Cuti Umum Selangor 2025 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Selangor 2025, Hari Kelepasan Am Negeri Selangor tahun 2025, Selangor public holidays memaparkan jenis, tarikh dan hari.

Bercadang untuk bercuti? Selangor public holidays 2025? Bilakah tarikh cuti umum di Selangor? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Selangor 2025 buat rujukan dan panduan warga Selangor dalam merancang percutian serta aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun 2025. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Selangor pada tahun 2025 merangkumi tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti. Rancanglah percutian anda awal dan padankan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda.

Cuti hujung minggu Selangor termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad dan adalah sama dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ianya berbeza dengan Negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Kalendar Cuti Umum Negeri Selangor Tahun 2025 (Hari Kelepasan Am)

Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang sangat maju di Malaysia bersebelahan Kuala Lumpur di mana ibu negeri adalah Shah Alam. Banyak tempat menarik terdapat di Selangor seperti Sunway Lagoon, Masjid Shah Alam, I-city, Paya Indah Wetlands, Pantai Morib, Bukit Malawati dan Tadom Hills Resort Banting.

Kepada mereka yang bercadang untuk bercuti di Negeri Selangor dan juga tidak terkecuali untuk warga Selangor, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am negeri dan Persekutuan buat Negeri Selangor tahun 2025.

Senarai Cuti Umum Selangor Tahun 2025

Berikut adalah kalendar jadual cuti umum Selangor tahun 2025 meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.

HARI KELEPASAN AMTARIKHHARI
Tahun Baru 1 Jan
Rabu
Cuti Tahun Baru Cina29 JanRabu
Cuti Tahun Baru Cina30 JanKhamis
Hari Thaipusam11 FebSelasa
Hari Nuzul Al-Quran18 Mac
Selasa
Hari Raya Aidilfitri31 MacIsnin
Cuti Hari Raya Aidilfitri1 AprSelasa
Hari Pekerja 1 MeiKhamis
Hari  Wesak12 Mei
Isnin
Hari Keputeraan YDP Agong2 JunIsnin
Hari Raya Haji7 Jun
Sabtu
Awal Muharam27 JunJumaat
Hari Kebangsaan 31 Ogos
Ahad
Maulidur Rasul5 Sep
Jumaat
Hari Malaysia 16 SepSelasa
Deepavali20 OktIsnin
Hari keputeraan Sultan Selangor 11 DisKhamis
Hari Krismas 25 DisKhamis

Muat turun atau download senarai cuti umum di Negeri Selangor dalam PDF di CUTI SELANGOR

Nota Penting Hari Kelepasan Am

  1. Hari kelepasan am negeri Selangor adalah Tahun Baru, Hari Thaipusam, Hari Nuzul Al-Quran dan Hari Keputeraan Sultan Selangor. Selebihnya adalah Hari Kelepasan Am Persekutuan.
  2. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  3. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka Sabtu itu adalah hari kelepasan am dan ianya tidak akan diganti dengan hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Kalendar tarikh Cuti Umum Selangor 2025 atau Hari Kelepasan Am bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Bahagikan masa dengan sebaiknya dan Selamat bercuti.

Kongsi Info Di: