Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Siri 205 Tahun 2025. Perhatian buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Perajurit Muda Tentera Darat (TD). Menerusi iklan pemilihan TD tahun 2025 siri 205 untuk Lelaki, berikut dikongsikan Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TD 2025 beserta lokasi pusat pemilihan setiap zon.
Pemilihan Awal Perajurit Muda TD 2025 siri 205 adalah untuk calon Lelaki di mana calon yang berjaya dalam Pemilihan Awal akan ditawarkan untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir.
Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Tahun 2025 (Siri 205)
Berikut dikongsikan maklumat pusat pemilihan awal untuk Perajurit Muda Tentera Darat Siri 205 tahun 2025 yang memaparkan maklumat seperti tarikh dan masa, zon dan lokasi pemilihan setiap zon.
“Peluang Kepada Semua Belia yang Berminat Untuk Menyertai Tentera Darat Malaysia Kini Dibuka!”
PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT (PM TD) LELAKI SIRI 205 TAHUN 2025
Sebanyak 35 Lokasi Pemilihan Awal PM TD di seluruh Malaysia mulai 6 hingga 24 Ogos 2025, layari pautan ini untuk maklumat lanjut berkenaan lokasi Pengambilan PM TD : PEMILIHAN AWAL
Syarat Fizikal
- a. Ketinggian Minima: Lelaki – 162 cm
- b. BMI – 18.0 hingga 24.9
- c. Umur – Tidak kurang dari 18 tahun serta tidak melebihi 25 tahun dan calon KAGAT tidak melebihi 30 Tahun pada 20 November 2025
Syarat Minima Kelayakan Akademik
- a. SPM – Lulus BM dan Sejarah
- b. SPVM – PNGK Akademik 2.0 ke atas
Dokumen yang perlu bawa semasa temuduga Pemilihan Awal PM TD
- a. MyKad calon – asal dan 1 salinan
- b. Sijil Kelahiran calon – asal dan 1 salinan
- c. Sijil SPM/SPVM – asal dan 1 salinan
- d. Sijil Berhenti Sekolah (Tingkatan 5) atau Tamat Belajar Terakhir – asal dan 1 salinan
- e. 1 Salinan Kad Pengenalan Ibu
- f. 1 Salinan Kad Pengenalan Bapa
- g. 1 Salinan Kad Pengenalan 2 orang Waris Tambahan (contoh: abang/kakak/bapa saudara)
- h. 1 batang Ball Pen Hitam
Tatacara pemakaian semasa melapor adalah seperti berikut:
- a. Baju T-shirt putih berkolar lengan pendek (calon lelaki)
- b. Seluar Track Suit warna gelap
- c. Kasut sukan warna bebas dan stokin putih
Sila layari Portal Rasmi Tentera Darat di www.army.mil.my (Kerjaya/Permohonan) untuk maklumat lanjut.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh sertai Telegram Rasmi Sel Pengambilan di pautan https://t.me/pengambilanTDM
atau hubungi Sel Pengambilan TD di talian berikut:
- a. Pejabat – 03-4014 067/068/069
- b. Zon Sarawak – 019-6969254
- c. Zon Sabah – 019-6077794
- d. Zon Utara – 019-6969548
- e. Zon Timur – 019-6969254
- f. Zon Selatan – 019-2477793
Selamat menghadiri pemilihan mengikut panduan Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TD yang dikongsikan. Moga hasrat anda untuk menyertai ATM tercapai.