Semakan Bantuan JKM Online (Check Status)

Semakan Bantuan JKM Online (Check Status eBantuan JKM). Cara semak status bantuan jabatan kebajikan masyarakat lulus atau tidak.

Cara Semak Status Application Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Semakan Bantuan JKM Online). Tahukah anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada membuka application untuk memperoleh bantuan kewangan? Adakah anda salah seorang yang telah memohon Bantuan JKM Online? Sekiranya begitu, pasti anda ingin tahu tentang status bantuan tersebut samada berjaya diluluskan atau tidak. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Bantuan JKM Online iaitu status keputusan lulus atau tidak untuk rujukan semua.

Buat makluman semua, bantuan JKM boleh dipohon secara atas talian atau online di portal eBantuanJKM yang merupakan sebuah sistem pengurusan bantuan kebajikan.

Cara Semak Status Bantuan JKM Secara Online Melalui eBantuan JKM (Semakan Bantuan JKM Online)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Bantuan JKM Online merangkumi pautan dan panduan membuat semakan status secara atas talian.

Panduan Membuat Semakan Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bagi yang telah melengkapkan borang Bantuan JKM, langkah-langkah untuk membuat semakan status layak atau tidak adalah seperti berikut:

  1. Akses pautan berikut : Semakan Status eBantuan JKM
  2. Klik Semakan Status Atas Talian
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang Semak

*Nota : Senarai hanya akan menunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima. Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana pemohon memohon.

Maklumat Berkaitan Bantuan JKM

Kepada yang belum membuat sebarang application, berikut dikongsikan maklumat berkaitan proses mohon yang mungkin bermanfaat buat semua:

Matlamat Pemberian Bantuan

Matlamat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online diberikan adalah seperti berikut:

Melengkapi keperluan asas sebagai cara untuk membantu meringankan beban penerima bantuan

Sebagai alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan

Sebagai alat pemulihan untuk penerima bantuan terus kekal tinggal bersama masyarakat atau komuniti

Untuk dijadikan sumber kewangan sementara buat penerima bantuan menerukan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Syarat Umum Bantuan 

Antara syarat umum yang perlu dipatuhi setiap penerima adalah:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia
  2. Tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah atau miskin
  3. Memenuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan mengikut jenis bantuan yang layak diterima.

Kelayakan Terima Bantuan

Setiap application yang dilakukan hendaklah memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berpandukan setiap jenis bantuan berikut:

1) Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;

2) Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;

3) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih: Institusi kendalian JKM; atau Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa

Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

4) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;

5) Bantuan Warga Emas (BWE)

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    i. Institusi kendalian JKM; atau
    ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma;

6) Bantuan Am Persekutuan (BA)

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain;

7) Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
  • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

8) Bantuan Latihan Perantis (BLP)

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU

Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

9) Bantuan Geran Pelancaran (GP)

10) Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

11) Tabung Bantuan Segera (TBS)

Dokumen Penting Semasa Memohon

Semasa hadir ke pejabat, bawa dokumen-dokumen penting berikut:

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Sekiranya tergolong dalam kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan/ surat akaun pendapatan (sekiranya bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/langganan TV berbayar)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/ klinik kesihatan kerajaan/ swasta (untuk kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan)

Maklumat Lanjut Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

Berikut disediakan pautan untuk perincian bantun yang lebih menyeluruh:

Jadual Bayaran JKM 

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyatakan bahawa pembayaran bantuan akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima yang layak.

  • Pembayaran akan dikreditkan sebelum 10 haribulan setiap bulan.

Jika terdapat perubahan tarikh pembayaran, makluman terkini akan diberitahu oleh platform rasmi JKM dari masa ke semasa.

Semak Bantuan melalui eMaklum

Penerima bantuan JKM juga boleh membuat ssemakan melalui portal atau aplikasi eMaklum. Anda boleh memuat turun aplikasi eMaklum oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau layari lawan web eMaklum di pautan:

  1. Portal Rasmi eMaklum
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Pilih tarikh semakan yang hendak disemak
  4. Klik “Semak”
  5. Status bayaran akan dipaparkan. Anda boleh klik untuk melihat perincian bayaran tersebut.

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi:

Alamat

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya

No. Telefon

  • 03-8000 8000

Faks

  • 03-8323 2045

Emel

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semakan Bantuan JKM Online (Status application) ini memberi manfaat buat semua. Selamat membuat semakan dan semoga berjaya menerima bantuan yang diidamkan.

status bantuan oku tidak berupaya bekerja btb, warga emas,

Kongsi Info Di: