Kalendar Cuti Umum Negeri Sabah 2025. Sabah public holidays 2025? Hendak tahu senarai hari kelepasan am Sabah tahun 2025? Berikut adalah Kalendar Cuti Umum Sabah 2025 yang boleh dijadikan rujukan dan panduan buat warga Sabah dalam merancang percutian serta aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun ini. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu pada tahun 2025 merangkumi tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti. Rancanglah percutian anda lebih awal dan elok padankan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda untuk pengurusan kewangan yang terbaik.
Cuti hujung mingguan (weekend) di Sabah termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad dan adalah sama dengan Kuala Lumpur, Selangor dan kebanyakan negeri yang lain. Namun cuti hujung minggu adalah berbeza dengan Negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.
Kalendar Cuti Umum Negeri Sabah Tahun 2025 (Hari Kelepasan Am)
Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di Wilayah Timur Malaysia dan berdekatan dengan Sarawak dan Brunei serta Kalimantan Indonesia. Dengan keluasan yang sangat besar, pelbagai budaya/ suku kaum ditambah dengan banyak tarikan tempat menarik, menjadikan Sabah sebuah destinasi pelancongan utama di Malaysia. Di antara tempat menarik terdapat di Sabah adalah Gunung Kinabalu, Kundasang, Pulau Sipadan, Pulau Manukan, Pasar Filipino dan banyak lagi. Aktiviti menarik pelancong adalah menyelam dan makan makanan laut seafood.
Untuk warga Sabah dan mereka yang bercadang untuk bercuti di Negeri Sabah yang menarik, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am negeri dan Persekutuan buat Negeri Sabah tahun 2025.
Hari Kelepasan Am Negeri Sabah Tahun 2025
Berikut adalah kalendar jadual cuti umum Sabah tahun 2025 meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.
HARI KELEPASAN AM | TARIKH | HARI |
Tahun Baru | 1 Jan | Rabu |
Tahun Baru Cina | 29 Jan | Rabu |
Cuti Tahun Baru Cina | 30 Jan | Khamis |
Hari Raya Aidilfitri | 31 Mac dan 1 Apr | Isnin dan Selasa |
Good Friday | 18 April | Jumaat |
Hari Pekerja | 1 Mei | Khamis |
Hari Wesak | 12 Mei | Isnin |
Pesta Keamatan | 30 Mei | Jumaat |
Cuti Pesta Keamatan | 31 Mei | Sabtu |
Hari Keputeraan YDP Agong | 2 Jun | Isnin |
Hari Raya Haji | 7 Jun | Sabtu |
Awal Muharam | 27 Jun | Jumaat |
Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Ahad |
Maulidur Rasul | 5 Sep | Jumaat |
Hari Malaysia | 16 Sep | Selasa |
Harijadi Yang di-Pertua Sabah | 4 Okt | Sabtu |
Deepavali | 20 Okt | Isnin |
Krismas Eve | 24 Dis | Rabu |
Hari Krismas | 25 Dis | Khamis |
Muat turun atau download senarai cuti umum Sabah bagi tahun 2025 HARI KELEPASAN AM SABAH 2025
Nota Penting Hari Kelepasan Am
- Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
- Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka Sabtu itu adalah hari kelepasan am dan ianya tidak akan diganti dengan hari-hari yang lain.
Selamat merancang percutian. Moga perkongsian Kalendar tarikh Cuti Umum Sabah tahun 2025 atau Hari Kelepasan Am boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti berfaedah di sepanjang tahun ini.
Related : raya haji hari pekerja muharram krismas deepavali good malaysia tahun baru thaipusam deepavali good friday hari rasul hari keputeraan ydp friday hari wilayah persekutuan wilayah persekutuan hari raya kalendar sabah aidilfitri hari raya haji keputeraan ydp agong awal krismas deepavali good friday baru thaipusam wesakd day awal muharram krismas deepavali,