Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia. Berikut dikongsikan Contoh Soalan dan Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia untuk mata pelajaran Sejarah Kertas 3 Tingkatan 5 Bab 4.
Tema/Tajuk 11.2 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
(Huraian Sukatan Pelajaran dan Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 4)
Tugasan Umum
Pembinaan negara dan bangsa Malaysia ke arah kemunculan negara Malaysia yang berdaulat. Pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946 telah menunjukkan penyatuan masyarakat terhadap penjajahan British.
Tugasan Spesifik
Pembinaan negara dan bangsa Malaysia ke arah kemunculan negara Malaysia yang berdaulat. Pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946 telah menunjukkan penyatuan masyarakat terhadap penjajahan British. Bincangkan perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union dan usaha melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu pada hari ini.
Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia (Sejarah Kertas 3 SPM Bab 4 Tingkatan 5)
Peringatan : Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah :-
KERANGKA JAWAPAN
FORMAT
PERINCIAN
MARKAH
PENGENALAN
1. (a) Pentadbiran Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua (b) Dasar perlindungan British terhadap orang Melayu sebelum pengenalan Malayan Union
5M
ISI DAN HURAIAN
2. Sebab-sebab pengenalan Malayan Union
15M
–
3. Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union
10M
–
4. Reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union
30M
–
5. Kejayaan Malaysia mengekalkan perpaduan kaun dan mengelak perbalahan etnik menjadi contoh kepada negara lain
10M
–
6. Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi menjalin perpaduan yang lebih erat. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut
10M
–
7. Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut
10M
–
8. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union
5M
KESIMPULAN
9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :-
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang bersatu padu
5M
Berikut adalah cadangan/ skema jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia untuk Sejarah Kertas 3 SPM bab 4:-
CADANGAN JAWAPAN
1. PENGENALAN
(a) Pentadbiran Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
F1 – terbahagi kepada tiga unit pentadbiran
F2 – Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
F3 – Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
F4 – Negeri-Negeri Selat (NNS)
(b) Dasar perlindungan British terhadap orang Melayu sebelum pengenalan Malayan Union
F1 – Menerima negeri Melayu, Raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu
F2 – Menerima adat istiadat, agama Islam dan bahasa Melayu sebagai budaya Tanah Melayu
2. PEMAHAMAN
Sebab-sebab pengenalan Malayan Union
F1 – Persediaan membentuk kerajaan sendiri
H1a – selepas digabungkan, Tanah Melayu akan diberi latihan berkerajaan sendiri
H1b – selaras dengan Piagam Atlantik 1945
F2 – Melahirkan pentadbiran yang licin
H2a – pentadbiran negeri-negeri yang berasingan menyebabkan perbezaan aspek pentadbiran
H2b – pembangunan tidak seragam dan seimbang
F3 – Menjimatkan kos pentadbiran
H3a – Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
H3b – melibatkan kos pentadbiran yang tinggi
F4 – Membentuk bangsa Malayan Union
H4a – pendatang melupakan negara asal
H4b – memberi kesetiaan kepada Malayan Union
H4c – Memastikan sumber tenaga dan pelaburan yang berterusan
H4d – menjamin penguasaan penuh terhadap ekonomi Tanah Melayu
F5 – Mengawal kuasa politik orang Melayu
H5a – menguasai pentadbiran negeri
H5b – melantik Pesuruhjaya Negeri yang mengambil alih peranan raja dan pembesar Melayu
3. MENGANALISIS
Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union
F1 – Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Selat disatukan
F2 – Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union
F3 – Sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura layak menjadi rakyat Malayan Union
F4 – Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
F5 – Seorang Gabenor British dilantik oleh Ratu England untuk mengetuai Malayan Union
F6 – Merupakan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh pemerintah pusat yang kuat
F7 – Pentadbiran tertakluk kepada Parlimen British di London.
F8 – Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union
F9 – Pesuruhjaya mengetuai pentadbiran di peringkat negeri
F10 – Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu dan berkuasa dalam agama Islam dan adat istiadat Melayu
Contoh soalan dan Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia sejarah kertas 3 spm bab 4 : Reaksi penduduk terhadap Malayan Union
4. MENGAPLIKASI
Reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union.
F1 – Penulisan melalui akhbar-akhbar Melayu
H1a – menyuarakan bantahan
H1b – secara berterusan H1c – seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara
F2 – Mengadakan demontrasi
H2a – secara damai
H2b – semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja di Kota Bharu Kelantan dan Alor Setar Kedah
F3 – Melalui persatuan-persatuan Melayu
H3a – dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union
H3b – surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
H3c – menghantar telegram
F4 – Peranan Dato’ Onn Ja’afar
H4a – menyeru diadakan kongres pada 23 Januari 1946
H4b – menubuhkan United Malays Organization (U.M.O)
H4c – sebagai benteng menentang Malayan Union
F5 – Mengadakan Kongres Melayu
H5a – diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946
H5b – di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
H5c – dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Tanah Melayu H5d – mencadangkan penubuhan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
F6 – Menubuhkan UMNO
H6a – Dato’ Onn Ja’afar menjadi Presiden UMNO pertama
H6b – ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru
H6c – menentang penubuhan Malayan Union
F7 – Kongres Melayu Kedua
H7a – pada 30 hingga 31 Mac 1946
H7b – membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946
H7c – berkabung selama 7 hari
H7d – Raja memulau majlis perasmian
F8 – Mengadakan rapat umum
H8a – di setiap bandar besar
H8b – ketika kehadiran ahli Parlimen British
H8c – L.D.Gammans dan David Reese Williams
F9 – Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar
H9a – menyatakan bantahan kepada ahli parlimen tersebut
F10 – Tindakan tegas orang Melayu
H10a- mendorong British berunding dengan UMNO
H10b- membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1948
5. MENILAI
Kejayaan Malaysia mengekalkan perpaduan kaum dan mengelak perbalahan etnik menjadi contoh kepada negara lain
F1 – Mengekalkan keamanan negara
F2 – Menjamin keselamatan negara
F3 – Menarik kemasukan pelaburan asing
F4 – Menarik kedatangan pelancong luar
F5 – Memajukan perdagangan antarabangsa
F6 – Kestabilan politik dan ekonomi
F7 – Tidak berlaku rusuhan kaum
F8 – Tiada peperangan
F9 – Perkembangan pesat institusi pendidikan
F10 – Kadar pengangguran yang rendah
F11 – Peluang pekerjaan yang banyak
F12 – Pembentukan parti politik yang dianggotai pelbagai kaum
6. MENJANA IDEA
Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi menjalin perpaduan yang lebih erat. buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
F1 – Menghapuskan perselisihan faham antara kaum
F2 – Merapatkan hubungan antara kaum
F3 – Menjaga kepentingan semua kaum
F4 – Mengutamakan kepentingan negara mengatasi kepentingan diri dan kaum sendiri
F5 – Menjadi pemangkin kepada pembentukan negara bangsa Malaysia
F6 – Melahirkan masyarakat yang mengamalkan sikap kesamaan dan kekitaan
F7 – Mengukuhkan perasaan hormat-menghormati dan saling mempercayai antara kaum
F8 – Semua kaum menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama
F9 – Setiap rakyat menganggap Malaysia sebagai tanah air sendiri dan tidak ada kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan
F10 – Menghapuskan perasaan tidak puas hati mana-mana kaum kerana semua rakyat merupakan bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju untuk memajukan negara
Seterusnya, Skema jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia adalah melibatkan cabaran, iktibar dan rumusan
7. CABARAN
Menjana Idea – Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. Cabaran yang dihadapi :-
F1 – Penyebaran maklumat palsu dan fitnah melalui internet
F2 – Pengaruh asing
F3 – Kepelbagaian budaya dan agama
F4 – Sistem pendidikan pelbagai aliran
F5 – Perbezaan fahaman politik
Langkah untuk mengatasi :
F6 – Pengenalan Konsep 1Malaysia
F7 – Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
F8 – Menjunjung prinsip Rukun Negara
F9 – Kerjasama politik melalui Barisan Nasional
F10 – Menggalakkan amalan kerjasama kaum seperti sambutan hari terbuka dan gotong-royong
8. IKTIBAR
Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union.
F1 – Bersatu teguh bercerai roboh
F2 – Mengutamakan perpaduan
F3 – Tegas mempertahankan pendirian
F4 – Mempunyai perancangan yang strategik
F5 – Sanggup berkorban demi bangsa dan negara
F6 – Menjalinkan kerjasama tanpa mengira pangkat dan kedudukan
9. RUMUSAN
F1 – Penentangan orang Melayu terhadap pengenalan Malayan Union telah membuka mata British untuk memulakan rundingan dengan UMNO dan Raja-raja Melayu
F2 – British akhirnya bersetuju untuk menarik balik Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu
F3 – Kesungguhan dan perpaduan orang Melayu telah memaksa British menarik balik Malayan Union
F4 – Kejayaan Malaysia mengekalkan perpaduan kaum telah memberi manfaat kepada kestabilan ekonomi dan politik negara lain
F5 – Setiap rakyat harus mengamalkan konsep 1Malaysia yang mementingkan nilai kebersamaan dan kekitaan demi melahirkan bangsa dan negara yang bersatu padu
Semoga perkongsian Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia boleh dijadikan rujukan dalam menjawab Kertas 3 Sejarah SPM dengan cemerlang.