Cuti Umum Kuala Lumpur 2025 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Kuala Lumpur 2025, Hari Kelepasan Am Kuala Lumpur tahun 2025 meliputi tarikh penting beserta hari dan jenis perayaan.

KL public holidays 2025? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur 2025 buat rujukan dan panduan warga kota dalam merancang percutian serta aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun 2025. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Kuala Lumpur (KL) pada tahun 2025 merangkumi tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti. Rancanglah percutian dan padankan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda.

Cuti hujung minggu Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad iaitu berbeza dengan Negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Kalendar Cuti Umum Kuala Lumpur Tahun 2025 (Hari Kelepasan Am)

Bandaraya Kuala Lumpur adalah pusat ibu kota Negara Malaysia. Ianya merupakan sebuah bandaraya yang maju tempat tumpuan pelbagai perniagaan. Banyak tempat menarik terdapat di KL seperti KLCC, Muzium Negara, Zoo Negara, Tugu Peringatan Negara dan banyak lagi.

Buat mereka yang bercadang untuk bercuti di Kuala Lumpur dan juga tidak terkecuali untuk warga kota KL, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am Kuala Lumpur untuk tahun 2025.

Hari Kelepasan Am Kuala Lumpur Tahun 2025

Berikut adalah jadual cuti umum Kuala Lumpur (KL) tahun 2025 meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.

HARI KELEPASAN AMTARIKHHARI
Tahun Baru 1 Jan
Rabu
Cuti Tahun Baru Cina29 dan 30 JanRabu dan Khamis
Hari Wilayah Persekutuan 1 Feb
Sabtu
Hari Thaipusam11 FebSelasa
Hari Nuzul Al-Quran18 Mac
Selasa
Hari Aidilfitri31 MacIsnin
Cuti Hari Aidilfitri1 AprSelasa
Hari Pekerja 1 MeiKhamis
Hari Wesak12 Mei
Isnin
Hari Keputeraan YDP Agong2 JunIsnin
Hari Raya Haji7 Jun
Sabtu
Awal Muharam27 JunJumaat
Hari Kebangsaan 31 Ogos
Ahad
Maulidur Rasul5 Sep
Jumaat
Hari Malaysia 16 SepSelasa
Deepavali20 OktoberIsnin
Hari Krismas 25 DisKhamis

Nota Penting Hari Kelepasan Am

  1. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  2. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Semoga Kalendar tarikh Cuti Umum Kuala Lumpur 2025 atau Hari Kelepasan Am yang dikongsikan boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Selamat bercuti dan gunakan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya bersama keluarga tersayang.

Kongsi Info Di: