Cuti Umum Johor 2025 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Johor 2025, Hari Kelepasan Am Negeri Johor Darul Takzim tahun 2025 meliputi tarikh penting beserta hari dan jenis perayaan.

Senarai Hari Kelepasan Am Negeri Johor 2025. Bila tarikh cuti umum Johor? Tahun baru 2025 kini menjelma. Buat penduduk Negeri Johor, berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Johor 2025 buat rujukan dan panduan dalam merancang percutian dan melakukan aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun 2025. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Johor merangkumi tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti. Jom rancang percutian dan padankan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda.

Umum sedia maklum yang cuti hujung minggu Negeri Johor termasuk cuti sekolah adalah pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu sama dengan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pertukaran cuti hujung minggu telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2014.

Kalendar Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2025 (Hari Kelepasan Am)

Negeri Johor Darul Takzim adalah sebuah negeri yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dengan ibu negeri adalah Johor Bahru. Ianya merupakan sebuah negeri yang sedang pesat membangun dengan banyak tempat menarik seperti Legoland Malaysia, Desaru, Pulau disekitar Mersing, Gunung Ledang dan banyak lagi.

Buat mereka yang bercadang untuk bercuti di Negeri Johor dan juga tidak terkecuali untuk penduduk Negeri Johor, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am Negeri Johor untuk tahun 2025.

Hari Kelepasan Am Negeri Johor Tahun 2025

Berikut adalah jadual cuti umum Negeri Johor meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.

HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI
Tahun Baru Cina29 dan 30 Jan
Rabu dan Khamis
Hari Thaipusam11 FebSelasa
Cuti Awal Ramadhan2 MacAhad
Hari Keputeraan Sultan Johor 23 MacAhad
Hari Raya Aidilfitri31 MacIsnin
Hari Raya Aidilfitri Kedua1 AprSelasa
Hari Pekerja 1 MeiKhamis
Hari Wesak12 Mei
Isnin
Hari Keputeraan YDP Agong2 JunIsnin
Hari Raya Haji7 Jun
Sabtu
Awal Muharam27 JunJumaat
Hari Hol Almarhun Sultan Iskandar31 JulaiKhamis
Hari Kebangsaan 31 Ogos
Ahad
Maulidur Rasul5 SepJumaat
Hari Malaysia 16 SepSelasa
Hari Deepavali20 OktIsnin
Hari Krismas 25 DisKhamis

Nota Penting Hari Kelepasan Am

  1. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  2. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.
  3. Untuk semak senarai hari kelepasan am negeri Johor klik Johor 2025

Semoga senarai yang dikongsikan boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Ianya termasuk percutian, majlis kerja kahwin, kenduri dan sebagainya. Selamat bercuti.

johor kedah kerajaan negeri, hari hol almarhum sultan iskandar

Kongsi Info Di: