Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1 : Cara Mohon

Berita baik buat pencari kerja dari lepasan SPM/ SVM/ SKM yang berminat dan berkelayakan untuk bekerja di Sektor Perkhidmatan Awam. Permohonan Jawatan dan tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1 dikongsikan di bawah ini sebagai rujukan buat mereka yang berminat dan berkelayakan.

Pemohon yang berminat dan berkelayakan dengan Jawatan ini boleh membuat permohonan secara online di Portal Rasmi SPA (Register SPA9). Panduan cara memohon ada dikongsikan di bawah ini sebagai rujukan.

Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1 Online

Berikut dikongsikan panduan cara membuat permohonan jawatan, maklumat senarai tugas dan tangga gaji.

Cara Memohon/ Mendaftarkan Pekerjaan

Pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA9 jika belum berbuat demikian. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan diterima melalui online sahaja.

  • Sila daftar permohonan pekerjaaan anda di pautan beriku :

Nota Penting Permohonan Pekerjaan Pembantu Tadbir

  1. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
  2. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun.
  3. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.
  4. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawataan-jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
  5. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1

Berikut dikongsikan maklumat permohonan jawatan yang dipetik dari Portal SPA merangkumi kumpulan, kelayakan, tangga gaji dan senarai tugas.

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang

Deskripsi Tugas jawatan ini adalah seperti berikut:-

  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan
  • Pengurusan surat-menyurat dan fail: Menerima, merekod, mengedar, menaip draf surat rasmi, memo, pekeliling, serta mengurus dan mengemas kini sistem pemfailan.
  • Urusan sumber manusia dan personel: Membantu merekod kehadiran, memproses permohonan cuti, mengemas kini maklumat perkhidmatan/data kakitangan (seperti sistem HRMIS), dan mengurus latihan/kursus
  • Sokongan mesyuarat dan laporan: Menyediakan minit mesyuarat, laporan pentadbiran, serta mengumpul dan mengemas kini data atau statistik pejabat.

Skala Gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)

  • GAJI MINIMUM : RM1,500.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM4,680.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00

1.Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,561.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9

  • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

SUMBER : SPA

Maklumat lanjut syarat lantikan dan had umur perlantikan boleh dirujuk di Perkeranian/ Operasi Gred N1.

Diucapkan selamat membuat permohonan jawatan ini secara online sebelum tarikh tutup permohonan. Semoga permohonan anda berjaya sekaligus hajat anda bekerja di sektor awam tercapai.

Share Info

Portal_Editor

Portal_Editor