Pasti ramai rakyat Malaysia yang ingin tahu bilakah tarikh pembentangan Bajet 2026? Untuk makluman, Bajet 2026 adalah Bajet Keempat yang akan dibentangkan oleh Kerajaan Baharu Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengambil alih pimpinan daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut sumber dari Portal Rasmi Parlimen Malaysia, Belanjawan 2026 akan dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober 2025. Siaran langsung Bajet 2026 akan disiarkan secara langsung di TV utama di Malaysia.
Untuk makluman, Peruntukan Belanjawan 2025 Malaysia adalah berjumlah RM421 bilion, yang merupakan terbesar dalam sejarah. Sejumlah RM335 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM86 bilion untuk pembangunan. Belanjawan yang bertemakan Malaysia MADANI, turut mensasarkan pengurangan defisit fiskal kepada 3.8% dan memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti peningkatan gaji minimum kepada RM1,700, kenaikan bantuan tunai (STR/SARA), dan peruntukan tinggi untuk pendidikan dan pembangunan infrastruktur, terutamanya di Sabah dan Sarawak
- Ringkasan Kandungan Bajet klik Bajet
Bajet 2026 Apa Yang Anda Inginkan?
Berikut dikongsikan sedikit maklumat ringkas berkaitan Belanjawan 2026 Malaysia, “MEMACU EKONOMI MADANI: MEMPERKASA RAKYAT” :-
Tarikh Pembentangan Bajet 2026
- Tarikh : 10 Oktober 2025
- Masa : Bermula Jam 400 Petang
- Lokasi : Dewan Rakyat Parlimen Malaysia
- Link Live Streaming : Video Ucapan Pembentangan Bajet 2026
Fokus Utama Bajet 2026
BELANJAWAN 2026 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober depan dengan pendekatan pragmatik yang menangani cabaran semasa dan ketidaktentuan geopolitik. Bajet 2026 ialah siri keempat Belanjawan MADANI, dirangka bagi meneruskan Kerangka Ekonomi MADANI: memulih daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat. Belanjawan 2026 terus menelusuri tiga tonggak Ekonomi MADANI — Menaikkan Siling pertumbuhan negara, Menaikkan Lantai taraf hidup rakyat dan Memacu Pembaharuan, terutamanya Tatakelola Baik.
Belanjawan 2026 akan meneruskan momentum berpandukan asas kukuh yang dibina dalam Belanjawan MADANI terdahulu. Belanjawan ini juga merupakan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026 – 2030 (RMK13) yang terus memaknai tiga tonggak utama Ekonomi MADANI.
Berdepan ketidaktentuan global dan peningkatan persaingan, tumpuan Belanjawan 2026 terarah kepada penyampaian agenda ekonomi Malaysia jangka panjang di samping menangani cabaran jangka pendek bagi mengekalkan momentum pertumbuhan dan melindungi daya tahan ekonomi. Pada masa sama, usaha akan diambil bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi bantuan lebih bersasar berteraskan keberhasilan ke arah menambah baik kualiti hidup.
Kementerian Kewangan sudah pun membuka Portal Cadangan Belanjawan 2026 di laman web rasminya bagi mengumpulkan pandangan, idea dan cadangan daripada setiap lapisan masyarakat.
Semua rakyat Malaysia dipelawa bagi cadangan. Ia jemputan rasmi untuk kita – rakyat biasa, peniaga kecil, petani, tok penghulu, cikgu, pelajar universiti atau suri rumah. Mudah cerita, sesiapa pun boleh menyuarakan pandangan.
Merak Jalanan melihat inisiatif ini sebagai langkah progresif ke arah belanjawan yang benar-benar dari rakyat untuk rakyat. Kerajaan mahu dengar keluh kesah rakyat secara terus. Tidak lagi sekadar mengharapkan kajian semata-mata, sebaliknya mengambil kira suara di lapangan yang hidup bersama realiti seharian.
Portal ini pintu terus kepada pembuat dasar. Inilah peluang nak cakap apa yang kita rasa perlu ada dalam Belanjawan 2026. Nak lebih peruntukan untuk sekolah luar bandar? Hantarlah cadangan. Nak lebih bajet untuk kesihatan atau infrastruktur? Tulislah. Nak insentif untuk petani, peniaga kecil atau pekerja gig? Pun boleh.
Tapi ingat, hantarlah cadangan yang masuk akal dan praktikal. Berikan idea yang realistik, membina dan berasaskan fakta agar kementerian dapat mempertimbangkan dengan serius.
Jangan nanti bila belanjawan dah dibentangkan, bising banyak kelemahan. Kalau masih merungut tanpa pernah cadang, itu memang salah sendiri.
Jadi, kalau kita nak Belanjawan 2026 mesra rakyat, rakyatlah kena sama-sama bentuk. Kita biasa melihat peti cadangan di pejabat kerajaan yang kekal menjadi hiasan tanpa diisi. Kali ini jangan begitu.
Semoga perkongsian Tarikh Pembentangan Bajet 2026 Malaysia boleh dijadikan panduan buat rakyat Malaysia. Jom salurkan pandangan anda dalam membantu pembentukan Bajet Malaysia yang terbaik.