Perhatian buat semua pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan peperiksaan SPM Sijil Pelajaran Malaysia. Anda pasti tertanya-tanya ke manakah hala tuju selepas ini dan program apakah yang ditawarkan bagi menyambung pengajian di peringkat pengajian tinggi. Terdapat pelbagai jenis kursus serta program yang ditawarkan khusus bagi lepasan SPM antaranya adalah pengajian sijil, Asasi dan Diploma daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Swasta (IPTS). Berikut adalah senarai program asasi yang ditawarkan di IPTA buat rujukan pelajar dalam memilih kursus yang diminati untuk permohonan UPU online.
Selain IPTS, IPTA atau Universiti Awam (UA) juga menawarkan pelbagai jenis program asasi atau turut dikenali sebagai Foundation. Program asasi adalah program khas buat lepasan spm yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi sebelum memasuki pengajian ijazah sarjana muda (Degree). Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun atau 2 tahun pengajian mengikut kursus atau program yang ditawarkan.
Senarai Program Asasi Yang Ada Ditawarkan Di UA (Universiti Awam) Bumiputera Dan Bukan Bumiputera
Program asasi terbahagi kepada dua jenis kategori iaitu kategori terbuka dan tertutup. Bagi kategori terbuka, ianya bermaksud program tersebut turut diiktiraf oleh universiti lain bagi meneruskan pengajian ijazah sarjana muda seperti Universiti Malaya (semua asasi kecuali asasi alam bina dan pengajian Islam, serta semua asasi di UIAM), Universiti Teknologi MARA (kecuali asasi di UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (kecuali Asasi Pintar).
Bagi kategori tertutup pula, ianya hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi tersebut dan tidak kepada universiti lain seperti UNIMAS, UMS, USIM, UPNM dan UPM.
Senarai Program ASASI IPTA 2020/2021
Menurut e-Panduan UPU, untuk kemasukan ke universiti awam program pengajian lepasan SPM bagi sesi Akademik 2020/2021, terdapat 39 buah program pengajian asasi dan 2 Tahmidi yang ditawarkan. Berikut adalah senarai program asasi dan Tahmidi yang ditawarkan di IPTA.
SENARAI PROGRAM ASASI IPTA 2020/2021 | ||||
KOD | NAMA PROGRAM | TERBUKA KEPADA KATEGORI | BIDANG | UNIVERSITI AWAM |
D0080 | Asasi Sains Dan Perubatan | ![]() | Basic/ Broad General Programmes | UnisZA |
E0001 | Asasi Sains | ![]() | Applied Science | UiTM |
E0150 | TESL# Asasi | ![]() ![]() | Languages = 223 + 224 | UiTM |
E0400 | Asasi Kejuruteraan | ![]() | Engineering and Engineering Trades (Broad Programmes) | UiTM |
E0600 | KPM : Asasi Undang-Undang | ![]() ![]() | LAW | UiTM |
E0601 | Asasi Undang-Undang (UiTM) | ![]() ![]() | LAW | UiTM |
G0001 | STEM (Asasi) | ![]() ![]() | Basic / Broad General Programmes | UMT |
H0001 | Asasi Sains | ![]() | Other | UMS |
K0001 | Asasi Pintar | ![]() | Basic / Broad General Programmes | UKM |
M0010 | Sains Hayat (Asasi) | ![]() | Biology and Biochemistry | UM |
M0020 | Asasi Sains Fizikal | ![]() | Physical Science (Broad Programmes) | UM |
M0710 | Asasi Pengajian Islam dan Sains | ![]() | Other | UM |
M0711 | Pengajian Islam (Asasi) | ![]() ![]() | Other | UM |
P0050 | Asasi Sains Pertanian | ![]() | Other | UPM |
U0228 | Program Asasi Pengurusan# | ![]() ![]() | Other | UUM |
W0010 | Asasi Sains Hayat | ![]() | Basic / Broad General Programmes | UNIMAS |
W0020 | Asasi Sains Fizikal | ![]() | Basic / Broad General Programmes | UNIMAS |
Y0010 | Sains Hayat (Asasi) | ![]() | Other | UIAM |
Y0020 | Asasi Sains Fizikal | ![]() | Other | UIAM |
Y0030 | Asasi Sains Kesihatan Bersekutu | ![]() | Other | UIAM |
Y0031 | Kejururawatan (Asasi) | ![]() | Other | UIAM |
Y0060 | Asasi Farmasi | ![]() | Other | UIAM |
Y0070 | Asasi Pergigian | ![]() | Other | UIAM |
Y0080 | Perubatan (Asasi) | ![]() | Other | UIAM |
Y0140 | Asasi Sains Kemanusiaan | ![]() | Other | UIAM |
Y0150 | Asasi Bahasa Inggeris | ![]() ![]() | Other | UIAM |
Y0151 | Bahasa Arab (Asasi) | ![]() ![]() | Other | UIAM |
Y0152 | Asasi Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Antarabangsa | ![]() ![]() | Other | UIAM |
Y0153 | Asasi Bahasa Arab Untuk Komunikasi Antarabangsa | ![]() ![]() | Other | UIAM |
Y0154 | Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa (Asasi) | ![]() ![]() | Other | UIAM |
Y0200 | Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan | ![]() ![]() | Other | UIAM |
Y0245 | Asasi Perancangan Pelancongan Dan Pengurusan Hospitaliti | ![]() ![]() | Other | UIAM |
Y0300 | Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar (Asasi) | ![]() ![]() | Other | UIAM |
Y0400 | Asasi Kejuruteraan Dan Sains Komputer | ![]() | Other | UIAM |
Y0600 | Asasi Undang-Undang | ![]() ![]() | Other | UIAM |
Y0707 | Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam : Asasi | ![]() ![]() | Other | UIAM |
Z0080 | Asasi Perubatan# | ![]() | Medicine | UPNM |
Z0220 | Asasi Pengurusan Dan Strategi# | ![]() ![]() | Management And Administration | UPNM |
Z0470 | Kejuruteraan dan Teknologi# : Asasi | ![]() ![]() | Engineering and Engineering Trades (Broad Programmes) | UPNM |
![]() | ||||
![]() | ||||
Q03210 | Perakaunan dan Muamalat : Tamhidi | ![]() ![]() | Business and Administration (Broad Programmes) | USIM |
Q0601 | Tamhidi Syariah dan Undang-Undang | ![]() ![]() | Syariah Law | USIM |
![]() |
Sumber : e-Panduan UA
*Kod pengajian yang dinyatakan adalah untuk sesi kemasukan 2019-2020
Daripada keseluruhan program yang ditawarkan seperti di atas, dapatlah dilihat bahawa:
- 21 program boleh dimohon oleh pelajar aliran sains sahaja
- 1 program boleh dimohon oleh pelajar aliran sastera sahaja
- 19 program boleh dimohon oleh pelajar aliran sains dan aliran sastera
Syarat Am Kemasukan Program Asasi
Program Asasi IPTA terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad serta memiliki sijil SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Selain memenuhi syarat am kemasukan, pemilihan para pelajar dalam penempatan ke program asasi adalah berdasarkan markah merit seperti berikut:
- Bagi pelajar aliran sastera, lima subjek utama kiraan merit adalah Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Quran dan Sunnah.
- Bagi pelajar aliran sains, lima subjek utama kiraan merit adalah Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi (atau subjek lain yang menggantikan biologi seperti Prinsip Perakaunan, Lukisan Kejuruteraan, Perdagangan, Ekonomi Asas dan sebagainya)
- Serta mana-mana tiga subjek terbaik lain dalam keputusan peperiksaan SPM.
Program asasi ini juga terbuka kepada beberapa jenis pemohon mengikut kursus pengajian. Pertama sekali, kursus yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan adalah seperti berikut:
- UM : Asasi Pengajian Islam
- Asasi UPM
- Asasi UPNM
- Tamhidi USIM
- Asasi UKM
- Asasi UUM
Bagi program asasi yang dinyatakan di bawah ini, ianya hanya terbuka pemohon yang berketurunan Melayu, Orang Ali Semenanjung, Anak Negeri Sarawak dan Anak Negeri Sabah sahaja:
- Asasi UiTM
- Asasi UIAM
- UM : Asasi Sains
- Asasi UNIMAS
- Asasi UMS
- UniSZA Asasi
- Asasi STEM UMT
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai program asasi yang ditawarkan di IPTA, bolehlah merujuk dan menghubungi butiran berikut:
- Alamat : Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200, W.P. Putrajaya
- Telefon: 03-88708200 / 6767 / 6777
- Faks : 03-88706864
Semoga perkongsian senarai program asasi yang ada ditawarkan di universiti awam dapat memberikan petunjuk serta panduan kepada semua pelajar lepasan SPM yang berhasrat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Diucapkan selamat maju jaya serta semoga berjaya mendapatkan tempat bagi program asasi di IPTA.