Tarikh Pembelian No Pin UPU 2026 Di BSN

Tarikh Pembelian No Pin UPU 2026 Di BSN, Maklumat Tarikh penting bila boleh beli No Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional.

Tarikh Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN). Perhatian buat pelajar yang berhajat untuk membuat application ke UA/ IPTA, Matrikulasi, IPG, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti tahun 2026-2027. Berikut dikongsikan tarikh pembelian No Pin UPU atau Nombor Unik ID UPU di BSN untuk sesi akademik 2026/ 2027. Menerusi iklan pengambilan, tarikh pembelian Pin Unik UPU adalah dijangka bermula dari 28 Januari 2026.

Untuk makluman semua, Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan menanggung proses pembayaran sistem UPU bagi tahun ini. Maka, kos terkini untuk Harga Nombor Unik ID adalah UPU adalah sebanyak RM10.60. Nombor unik ID adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain.

Tarikh Beli No Pin Unik ID UPU Untuk Borang UPU 2026

Berikut dikongsikan maklumat tarikh pembelian Nombor Pin Unik ID UPU di BSN pada tahun sebelum ini buat rujukan dan panduan para pelajar. Pembelian nombor Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai tarikh berikut :-

Tarikh Pembelian No Pin UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • 28 Januari 2026 (Berdasarkan Portal Rasmi UPU dan BSN) : Tarikh Mula Pembelian
  • 15 Mei 2026 (Lepasan SPM/ setaraf) dan (Lepasan STPM/ setaraf) : Tarikh Tutup Pembelian Pin UPU sesi 2026-2027
    • Tarikh yang TEPAT selepas diumumkan secara rasmi oleh UPU

Untuk makluman, pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan kepada perkara berikut :-

  • Nama pemohon
  • Nombor KP (IC)/ MyKad Pemohon

BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan nombor Unik ID.

Kaedah Pembelian No Pin UPU

Pembelian secara individu adalah melalui beberapa kaedah seperti berikut :-

  1. Kaunter BSN
  2. Dan jika pemohon atau ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN, pembelian boleh dibuat melalui Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan internet (Online)
  3. Perbankan Internet

Kaedah dan cara pembelian PIN Untuk UPU di BSN boleh dirujuk di Cara Beli Pin UPU.

Maklumat Lanjut

Buat mereka yang tidak tahu tarikh UPU bagi sesi akademik 2026/ 2027 bagi lepasan SPM/ setaraf & STPM/ setaraf akan dibuka mulai:-

  • Lepasan SPM
    29 Januari 2026 (12 Tengah Hari) hingga 23 Mac 2026 (5 petang).
  • Lepasan STPM
    Fasa 1: 29 Januari 2026 (12 Tengah Hari) hingga 23 Mac 2026 (5 petang).
    Fasa 2: 13 April 2026 (12 Tengah Hari) hingga 5 Mei 2026 (5 Petang).

Maklumat lebih lanjut mengenai UPU 2026 boleh diperolehi melalui maklumat berikut:-

Untuk panduan selanjutnya, sila rujuk kepada grafik panduan UPU yang dikongsikan di bawah ini. Maklumat yang dipaparkan termasuk tarikh penting dan kategori UPU:

Moga perkongsian Tarikh Pembelian No Pin UPU 2026 Di BSN ini boleh dijadikan panduan buat para pemohon. Selamat membuat application ke Institusi Pengajian Tinggi – UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti serta IPG dan Kolej Matrikulasi.

Kongsi Info Di: