Seperti yang telah diumumkan, bermula 2 Mac 2025 seluruh umat islam akan memulakan ibadah puasa. Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita untuk berpuasa dan beramal lagi di bulan Ramadhan kali ini. Seperti tahun yang sudah, menjelang ramadhan pakej-pakej buffet untuk berbuka puasa akan dibuka untuk tempahan. Oleh itu, dikongsikan senarai buffet Ramadhan Shah Alam tahun 2025 buat panduan semua.
Di bulan puasa seperti mana biasa banyak pakej buffet menarik yang disediakan oleh pihak resort dan hotel. Senarai hidangan buffet Ramadhan dengan pakej yang menarik di sekitar Shah Alam, Selangor ini memaparkan harga dewasa, kanak-kanak serta nombor telefon yang boleh dihubungi untuk membuat tempahan.
Buffet Ramadhan Shah Alam Tahun 2025
Berikut dikongsikan senarai tempat-tempat yang menyediakan hidangan berbuka puasa ramadhan Shah Alam, Selangor.
Turut disertakan adalah maklumat berkaitan tempat buka puasa, harga buffet, alamat, nombor telefon dan laman sesawang rasmi atau Facebook.
Lokasi & Harga Buffet Ramadhan 2025
Berikut adalah senarai buffet Ramadhan tempat berbuka puasa untuk tahun 2025.
Destinasi Rasa 2.0 – Bufet Ramadan di Mardhiyyah Hotel & Suites
Senarai Buffet Ramadhan 2025 di sekitar Shah Alam yang lain adalah:
- Geno Hotel – RM138 (dewasa) , RM69 (kanak-kanak)
- Mercure Glenmarie – RM148+ (adult) , RM68+ (Child)
- Acappella Suite Hotel – RM110 (dewasa) . RM65 (kanak-kanak)
- KT Ballroom, Seksyen 24 Shah Alam – RM49.90 (dewasa), RM25.90 (kanak-kanak)
- Glenmarie Hotel & Resort Shah Alam – RM198++ (Dewasa), RM128++ (kanak-kanak)
- Zai Sri Gemilang, Urban Park Hall, Alam Impian – RM108 (Dewasa) & RM60 (kanak-kanak)
*Lokasi Senarai Buffet Ramadhan 2025 akan dikemaskini dari masa ke semasa
Semoga perkongsian di atas ini dapat membantu semua dalam mencari tempat untuk berbuka puasa di sekitar Shah Alam. Selamat berpuasa diucapkan kepada umat Islam semua.