Panduan buat lepasan SPM yang berminat untuk memohon kerja di sektor perkhidmatan awam atau kerajaan (SPA). Apakah Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM Dan Sijil? Berikut dikongsikan senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dimohon di perkhidmatan awam untuk pelajar yang mempunyai kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil setaraf.
Oleh itu, pelajar yang ingin melanjutkan pelajar ke pusat pengajian tinggi melalui Permohonan UPU Online dan sebagainya adalah dinasihatkan untuk mengenalpasti apakah program pengajian yang bersesuaian dengan membuat perbandingan jawatan dalam kerajaan sebagai asas.
Cara Memohon Jawatan Kosong Kerajaan Secara Online
Untuk makluman, permohonan memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Senarai jawatan kosong yang boleh dipohon adalah mengikut kelulusan/ kelayakan seperti berikut :-
- Ijazah/ Sarjana/ PHD
- Diploma. STP/ STPM/ STAM/HSC
- SPM SPMV SPM (V) & Sijil
- PMR
- Kelayakan Bakat
- Latihan Separa Perubatan
- Suruhanjaya Pasukan Polis
Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM Dan Sijil Yang Boleh Dipohon
Bekerja di sektor awam adalah idaman hampir semua orang oleh kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil serta selamat. Berikut adalah Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM yang boleh dipohon oleh calon berkelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil :-
BIL | JAWATAN | BIL | JAWATAN | BIL | JAWATAN |
---|---|---|---|---|---|
1 | Juruaudio Visual Gred N19 | 26 | Pembantu Keselamatan Gred KP19 | 51 | Pembantu Pustakawan Gred S19 |
2 | Jurubahasa (Skim Perkhidmatan Bersepadu) | 27 | Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 | 52 | Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 |
3 | 28 | Pembantu Laut Gred A19 | 53 | Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 | |
4 | Jururawat Masyarakat Gred U19 | 29 | Pembantu Makmal Gred C19 | 54 | Pembantu Syariah Gred LS19 |
5 | Juruteknik Komputer Gred FT19 | 30 | Pembantu Makmal Filem Gred C19 | 55 | Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 |
6 | Juruteknik Perubatan Gred U19 | 31 | 56 | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 | |
7 | Laskar Kelas II Maritim Gred T1 | 32 | Pembantu Muzium Gred S19 | 57 | Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19 |
8 | Merinyu Tali Air Gred J19 | 33 | Pembantu Pegawai Latihan (Skim Perkhidmatan Bersepadu) | 58 | Pembantu Veterinar / Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu) |
9 | Pegawai Bomba Gred KB19 | 34 | Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional / | 59 | Pemeriksa Cap Jari Gred N19 |
10 | Pegawai Imigresen Gred KP19 | Pegawai Latihan Vokasional (Skim Perkhidmatan Bersepadu) | 60 | Pemeriksa Kereta Motor (Skim Perkhidmatan Bersepadu) | |
11 | Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 | 35 | Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 | 61 |
|
12 | Pegawai Penjara Gred KA19 | 36 | Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 | 62 | |
13 | Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) (Skim Perkhidmatan Bersepadu) | 37 | Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J19 | 63 | |
14 | Pelukis Pelan (Seni Bina) (Skim Perkhidmatan Bersepadu) | 38 | Pembantu Pemuliharaan Gred S19 | 64 | Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 |
15 | Pembantu Akauntan Gred W19 | 39 | Pembantu Pendaftaran Gred KP19 | 65 | Penyelia Asrama Gred N19 |
16 | Pembantu Antidadah Gred S19 | 40 | Pembantu Penerangan Gred S19 | 66 | |
19 | Pembantu Arkib Gred S19 | 41 | Pembantu Penerbitan Gred N19 | 67 | Renjer Hutan / Penolong Pemelihara Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu) |
18 | Pembantu Belia dan Sukan Gred S19 | 42 | Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 | – | Operator Wayarles Gred N19 |
19 | Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19 | 43 | Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 | – | Pengawas Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu) |
20 | Pembantu Geosains Gred C19 | 44 | Pembantu Penilaian Gred W19 | ||
21 | Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 | 45 | Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 | ||
22 | Pembantu Hidupan Liar (Skim Perkhidmatan Bersepadu) | 46 | Pembantu Penyelidik Gred Q19 | ||
23 | Pembantu Juruaudit Gred W19 | 47 | Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19 | ||
24 | Pembantu Kemahiran Gred H19 | 48 | Pembantu Perangkaan Gred E19 | ||
25 | Pembantu Kesatria Gred S19 | 49 | Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 | ||
50 | Pembantu Perikanan Gred G19 |
Syarat Permohonan Jawatan SPA Berkelayakan SPM
Menurut Portal Rasmi SPA, calon yang memohon jawatan dari kelayakan masuk SPM dan untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam. Pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
- Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian. Dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
- Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
- Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM.
Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:
CALON SIJIL SVM | |||||
SYARAT KELULUSAN BAHASA MELAYU UNTUK PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM | SYARAT PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (KOD 1104) | ||||
Kepujian | Sekurang-kurangnya Gred ‘C’ | ||||
Lulus | Sekurang-kurangnya Gred ‘E’ |
Bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan seperti di bawah, syarat-syarat di atas dikecualikan tetapi mengambil kira sekurang-kurangnya berpangkat seperti yang dinyatakan:
- Pembantu Keselamatan Gred KP19
- Gred KP19 Pembantu Pertahanan Awam
- Pembantu Kesatria Gred S19
- Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
- Pegawai Bomba Gred KB19
Semoga perkongsian Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM Dan Sijil ini boleh dijadikan panduan buat pencari kerja sebelum memohon. Semoga anda berjaya menerima tawaran pekerjaan di sektor perkhidmatan awam yang diidamkan.