Pendaftaran MUET Sesi 1 2026 Online & Check Slip Daftar

Pendaftaran MUET Sesi 1 2026 Online & Check Slip Daftar MUET, cara daftar muet sesi april 2026 beserta tarikh pendaftaran ujian muet sesi april.

Cara Daftar MUET Sesi 1 April 2026 Secara Online. Perhatian buat pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree). Ramai pelajar yang ingin menduduki peperiksaan Sesi 1 tahun 2026 ingin mengetahui bilakah tarikh pendaftaran dan ujian bertulis peperiksaan MUET sesi 1 2026. Merujuk kepada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET Sesi 1 (April) 2026 akan dibuka bermula dari Disember 2025. Juga dikongsikan cara check slip daftar MUET setiap sesi.

Calon yang ingin menduduki peperiksaan adalah diingatkan untuk mendaftar peperiksaan MUET Sesi 1 2026 mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan dalam Jadual Exam. Calon adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal secara online kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Untuk makluman, tarikh tutup pendaftaran dijangka pada hujung Januari 2026.

Cara Daftar MUET Sesi 1 2026 Online (Borang Pendaftaran)

Merujuk kepada pengumuman dari MPM, tarikh pendaftaran peperiksaan MUET sesi April 2026 adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-

MUET Sesi 1 2026

  • 15 Disember 2025 : Tarikh Registration dibuka
  • 25 Januari 2026 : Tarikh Tutup Registration
  • 14, 15, 16, 20, 21 dan 22 April 2026 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 25 April 2026: Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing dan Listening)

Pendaftaran-Muet-Sesi-1

Pendaftaran MUET Sesi 1 2026 Secara Online (Mac)

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 1 April 2026 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-

Pendaftaran Calon Persendirian MUET

Untuk calon persendirian, pendaftaran MUET hendaklah dibuat secara online melalui portal di pautan berikut :-

  1. Layari Portal MUET MPM
  2. Calon boleh memilih pusat peperiksaan yang berdekatan
  3. Isi maklumat-maklumat calon yang diperlukan
  4. Buat pembayaran secara online. Tiada pembelian nombor PIN MEC diperlukan, sebaliknya calon boleh membuat pembayaran menggunakan perbankan online. Berikut adalah makluman yang dikeluarkan oleh MPM untuk perhatian Calon Persendirian pada tahun sebelum ini. Makluman terkini akan dikemaskini:
  5. Simpan atau cetak salinan pendaftaran.
  6. Pastikan anda ikuti langkah seperti dalam infografik di bawah atau rujuk pada Panduan Pendaftaran  Calon Persendirian MUET

Peringatan Buat Calon MUET

  1. Calon juga dinasihatkan untuk membuat Checking Slip Daftar MUET 2025 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.

pewartaan-kadar-yuran-baharu-muet

Cara Check Slip Daftar MUET Online Dan SMS

Perhatian buat calon ujian MUET (Malaysian University English Test) sesi 1, 2 dan 3 2026 yang telah membuat pendaftaran peperiksaan. Pelajar boleh membuat Checking Pendaftaran MUET Online Dan SMS pada tarikh yang dinyatakan berikut. Akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Untuk makluman, Slip Daftar ini perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran atau kemasukan menduduki ujian MUET. Calon perlu membuat Checking Slip Daftar Ujian MUET dan seterusnya membuat cetakan slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET.

Berikut dikongsikan maklumat penting cara membuat checking pendaftaran peperiksaan MUET sesi 2026. Checking slip menduduki ujian atau peperiksaan MUET Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) boleh dicheck secara online dan SMS dengan mengikuti panduan berikut.

Checking Pendaftaran MUET Sesi 1, 2 & 3 Tahun 2026 Secara Online Dan SMS

Calon ujian MUET boleh membuat Checking pendaftaran MUET melalui kaedah berikut :-

Tarikh Checking

  • Sesi 1 : Akan dikemaksini (12 Februari 2025)
  • Sesi 2 : Akan dikemaskini (5 Jun 2025)
  • Sesi 3 : Akan dikemaskini (26 September 2025)

(Dalam kurungan, info tahun 2025)

Jika maklumat calon tiada dalam checking MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.

Check Slip Daftar Ujian MUET Online

Calon boleh menyemak dengan melayari Applikasi Checking MUET di pautan MUET REGISTRATION SLIP @ MECEA MPM

Secara SMS

Calon juga boleh menyemak status MUET/D melalui khidmat Sistem Mesej Ringkas (SMS) dengan menaip

  • MUET<jarak>INFO<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888

Contoh Checking : 

  • MUET INFO 931029084444 hantar ke 15888

Caj penghantaran adalah RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20. Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Selamat membuat Pendaftaran MUET 2026 sesi 1 secara Online Dan SMS. Buat persediaan sekarang sebelum menghadapi ujian MUET agar mendapat result peperiksaan yang cemerlang. Semoga perkongsian Pendaftaran MUET secara online / atas talian bermanfaat buat semua. Selamat menduduki peperiksaan MUET samada sebagai calon baru baru atau memperbaiki result disamping memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi syarat permohonan ataupun graduasi.

Semoga anda berjaya mendapat result yang cemerlang dalam peperiksaan MUET sesi 1 nanti. Tahniah kepada pelajar yang berjaya.

Kongsi Info Di: