Kalendar 2026 Cuti Umum Malaysia & Cuti Sekolah/ Perayaan

Kalendar 2026 Cuti Umum Malaysia & Cuti Sekolah/ Perayaan, Public Holidays kalendar kuda hari kelepasan am 2026 seluruh negeri.

Malaysia akan memasuki tahun baharu dan pasti ramai mencari kalendar 2026. Setelah menempuh tahun yang agak sukar pada lepas, seluruh rakyat Malaysia berharap keadaan negara akan bertambah baik dari segi pengurusan kesihatan, pendidikan, dasar kerajaan dan sebagainya. Bersempena dengan tahun baharu ini, berikut adalah Kalendar 2026 yang memaparkan perincian tarikh cuti umum (public holidays) dan tarikh cuti sekolah (school holidays) serta cuti perayaan KPM buat panduan untuk mereka yang ingin merancang aktiviti untuk tahun 2026 termasuklah perancangan kewangan berdasarkan pembayaran gaji bulanan.

Kalendar Kuda Malaysia 2026 ini ada memaparkan tarikh-tarikh penting sepanjang tahun (12 bulan) dari Januari hingga Disember yang merangkumi tarikh hari kelepasan am persekutuan serta negeri, cuti sekolah, hari perayaan dan cuti panjang hujung minggu yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Kalendar 2026 Malaysia Tarikh Cuti Umum/ Hari Kelepasan Am

Berikut adalah senarai tarikh cuti umum di Malaysia sepanjang tahun 2026 mengikut bulan dan negeri. Maklumat Kalendar kuda ini memaparkan tarikh cuti, hari, perayaan/ hari kebesaran dan negeri yang bercuti iaitu senarai perincian cuti umum.

Juga dikongsikan adalah senarai cuti panjang tahun 2026 buat mereka yang merancang aktviti bersama keluarga seperti balik kampung, bercuti dan menghadiri majlis perkahwinan.

Kalendar Kuda 2026 Mengikut Bulan

Januari

  • 1 Jan (Khamis): Tahun baru 2026 / New Year Day 2026 – Semua negeri. kecuali Kelantan, Kedah, Perlis, Johor dan Terengganu
  • 14 Jan (Rabu) : Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan – Negeri Sembilan
  • 17 Jan (Sabtu) : Israk dan Mikraj – Kedah, N. Sembilan, Terengganu & Perlis

Februari 

  • 1 Feb (Ahad) : Hari Thaipusam – Johor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Putrajaya & Selangor
  • 1 Feb (Ahad) : Hari Wilayah Persekutuan – Putrajaya, wilayah persekutuan kuala lumpur labuan
  • 17 Feb (Selasa) :  Chinese New Year (CNY) / tahun baru cina – Semua Negeri
  • 18 Feb (Rabu) : CNY Hari Kedua – Semua Negeri Kecuali Terengganu dan Kelantan
  • 19 Feb (Khamis) : Awal Ramadhan* – Johor, Kedah
  • 20 Feb (Jumaat) : Hari Pengisytiharan Hari Kemerdekaan – Melaka sahaja

Mac 

  • 4 Mac (Rabu) : Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu – Terengganu
  • 7 Mac (Sabtu) : Hari Nuzul Al-Quran – Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
  • 21 Mac (Sabtu) : Hari Raya Aidilfitri* – Semua Negeri
  • 22 Mac (Ahad) : Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri Kedua* – Semua Negeri
  • 23 Mac (Isnin) : Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri Ketiga* – Melaka sahaja
  • 23 Mac (Isnin) : Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor
  • 30 Mac (Isnin) : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah – Sabah

April 

  • 3 Apr (Jumaat) : Good Friday – Sabah & Sarawak
  • 26 Apr (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Terengganu – Terengganu

Mei

  • 1 Mei (Jumaat) : Hari Pekerja – Semua Negeri
  • 17 Mei (Ahad) : Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis – Perlis
  • 22 Mei (Jumaat) : Hari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Pahang sahaja)
  • 26 Mei (Selasa) : Hari Arafah – Terengganu, Kelantan
  • 27 Mei (Rabu) : Hari Raya Haji* – Semua Negeri
  • 28 Mei (Khamis) : Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha (Hari Kedua)* – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis
  • 30 Mei (Sabtu) : Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Sabah dan Labuan
  • 31 Mei (Ahad) : Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) Hari Kedua – Sabah dan Labuan
  • 31 Mei (Ahad) : Hari Wesak (semua negeri)

Jun

  • 1 Jun (Isnin) : Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong – Semua Negeri
  • 1 Jun (Isnin) : Perayaan Hari Gawai Dayak – Sarawak
  • 2 Jun (Selasa) : Perayaan Hari Gawai Dayak Hari Kedua – Sarawak
  • 17 Jun (Rabu) : Awal Muharram / Maal Hijrah / Tahun Baru Islam – Semua Negeri
  • 21 Jun (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Kedah – Kedah

Julai 

  •  7 Jul (Selasa) : Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia – Pulau Pinang
  • 11 Jul (Sabtu) : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang – Pulau Pinang (Penang)
  • 21 Jul (Selasa) : Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – Johor
  • 22 Jul (Rabu) : Hari Kemerdekaan Sarawak – Sarawak
  • 30 Jul (Khamis) : Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang

Ogos

  • 24 Ogos (Isnin) : Hari Jadi YDP Yang Di-Pertua Negeri Melaka – Melaka
  • 25 Ogos (Selasa) : Maulidur Rasul – Semua Negeri
  • 31 Ogos (Isnin) : Hari Kebangsaan / Hari Kemerdekaan – Semua Negeri / cuti setiap negeri

September

  • 16 Sept (Rabu) : Hari Malaysia – Semua Negeri
  • 29 Sept (Selasa) : Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan
  • 30 Sept (Rabu) : Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua – Kelantan

Oktober

  • 10 Oct (Sabtu) : Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak – Sarawak

November

  • 6 Nov (Hari Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Perak – Perak
  • 8 Nov (Ahad) : Hari Deepavali* – Semua Negeri Kecuali Sarawak

Disember

  • 11 Dec (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor
  • 24 Dec (Khamis) : Christmas Eve – Sabah sahaja
  • 25 Dec (Jumaat) : Hari Krismas / Hari Natal – Semua Negeri

Muat turun : Hari Kelepasan Am Tahun 2026, Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (akan dikemaskini)

Cuti Panjang Malaysia Kalendar 2026

Untuk maklumat tarikh cuti panjang yang terdapat dalam Kalendar Cuti Umum 2026 senarai cuti umum, sila rujuk di bawah ini:

Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2026 Malaysia KPM

Pasti ramai ibu bapa dan pelajar yang ingin tahu tarikh cuti sekolah tahun 2026. Tarikh Cuti Sekolah 2026 ataupun Kalendar Takwim Penggal Persekolahan akan dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum penggal persekolahan 2026 dibuka. Cuti persekolahan merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua orang untuk melakukan aktiviti seperti bercuti, kerja kahwin dan sebagainya.

Takwim Penggal Persekolahan 2026 ini dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut hari kelepasan mingguan negeri iaitu Kumpulan A dan B. Maklumat yang dipaparkan termasuk tarikh mula dan akhir persekolahan serta tarikh cuti persekolahan setiap penggal persekolahan.

Tarikh Buka Sekolah 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerbitkan perincian Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2026 bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid.

Takwim jadual cuti persekolahan tahun 2026 akan mengandungi tarikh-tarikh penting cuti persekolahan melibatkan cuti pertengahan penggal 1, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun bagi sekolah yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Juga disertakan tarikh mula persekolahan dan tarikh akhir setiap penggal.

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A dan 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B.

Cuti Sekolah 2026 Kumpulan A dan B

1. KUMPULAN A – Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

  • Penggal pertama persekolahan : 11.01.2026 hingga 21.05.2026
  • Penggal kedua persekolahan : 07.06.2026 hingga 03.12.2026

Tarikh Cuti Persekolahan

  • Cuti pertengahan Penggal 1 : 20.03.2026 hingga 28.03.2026
  • Cuti Pertengahan Tahun : 22.05.2026 hingga 06.06.2026
  • Cuti Penggal 2 : 28.08.2026 hingga 05.09.2026
  • Cuti Akhir Tahun : 04.12.2026 hingga 31.12.2026

2. KUMPULAN B – Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan

  • Penggal pertama persekolahan : 12.01.2026 hingga 22.05.2026
  • Penggal kedua persekolahan : 08.06.2026 hingga 04.12.2026

Tarikh Cuti Persekolahan

  • Cuti pertengahan Penggal 1 : 21.03.2026 hingga 29.03.2026
  • Cuti Pertengahan Tahun : 23.05.2026 hingga 07.06.2026
  • Cuti Penggal 2 : 29.08.2026 hingga 06.09.2026
  • Cuti Akhir Tahun : 05.12.2026 hingga 31.12.2026

Download Takwim Persekolahan 2026 KPM

  • * Untuk kemudahan, Kalendar Cuti Persekolahan 2026 ini boleh di muat turun/ download dalam format PDF di Laman Web KPM.

Senarai Cuti Perayaan 2026 Yang Diperuntukkan Oleh KPM

Panduan buat ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak yang bersekolah. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan senarai Cuti Perayaan KPM untuk sesi persekolahan tahun 2026. Cuti perayaan adalah melibatkan cuti-cuti perayaan utama di Malaysia yang tidak jatuh dalam kalendar cuti sekolah.

Diantara perayaan yang termasuk dalam senarai cuti perayaan KPM tahun 2026 adalah CNY, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.

Berikut dikongsikan jadual cuti perayaan KPM tahun 2026 buat panduan ibu bapa dan pelajar, Umum sedia maklum, yang terdapat beberapa perayaan utama yang disambut di Malaysia disebabkan masyarakat yang majmuk iaitu :-

  1. Hari Raya Aidilfitri
  2. Chinese New Year
  3. Hari Kaamatan
  4. Hari Gawai Dayak
  5. Deepavali
  6. Hari Raya Aidiladha
  7. Hari Krismas

Cuti Perayaan KPM 2026 Kementerian Pendidikan Malaysia

Semoga perkongsian Kalendar 2026 di atas meliputi Cuti Umum Malaysia iaitu hari kelepasan am negeri dan cuti sekolah serta cuti perayaan boleh dijadikan rujukan untuk anda. Ianya akan memudahkan anda apabila telah mengetahui cuti umum dan negeri negeri di malaysia dalam membuat perancangan urusan dengan lebih mudah bersama keluarga. Juga bersama rakan-rakan samada bercuti, mengadakan majlis kahwin/ kenduri dan sebagainya. Selamat merancang percutian yang terbaik di sepanjang tahun 2026.

tarikh cuti umum dan cuti sekolah, tahun baru cina hari,

Kongsi Info Di: