Senarai Tarikh Hari Kelepasan Am Negeri Perak 2025. Apa plan tahun ini, pergi bercuti? Perak public holidays 2025? Untuk kemudahan semua warga Perak, berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Perak 2025 buat rujukan dan panduan berguna dalam merancang percutian serta aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun 2025. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Perak pada tahun 2025 termasuk tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti. Rancanglah percutian anda awal dan padankan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda agar perbelanjaan dapat dikawal.
Cuti hujung minggu Perak termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Walau bagaimanapun ianya berbeza dengan beberapa negeri seperti Negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.
Kalendar Cuti Umum Negeri Perak Tahun 2025 (Hari Kelepasan Am)
Negeri Perak adalah sebuah negeri yang besar keluasannya di Malaysia dengan Bandaraya Ipoh sebagai ibu negeri. Banyak tempat menarik terdapat di Perak seperti Kellie’s Castle, Menara Jam condong di Teluk Intan, Zoo Taiping, Pulau Pangkor, Bukit Merah Lake Town Resort dan Bukit Larut.
Kepada mereka yang bercadang untuk bercuti ke Perak dan juga tidak terkecuali untuk warga Perak terutama yang bekerja, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am negeri dan Persekutuan buat Negeri Perak tahun 2025.
Senarai Hari Kelepasan Am Negeri Perak Tahun 2025
Berikut adalah kalendar jadual Hari Kelepasan Am Negeri Perak tahun 2025 meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.
HARI KELEPASAN AM | TARIKH | HARI |
Tahun Baru | 1 Jan | Rabu |
Tahun Baru Cina | 29 Jan | Rabu |
Tahun Baru Cina | 30 Jan | Khamis |
Hari Thaipusam | 11 Feb | Selasa |
Hari Nuzul Al-Quran | 18 Mac | Selasa |
Hari Raya Aidilfitri | 31 Mac | Isnin |
Hari Raya Aidilfitri | 1 Apr | Selasa |
Hari Pekerja | 1 Mei | Khamis |
Hari Wesak | 12 Mei | Isnin |
Hari Keputeraan YDP Agong | 2 Jun | Isnin |
Hari Raya Haji | 7 Jun | Sabtu |
Awal Muharam | 27 Jun | Jumaat |
Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Ahad |
Maulidur Rasul | 5 Sep | Jumaat |
Hari Malaysia | 16 Sep | Selasa |
Deepavali | 20 Okt | Isnin |
Hari Keputeraan Sultan Perak | 7 Nov | Jumaat |
Hari Krismas | 25 Dis | Khamis |
Untuk mendapatkan dokumen penuh senarai cuti kelepasan am negeri Perak bagi tahun 2025 boleh dirujuk pada Cuti Am Perak 2025
Nota Penting Hari Kelepasan Am
- Hari kelepasan am negeri Perak adalah Tahun Baru, Hari Thaipusam, Hari Nuzul Al-Quran dan Hari Keputeraan Sultan Perak. Selebihnya adalah Hari Kelepasan Am Persekutuan.
- Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
- Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka Sabtu itu adalah hari kelepasan am dan ianya tidak akan diganti dengan hari-hari yang lain.
Semoga perkongsian Kalendar Hari Kelepasan Am Perak 2025 di atas bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Selamat bercuti.