Dua perayaan terbesar dan utama buat umat Islam di Malaysia adalah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Jadi bilakah tarikh kedua-dua perayaan ini disambut? Tarikh perayaan dan hari kebesaran Islam tahun 2025 boleh dirujuk di tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2025M/ 1446-1447H yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Maklumat terkini tarikh Hari Raya Aidilfitri dan tarikh hari Raya Aidiladha tahun 2025 ada dikongsikan di bawah ini sebagai rujukan.
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha yang merupakan tarikh cuti umum (public holiday) di Malaysia akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di stesen radio dan TV utama di Malaysia.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025 Di Malaysia
Berikut dikongsikan Tarikh Penting Hari Raya Aidilfitri (juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa) dan Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Haji/ Qurban) 2025 Di Malaysia yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Merujuk kepada tarikh-tarikh penting Kalendar Islam 2025 yang diterbitkan oleh JAKIM. Tarikh jatuhnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha 2025 untuk seluruh negeri di Malaysia adalah pada tarikh berikut :-
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025/ 1446H
- HARI ISNIN, 31 MAC 2025 (1 SYAWAL 1446H) : TIDAK RASMI
- Tarikh RASMI akan diumumkan oleh Pemohon Mohor Raja-Raja pada malam 29 Ramadhan.
- Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah (melihat anak bulan) dan hisab ( pengiraan matematik secara astonomi).
- Tarikh mencerap anak bulan Syawal akan dilakukan pada tarikh yang bersamaan 29 Ramadhan 1446H
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri (Arab: فطر ال يد ع’ ;Ayd al-Fiṭr; “perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu, India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.
Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Tarikh Hari Raya Aidiladha 2025 / 1446H
- HARI SABTU, 7 JUN 2025, (10 ZULHIJJAH 1446H) : Tidak Rasmi
- Tarikh RASMI Hari Raya Haji dan tarikh 1 Zulhijjah 1446H akan diumumkan oleh Pemohon Mohor Raja-Raja
- Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha/ Haji/ Korban adalah berdasarkan Rukyah (melihat anak bulan) dan hisab ( pengiraan matematik secara astonomi).
- Tarikh mencerap anak bulan Zulhijjah akan dilakukan pada tarikh bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1446H
Hari Raya Aidiladha
Bahasa Arab ianya bermaksud ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji. Ianya merupakan salah satu perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal diseluruh dunia.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Perayaan Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha merupakan satu perayaan yang istimewa kerana ianya merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari. Iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Tarikh Penting Islam 2025
Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2025/ 1446H-1447H Di Malaysia adalah seperti berikut :-
TARIKH HIJRI 1446 | TARIKH MILADI (2025) | HARI KEBESARAN/ PERAYAAN ISLAM | |
27 Rejab | 27 Januari | Iskraj Mikraj | |
1 Ramadhan * | 2 Mac | Awal Ramadhan/ Tarikh Mula Puasa 2025 | |
17 Ramadhan | 18 Mac | Nuzul Al-Quran | |
1 Syawal * | 31 Mac | Hari Raya Puasa/ Aidilfitri | |
1 Zulhijjah | 29 Mei | Awal Zulhijjah | |
10 Zulhijjah * | 7 Jun | Hari Raya Qurban/ Aidiladha | |
1 Muharram 1447H | 27 Jun | Awal Muharram/ Maal Hijrah | |
12 Rabiulawal 1447H | 5 September | Maulidur Rasul | |
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. SUMBER : JAKIM |
Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha 2025 Di Malaysia ini bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang cuti atau perjalanan balik kampung. Selamat Hari Raya 2025.