Syarat Umum Dan Syarat Khusus Pengambilan Murid Ke Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Terkini. Panduan buat pelajar Tingkatan 3 atau lepasan Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV), PT3, Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS tahun 2026. Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan Syarat Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan SMT sebagai rujukan dalam membuat application masuk.
Pengambilan ke Kolej Vokasional Dan SMT ambilan Tahun 2026 akan dibuka dari 1 Ogos 2025 hingga 7 September 2025.
Syarat Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Terkini
Berikut dikongsikan syarat kemasukan/ syarat kelayakan untuk memasuki Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan tahun 2026.
i) Kolej Vokasional (KV)
a) Syarat ke Program Sijil
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer
b) Syarat ke Program Kemahiran/ Apprenticeship
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
- Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
ii) Syarat Kemasukan SMT
Kursus Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:
- i. Pengajian Kejuruteraan Awam
- ii. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- iii. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- iv. Perdagangan
- v. Sains Pertanian
Untuk memohon masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT), sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :-
SYARAT KEMASUKAN SMT (UMUM)
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/ buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/Asas Sains Komputer
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Syarat Kemasukan Kolej Vokasional dan SMT Terkini sila layari Laman Web:-
Semoga perkongsian Syarat Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh dijadikan panduan buat pelajar Tingkatan 3 sebelum membuat application. Tahniah kepada mereka yang berjaya masuk ke KV dan SMT di seluruh Malaysia.