Sistem sekolah di Malaysia bagi sekolah rendah mahupun sekolah menengah akan berakhir pada hujung tahun iaitu sekitar bulan november atau disember setiap tahun. Setelah bercuti akhir tahun, semua pelajar akan memulakan sesi persekolahan pada tahun baru sekitar bulan Januari. Jadi, bilakah tarikh buka sekolah 2027 seluruh negeri selepas cuti akhir tahun?
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab dalam menerbitkan perincian takwim persekolah bagi tahun 2025. Semestinya ibu bapa amat ingin mengetahui takwim persekolahan seperti tarikh school holidays dan buka sekolah bagi merancang aktiviti anak-anak di musim ini.
Tarikh Rasmi Sesi Persekolahan 2027 Seluruh Negeri (Selepas Cuti Akhir Tahun)
Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2 Oktober 2026 telah mengumumkan Kalender Akademik Tahun 2027 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula 4 Januari 2027 depan.
Tahun 2027 membawa satu perubahan pada permulaan sesi persekolahan. Jika sebelum ini negeri-negeri dalam Kumpulan A dan Kumpulan B memulakan persekolahan pada hari yang berbeza, bagi sesi 2027, sekolah di seluruh negara dijadualkan bermula pada tarikh yang sama iaitu pada :-
📅 4 JANUARI 2027, HARI ISNIN
Persekolahan bermula dari 4 Januari hingga 2 Disember 2027 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 4 Januari hingga 3 Disember 2027 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.
Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan. Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.
Usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada informasi berikut :-
Tarikh Pembukaan Semula Sekolah 2027 Mengikut Negeri (Kumpulan)
KUMPULAN A | |||
| Sekolah-sekolah yang terletak di negeri-negeri di mana cuti hujung minggu (weekend) adalah pada Jumaat & Sabtu seperti negeri berikut :- | |||
| > Kelantan, Terengganu & Kedah | |||
| Tarikh Sekolah Dibuka | |||
| > 4 Januari 2027, Isnin |
KUMPULAN B | |||
| Sekolah-sekolah yang terletak di negeri-negeri di mana cuti hujung minggu (weekend) adalah pada Sabtu & Ahad seperti negeri berikut :- | |||
| > Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan, Selangor, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak | |||
| Tarikh Sekolah Dibuka | |||
| > 4 Januari 2027, Isnin |
Di bawah adalah kalendar akademik tahun 2027 sebagai rujukan:
Kumpulan A

Kumpulan B

Rel: selangor wilayah persekutuan kuala, pinang sabah sarawak selangor, persekolahan bagi sesi, perlis pulau pinang sabah, bulan januari, persekutuan kuala lumpur labuan, sarawak selangor wilayah persekutuan, sabah sarawak, selangor wilayah, negeri sembilan pahang perak, kalendar cuti, pulau pinang sabah sarawak,




