Cuti Umum Sarawak 2025 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Sarawak 2025, Hari Kelepasan Am Negeri Sarawak tahun 2025 meliputi tarikh penting beserta hari dan jenis perayaan.

Kalendar Tarikh Cuti Umum Negeri Sarawak 2025. Ingin bercuti dan mengetahui hari kelepasan am Sarawak (public holidays) tahun 2025? Berikut dikongsikan tarikh Cuti Umum Sarawak 2025 yang boleh dijadikan panduan dalam merancang percutian serta aktiviti bersama keluarga ke Sarawak tahun ini. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Sarawak Bumi Kenyalang pada tahun 2025 merangkumi tarikh, hari dan jenis perayaan/ cuti. Rancanglah percutian anda lebih awal dan untuk yang terbaik, sila padankan tarikh cuti dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda.

Cuti hujung minggu (weekend) di Sarawak termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad dan adalah sama dengan Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan kebanyakan negeri yang lain. Namun cuti hujung minggu adalah berbeza untuk Negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Kalendar Cuti Umum Negeri Sarawak Tahun 2025 (Senarai Hari Kelepasan Am)

Negeri Sarawak adalah sebuah negeri yang terbesar di Malaysia dan terletak di Wilayah Timur Malaysia. Sarawak berjiran dengan Sabah dan Brunei serta Kalimantan Indonesia. Dengan kewujudan pelbagai budaya/ suku kaum ditambah dengan banyak tarikan tempat menarik yang belum diterokai telah menjadikan Sarawak sebuah destinasi pelancongan menarik di Malaysia.

Di antara tempat menarik terdapat di Sarawak adalah Taman Negara Bako, Borneo Highland Resorts, Masjid Jamek Kuching, Pasar Serikin, Taman Negara Niah dan Muzium Sarawak. Sarawak juga terkenal dengan makanannya seperti mee kolok, laksa Sarawak, Ikan Terubok Masin dan Kek Lapis.

Untuk panduan warga Sarawak dan mereka yang bercadang untuk bercuti di sini, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am negeri dan Persekutuan buat Negeri Sarawak bagi tahun 2023.

Hari Kelepasan Am Negeri Sarawak Tahun 2025

Berikut adalah kalendar jadual cuti umum Sarawak tahun 2025 yang memaparkan senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.

HARI KELEPASAN AMTARIKHHARI
Tahun Baru 1 Jan
Rabu
Tahun Baru Cina29 JanRabu
Cuti Tahun Baru Cina30 JanKhamis
Hari Raya Aidilfitri31 Mac dan 1 AprIsnin dan Selasa
Good Friday18 AprJumaat
Hari Pekerja 1 Mei
Khamis
Hari Wesak12 Mei
Isnin
Hari Gawai 1 JunAhad
Hari Gawai Kedua 2 Jun
Isnin
Hari Keputeraan YDP Agong2 JunIsnin
Hari Raya Haji7 Jun
Sabtu
Awal Muharam27 JunJumaat
Hari Sarawak 22 JulaiSelasa
Hari Kebangsaan 31 OgosAhad
Maulidur Rasul5 Sep
Jumaat
Hari Malaysia16 SepSelasa
Hari Jadi Yang di-Pertua Sarawak11 OktSabtu
Hari Deepavali20 OktIsnin
Hari Krismas 25 DisKhamis

Makluman rasmi mengenai senarai cuti umum Sarawak tahun 2025 boleh dirujuk di Portal Sarawak Government.

Untuk mendapatkan salinan pdf cuti umum rasmi kelepasan am negeri Sarawak sila klik Hari Kelepasan Am 2025

Nota Penting Hari Kelepasan Am

  1. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  2. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka Sabtu itu adalah hari kelepasan am dan ianya tidak akan diganti dengan hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Hari Kelepasan am Negeri Sarawak tahun 2025 boleh dijadikan rujukan dan panduan buat mereka yang bekerja. Ianya juga berguna untuk merancang pelbagai aktiviti keluarga atau sebagainya pada tahun ini.

Kongsi Info Di: