menu dropdown dan pilih “Kenderaan” atau “Lesen”

2. Pilih * Sumber Senarai Hitam : JPJ atau Agensi

3. Sila masukkan nombor ID (MyKad / MyPR / Paspot / Polis / Tentera / Syarikat / Pertubuhan) dan masukkan nombor plat pendaftaran kenderaan.

4. Masukkan kod sekuriti dan tekan butang “SEMAK”

5. Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah borang semakan, di bawah tajuk “HASIL CARIAN”.

Nota Semakan

Sila pilih Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan.

(Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).

Yang bertanda * wajib diisi.

B. Check Blacklist JPJ Melalui SMS

Semakan status senarai hitam melalui SMS adalah menggunakan khidmat mySMS. Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat semakan SMS.

JPJ<jarak>BLACKLIST<jarak>No. Kad Pengenalan atau No pendaftaran kenderaan

Hantarkan SMS ke 15888

Contoh semakan

JPJ BLACKLIST 810104056623 atau JPJ BLACKLIST BEP4567

Caj perkhidmatan sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj 20 sen untuk penerimaan setiap mesej.

Maklumat Lanjut

Sistem transaksi dalam talian JPJ juga menyediakan semakan seperti berikut yang tdiak memerlukan daftar masuk serta ianya percuma:-

1.Cek Saman

2. Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh

3. Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)

4. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu

5. Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1

6. Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

Walaupun perkhidmatan Semak Saman Trafik PDRM JPJ AES Online Dan SMS kini lebih mudah dan pantas, pengguna adalah dinasihatkan untuk memandu dengan berhemah untuk mengelakkan dari disaman.

Kepada mereka yang ada mempunyai saman tertunggak, sila selesaikan saman bagi mengelak dari dimasukkan nama ke dalam senarai hitam PDRM atau JPJ. Semoga perkongsian cara check saman ini bermanfaat buat semua. Selamat membuat semakan secara online dan SMS.

Rel : nombor kad pengenalan atau no plat kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728, sebarang caj, cara untuk menyemak saman, taip polis jarak saman jarak no kad pengenalan atau no plat kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728, aes secara online dan sms, rangkaian interaktif laman elektronik kerajaan, nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888 atau 32728, sistem keselamatan kesedaran automatik awas, klik pada menu search by kemudian pilih semak saman,

Kongsi Info Di: