Bilakah tarikh bayaran faedah PERKESO? Penerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO/ SOCSO) pasti ingin mengetahui bilakah tarikh bayaran Faedah Bulanan PERKESO tahun 2026. Menerusi makluman Laman Web Rasmi PERKESO, berikut dikongsikan jadual tarikh pembayaran PERKESO yang memaparkan bulan, hari, tarikh dan catatan pembayaran.
Untuk makluman, PERKESO menyediakan dua skim faedah keselamatan sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pension Ilat. Baru-baru ini PERKESO ada mengumumkan kenaikan kadar pension di antara 1.2 peratus sehingga 10.4 peratus di bawah skim bencana pekerjaan dan skim keilatan bermula 26 Disember 2017. Seramai 328,056 akan menerima bayaran tunggakan pelarasan dengan peruntukkan sebanyak RM72.62 juta bagi pembayaran penerima faedah membabitkan hilang upaya kekal, orang tanggungan, pension ilat dan pension penakat.
Jadual Tarikh Pembayaran Faedah Bulanan PERKESO Tahun 2026
Berikut dikongsikan jadual pembayaran setiap bulan Faedah PERKESO untuk sepanjang tahun 2026. Untuk maklumat yang lebih jelas, penerima boleh merujuk kepada jadual yang dikongsikan di bawah ini.
Tarikh Bayaran Faedah Bulanan PERKESO Tahun 2026
Senarai lengkap tarikh pembayaran untuk 12 bulan di tahun 2026 (jadual pembayaran bulanan sosco)
- JANUARI
- 30.01.2026: JUMAAT
- FEBRUARI
- 11.02.2026: RABU (17 FEBRUARI 20206 BERSAMAAN TAHUN BAHARU CINA)
- MAC
- 16.03.2026: ISNIN (21 MAC 2026 BERSAMAAN HARI RAYA AIDILFITRI)
- APRIL
- 20.04.2026: ISNIN
- MEI
- 22.05.2026: JUMAAT (27 MEI 2026 BERSAMAAN HARI RAYA AIDILADHA, 30 MEI 2026 BERSAMAAN PESTA KAAMATAN & 1 JUN 2026 BERSAMAAN PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK)
- JUN
- 01.07.2026 : RABU
- JULAI
- 31.07.2026: JUMAAT
- OGOS
- 01.09.2026 : SELASA
- SEPTEMBER
- 01.10.2026: KHAMIS
- OKTOBER
- 30.10.2026: JUMAAT
- NOVEMBER
- 01.12.2026: SELASA (8 NOVEMBER 2026 BERSAMAAN HARI DEEPAVALI)
- DISEMBER
- 21.12.2026: ISNIN (25 DISEMBER BERSAMAAN HARI KRISMAS)
Grafik Tarikh Bayaran Faedah Bulanan PERKESO Tahun 2026

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran jadual pembayaran bulanan sosco 2026 boleh dijadikan panduan buat pernerima faedah dalam merancang perbelanjaan seharian sekeluarga. Moga anda dapat menggunakan bayaran yang diberikan dengan berhemah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu masa kini.




