Senarai Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2025 (Harga Dan Lokasi)

Syukur sekali lagi kita diberi peluang untuk bertemu bulan yang mulia, bulan ramadhan pada 2 Mac 2025. Seluruh umat islam akan memulakan ibadah puasa. Semua umat islam yang tiada keuzuran untuk berpuasa diwajibkan untuk menjalankan ibadah puasa ini. Pada bulan yang mulia ini, Allah telah membuka banyak pintu rahmat dan banyak nikmat yang boleh didapati dalam bulan mulia ini antaranya adalah berbuka. Oleh itu, seperti biasa pada tahun ini banyak pakej buffet untuk berbuka puasa akan dibuka untuk tempahan khas di bulan ramadhan. Oleh itu, dikongsikan senarai buffet Ramadhan Kuala Lumpur tahun 2025 yang menarik dan murah untuk rujukan semua.

Pihak hotel dan restoran telah menyediakan pelbagai pakej menarik dan akan menghebahkan promosi Iftar ramadhan mereka di media sosial dan laman sesawang rasmi mereka. Untuk memudahkan rakyat Malaysia, dikongsikan senarai buffet Ramadhan dengan pakej yang menarik di sekitar Kuala Lumpur, turut disertakan harga untuk dewasa, kanak-kanak serta nombor telefon yang boleh dihubungi untuk membuat tempahan.

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2025 (Senarai Lokasi Dan Harga Iftar)

Senarai di bawah merupakan tempat-tempat yang menyediakan hidangan buffet ramadhan di seluruh Kuala Lumpur (KL). Turut disertakan ialah harga, alamat, nombor telefon dan laman sesawang rasmi atau Facebook.​ Klik pautan yang dikongsikan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Berikut adalah maklumat bagi tahun 2025.

Senarai Lokasi Buffet Ramadhan KL 2025

DEWASA (RM)KANAK-KANAK (RM)TEL DAN ALAMATINFO
Pullman KLCC
198.90+99.50+Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
Hotel Grand Continental
14560Jalan Belia / Jalan Raja Laut, 50350,
Kuala Lumpur, Malaysia
Dorsett Hartamas
13888012-6883043
D-G-08 , Plaza Damas 3; No.63, Jalan Sri Hartamas 1,
Sofitel Kuala Lumpur Damansara
228+114+03 2720 6688
No 6 Jalan Damanlela Bukit Damansara 50490 

Antara lokasi ramadhan buffets lain yang boleh dipilih sebagai tempat berbuka puasa termasuklah: 

  1. W Kuala Lumpur – RM288 (dewasa), RM144 (kanak-kanak)
  2. Four Seasons Kuala Lumpur – RM318 (dewasa), RM159 (kanak-kanak)
  3. Grand Hyatt Kuala Lumpur – RM248 (adult) , RM124 (Child)
  4. Shangri La Kuala Lumpur – RM308 (adult), RM 154 (Child)
  5. Corus Hotel Kuala Lumpur – RM158++ (Dewasa), RM88 (kanak-kanak) 
  6. Tamu Hotel – RM169+ (dewasa), RM70 (kanak-kanak)
  7. Hilton Kuala Lumpur – RM238 (adult) , RM119 (child)
  8. Intercontinental Kuala Lumpur – RM288 (dewasa), RM178 (kanak-kanak)
  9. Park Royal Collection KL – RM248 (adult) , RM124 (kanak-kanak)
  10. Pavilion Hotel Kuala Lumpur – RM218 (dewasa) . RM109 (kanak-kanak)

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu umat islam yang mencari hidangan buffet untuk berbuka puasa. Selamat menjalani ibadah puasa diucapkan. Semoga dipermudahkan segala urusan di bulan mulia ini.

Related : apam balik, kuala lumpur sentral, udang harimau, break fast, holy month, putrajaya marriott hotel, buka puasa buffet, bukit bintang 55100 kuala lumpur, grand spice bazaar buffet, kuala lumpur sentral, ramadan 2024, masak lemak,

Kongsi Info Di: