Pasti ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa tertanya-tanya samada mereka layak untuk memohon ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk rujukan pelajar, berikut adalah syarat kelayakan Program Matrikulasi yang memaparkan syarat umur dan akademik.
Untuk makluman, application Matrikulasi sesi terkini 2025-2026 telah dibuka pada 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025. Pelajar yang berminat boleh membuat application melalui internet di portal aplikasi Matrikulasi KPM.
Syarat Kelayakan Program Matrikulasi KPM Terkini (Umur Dan Syarat Akademik)
Pelajar yang berminat untuk memasuki Kolej Matrikulasi adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan Program Matrikulasi sebelum memohon secara atas talian.
Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pelajar.
Syarat Umur
- Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
- Berkewarganegaraan Malaysia
- SPM calon tahun semasa
Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi 2025-2026
Semua pelajar wajib mengikut mata pelajaran wajib sepanjang pengajian iaitu:
• Bahasa Inggeris • Pengajian Am Matrikulasi • Pendidikan Islam/ Moral • Kokurikulum/ Hifz Al-Quran
Berikut adalah syarat kelayakan minimum yang perlu diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan SPM tahun 2024 untuk layak memohon :-
JURUSAN SAINS
Terbahagi kepada tiga iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sains Teknologi
- SISTEM 2 SEMESTER: Mendapat KEPUJIAN TINGGI (B) dalam mata pelajaran Matematik , KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi serta LULUS dalam Sejarah
- SISTEM 4 SEMESTER: Mendapat KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, serta LULUS dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia, Sejarah, Fizik atau Sains Komputer atau Biologi
JURUSAN KEJURUTERAAN
- Mendapat LULUS dalam Sejarah, Kimia KEPUJIAN (B) Matematik, KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:-
- Biologi/ Kimia/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Geografi/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Pengajian Keusahawanan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
JURUSAN PERAKAUNAN
- Mendapat LULUS dalam Sejarah, KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti yang berikut:-
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains Komputer/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Geografi/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Keusahawanan/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Al-Syariah/ Pendidikan Seni Visual/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Lukisan/ Rekabentuk Kraf/ Reka Bentuk Industri/ Reka Bentuk Grafik/ Multimedia Kreatif/ Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL JPPRo
- Mendapat LULUS dalam mata pelajaran Sejarah, KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik Tambahan serta Cemerlang Tinggi (A-) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, KEPUJIAN (A) Matematik dan mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti yang berikut:-
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains Komputer/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Geografi/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Keusahawanan/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Al-Syariah/ Pendidikan Seni Visual/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam
- Lulus Ujian Aptitud & Temuduga yang dilaksanakan oleh Bahagian Matrikulasi
JURUSAN SAINS KOMPUTER
- Mendapat LULUS dalam Sejarah, KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik, dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:-
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Perniagaan/ Prinsip Perakaunan/ Tasawwur Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Ekonomi/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam
Maklumat Lanjut
Sila rujuk kepada dokumen berikut untuk paparan yang lebih jelas & maklumat yang berkaitan :-
Moga perkongsian Syarat Kelayakan Program Matrikulasi KPM boleh dijadikan panduan dan rujukan berguna buat para pelajar. Terutama buat mereka yang berminat memasuki Program Matrikulasi KPM.